Bagi ibu-ibu yang tidak berkesempatan menyusukan bayi mereka dengan susu badan, susu formula ada pilihan susu anak. Jadi bagaimana sebenarnya cara bancuh susu anak yang betul?
Susu formula mempunyai khasiat tersendiri, tetapi khasianya boleh hilang begitu saja jika ibu atau bapa salah membancuh susu anak itu.
Jadi ibu bapa ini perlu rajin membaca kerana banyak perkara yang anda rasa anda tahu tetapi sebenarnya anda tak tahu pun malah salah buat lagi adalah!
Cara bancuh susu anak perlu ikut Susu anak perlu dibancuh betul untuk kekalkan khasiatnya!
Bukan pakai hentam saja ya, jika tidak sia-sia saja anda membeli susu yang penuh khasiat tetapi salah bancuh pula anak langsung tidak mendapat khasiatnya!
6 langkah bancuh susu anak dengan betul
Berikut adalah 6 langkah yang sepatutnya anda buat bila membancuh susu si kecil supaya khasiatnya kekal dan si kecil boleh nikmati khasiat susu sepenuhnya!
#1. Bersihkan kawasan bancuh susu
Pastikan kawasan yang anda bancuh susu anak itu bersih! Jika boleh bersihkan guna pembasmi kuman di kawasan anda membancuh susu anak.
Persekitaran yang bersih menjamin supaya tiada bakteria masuk ke dalam susu anak ketika anda membancuhnya.
#2. Cuci tangan dengan air dan sabun
Bila persekitaran sudah bersih, pastikan anda membersihkan tangan ada. Daripada tangan ini terdapat terlalu banyak bakteria yang anda tidak dapat lihat.
Jika minum di kedai kita mahu orang yang menyediakan air untuk kita bersihkan ? Jadi untuk anak takkan anda tidak mahu dia minum dalam keadaan yang bersih dan disediakan dengan kebersihan benar-benar terjamin?
#3. Masak air yang selamat
Sekarang ini memang ada saja yang masih menggunakan kettle. Tetapi jika anda ada penapis air lebih baik, sudahlah air ditapis, anda tidak perlu masak pula lagi.
Lebih memudahkan urusan untuk anda buat susu anak, malah tidak perlu alihkan air panas ke dalam flask lagi untuk mengekalkan suhu panasnya.
Pastikan air yang dimasak untuk membancuh susu anak itu adalah air dari sumber bersih!
#4. Baca arahan pada label di tin atau kotak susu
Pastikan anda sentiasa merujuk label pada tin atau kotak susu untuk mengetahui jumlah sukatan susu untuk anak anda.
Lain jenama lain sukatannya kerana sudah yang disediakan juga berlainan, jadi amat penting untuk anda membaca label di tin atau kotak susu yang dibeli untuk memastikan sukata yang anda bancuh menepati arahan di label.
Jika terkurang, anak anda akan mendapat kurang nutrisi, disebabkan itu anda perlu ikut pada sukatan pada label yang disediakan.
#5. Tuang air dalam botol
Sama ada anda sejukkan air panas sehingga susu kurang daripada 70 darjah selsius atau anda tuang air biasa dulu dalam botol dan selepas itu baru tuangkan air panas.
Jangan biarkan air panas melebihi 70 darjah selsius jika tidak segala khasiat dalam susu formula itu akan hilang dan anak anda ibarat minum air biasa saja.
Suhu air yang melebihi 70 darjah selsius akan mematikan khasiat yang ada dalam susu anak.
#6. Masukkan susu formula ke dalam air
Masukkan susu formula ke dalam air di dalam botol susu mengikut sukatan pada label sesuai dengan keperluan anak anda.
Selepas itu tidak perlu goncang terlalu kuat cukup sekadar anda lihat susu yang dimasukkan tadi sudah larut dan sedia untuk diminum!
Ada jenis susu formula yang akan menjadi terlalu berbuih jika anda goncang terlalu kuat yang mungkin dikhuatiri membuatkan anak anda kembung kerana terdapat terlalu banyak gelembung udara apabila susu digoncang.
Selamat mencuba! Semoga ia bermanfaat untuk anda!
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia
Sumber: majalahpama
Baca juga: