Cara Bermain Dengan Bayi Usia 3-6 Bulan, Berkesan Menguatkan Fizikal & Otot Si Manja
Cara bermain dengan bayi umur 3 hingga 5 bulan penting kerana bermain akan mengajar bayi tentang tubuh, persekitaran dan membina kemahiran baru buatnya.
Cara bermain dengan bayi anda yang berusia dalam lingkungan 3 hingga 6 bulan akan memastikan dia gembira dan dapat terlibat dalam aktiviti interaktif, serta menyumbang kepada perkembangan si manja.
Tapi ini tidak bermakna setiap saat anak terjaga kita perlu memenuhinya dengan aktiviti pembelajaran baru.
Biarpun bermain dengan cara yang mudah, ia sudah memadai untuk mengajar bayi tentang tubuhnya, persekitarannya dan membina kemahiran baru.
Cara bermain dengan bayi yang baru belajar bergolek
#1 Bermain sambil berbaring
Tahukah anda bermain sambil baring akan membantu si manja membina otot teras yang penting untuk bergolek nanti?
Mainan berbunyi untuk tangan dan kaki pula akan menggalakkan bayi menggunakan otot perut, punggung dan otot leher sambil bermain.
Ibu bapa juga boleh menggunakan play gym mat apabila bermain dengan bayi ketika berbaring. Mainan yang bergerak dan tergantung dari atas atau yang diletakkan di tepi akan menarik minat si manja dan menggalakkan bayi untuk berpaling.
Dengan banyak latihan dia pasti akan bergolek tidak lama lagi!
#2 Aktiviti meniarap/tummy time
Apabila bermain dengan bayi, dia sepatutnya sudah boleh mengangkat kepala lebih lama. Ini masa yang baik untuk menggunakan cermin apabila melakukan aktiviti meniarap.
Jangan guna tablet atau handphone apabila melakukan aktiviti meniarap. Kajian membuktikan pendedahan awal kepada teknologi mempunyai kesan negatif terhadap perkembangan anak dari segi bahasa, kemahiran motor, perhatian, sosial, dll.
Hampir semua organisasi dan pakar kesihatan atau perkembangan kanak-kanak menyarankan anak tidak diberi screentime di bawah umur 2 tahun.
Jika bayi seolah-olah sedang cuba untuk mencapai mainan, naikkan badan bayi anda dengan bantal kecil supaya tangannya bebas untuk mencapai mainan.
Pilih mainan dengan warna yang terang dan jenis yang lebut dan senang digenggam. Tetapi jika anak suka masukan mainan ke dalam mulut, mungkin mainan teether adalah pilihan yang lebih baik.
#3 Bermain sambil baring tepi
Bayi mungkin juga mempunyai kemahiran motor untuk baring ke tepi dengan keupayaan sendiri tanpa sokongan bantal atau pertolongan ibu bapa.
Pastikan anak bermain di atas alas yang lembut dan selamat, kemudian letakkan beberapa mainan menarik untuknya.
Cara bermain dengan bayi yang sudah bergolek dan mula belajar duduk
#1 Bermain sambil duduk
Apabila anak menunjukan tanda sudah bersedia untuk duduk (belakang bayi nampak lurus apabila duduk dalam kerusi dengan sokongan/lebih banyak menggunakan tangan dan lutut), ibu bapa boleh mula menambah aktivti bermain sambil duduk.
Tab mandi dengan kerusi menyandar dan bantal menyusu ibu juga boleh digunakan untuk membantu si manja anda berlatih duduk. Pilih mainan yang senang digenggam dan lembut supaya tidak sakit jika ditimpa si manja.
#2 Bermain atas lantai
Apabila bayi sudah pandai bergolek dan baru mula merangkak, ibu bapa boleh beli mainan yang boleh bergerak seperti bola untuk menggalakkan anak mencapai dan bergerak.
Mainan yang berbunyi apabila ia bergerak juga mainan yang baik, kerana biarpun anda sedang bermain dengan bayi, dia sudah mula belajar kaitan sebab dan akibat.
Ibu bapa mesti sentiasa pantau kegiatan bayi walaupun mereka sedang bermain di atas lantai.
Bayi yang awal bergolek mungkin masih memerlukan bantuan ibu bapa jika mereka meniarap terlalu lama dan rasa letih.
Jangan tinggalkan anak untuk bermain sendirian.
Selamat mencuba.
Sumber: CandoKiddo
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: 20 Tip untuk Memastikan Anak-Anak Anda Kekal Sihat, Aktif dan Terhibur