Berpantang Perlu Atau Tidak? 6 Mitos Paling Popular Bagi Ibu Selepas Bersalin
Tempoh berpantang selepas bersalin setiap orang adalah berbeza mengikut cara masing-masing. Buat ibu moden, mungkin ini perkara yang anda cari
Setiap wanita mempunyai cara berpantang yang tersendiri, namun biasanya kita dengar tempoh berpantang selepas bersalin ini perlu dilakukan sekurang-kurangnya 44 hari selepas melahirkan anak.
Tempoh Berpantang Selepas Bersalin
Siapa yang tidak kenal dengan Dr Imelda yang merupakan Profesor Jabatan Obstetrik dan Ginekologi Universiti Malaya yang pernah berkata tradisi berpantang ini sebenarnya satu kemewahan kepada orang berada kerana tidak semua mampu hidup mewah.
Menurutnya lagi, yang wajib dalam Islam ialah tidak melakukan hubungan kelamin dengan suami selagi darah nifas belum kering (had maksima yang diberikan selama 60 hari bukan setakat 40 hari sahaja). Namun, dibolehkan bersama suami jika darah nifas kering awal dari 40 hari.
Tapi, berpantang lain tidak semua wajib dan yang paling penting ibu diberi sokongan emosi dari semua ahli keluarga supaya ibu dapat memenuhi permintaan bayi yang baru dilahirkan.
Tambah Dr. Imelda lagi, mungkin sokongan dari sudut emosi itu boleh mengelakkan masalah meroyan tapi belum ada lagi kajian yang membuktikan kaedah berpantang tradisional boleh elakkan masalah tersebut.
10 Mitos Berpantang Selepas Bersalin
Dalam tempoh ini, wanita selepas bersalin digalakkan mengikut amalan berpantang yang diwarisi sejak dahulu. Namun begitum terdapat beberapa mitos berpantang selepas bersalin orang zaman dahulu yang biasa kita dengar. Antaranya:
1. Minum Minuman Sejuk
Kepercayaan bahawa minuman sejuk atau ais semasa berpantang boleh menyebabkan urat kembang atau masuk angin sebenarnya tidak berasas dalam dunia perubatan. Pengambilan ais tidak memberi kesan buruk kepada tubuh ibu selepas bersalin.
2. Minum Air Melebihi Satu Cawan Sehari
Air sangat penting untuk tubuh, terutama bagi ibu yang menyusukan bayi. Pengambilan dua hingga tiga liter air sehari membantu proses penyembuhan luka dalaman dan luaran selepas melahirkan.
Sebaliknya, had pengambilan air yang terlalu sedikit, seperti hanya segelas sehari, boleh menyebabkan darah menjadi pekat dan badan menjadi kering. Ini juga boleh meningkatkan risiko darah beku, terutama jika ibu kurang bergerak kerana takut rahim jatuh atau jahitan terbuka.
3. Berpantang Secara Tradisional
Berpantang boleh dilakukan mengikut cara tradisional atau moden, bergantung kepada kesesuaian individu. Namun, penting untuk memahami fakta tentang nutrisi dan keperluan tubuh.
Kini, perkhidmatan pusat penjagaan berpantang (confinement center) menjadi pilihan ramai ibu kerana fokus utama mereka adalah penjagaan rapi dan pemakanan seimbang sepanjang tempoh berpantang.
4. Mengehadkan Jenis Makanan
Dahulu, ibu berpantang hanya makan makanan kering seperti lada hitam tanpa kuah atau makanan bergoreng. Kini, pendekatan pemakanan lebih seimbang dengan konsep ‘suku-suku separuh’, termasuk sumber protein seperti ayam, ikan, dan telur.
Pengambilan telur dua biji sehari dibolehkan, tetapi kurangkan kuning telur. Semua jenis buah, termasuk durian, boleh dimakan dalam jumlah sederhana. Cara memasak dan pengambilan yang betul lebih penting berbanding menyalahkan jenis makanan.
5. Tidak Boleh Bersenam
Ibu yang bersalin secara normal tanpa luka besar disarankan melakukan aktiviti ringan seperti berjalan. Ini membantu melancarkan peredaran darah dan mengurangkan risiko komplikasi seperti darah beku.
6. Memakai Sarung Kaki atau Mengikat Rambut Seperti Sanggul
Pemakaian stokin untuk mengelakkan angin masuk sebenarnya tidak berasas kerana angin tidak boleh masuk melalui kulit.
Walau bagaimanapun, memakai sarung kaki semasa hamil dan berpantang boleh membantu mencegah darah beku. Pilihlah sarung kaki jenis compression yang lebih sesuai untuk tujuan ini, dan ia boleh didapati di farmasi.
7. Tidak Boleh Mandi atau Cuci Rambut
Ada kepercayaan bahawa ibu berpantang tidak boleh mandi atau mencuci rambut kerana bimbang akan demam atau angin masuk ke badan.Namun, menjaga kebersihan adalah penting untuk mengelakkan jangkitan, terutama jika ibu mengalami luka bersalin.
Mandi dengan air suam adalah pilihan terbaik untuk menyegarkan badan tanpa menjejaskan kesihatan.
8. Tidak Boleh Tidur Siang
Sebahagian orang percaya bahawa ibu berpantang tidak boleh tidur siang kerana dikatakan boleh menyebabkan badan lemah atau sakit kepala. Hakikatnya, ibu memerlukan rehat yang mencukupi untuk mempercepatkan pemulihan tubuh.
Tidur siang boleh membantu ibu yang keletihan, terutama bagi mereka yang menjaga bayi yang sering berjaga malam.
9. Tidak Boleh Menangis atau Emosi Berlebihan
Ada yang percaya bahawa ibu berpantang tidak boleh menangis kerana ia boleh menyebabkan susu badan terhenti atau emosi bayi terganggu. Sebenarnya, perubahan hormon selepas bersalin boleh menyebabkan ibu berasa emosi.
Apa yang penting ialah sokongan emosi daripada keluarga dan rakan untuk membantu ibu mengatasi cabaran ini.
10. Tidak Boleh Keluar Rumah Selama 44 Hari
Kepercayaan ini wujud kerana dikatakan ibu yang keluar rumah boleh terkena ‘angin luar’ yang akan menjejaskan kesihatan. Namun, tiada halangan untuk ibu keluar rumah, asalkan dalam keadaan sihat dan berhati-hati. Udara segar dan perubahan suasana boleh membantu meningkatkan mood dan semangat ibu.
Bila Boleh Bersama Dengan Suami Selepas Bersalin?
Hubungan intim dengan suami boleh dilakukan apabila tubuh ibu telah pulih sepenuhnya. Secara umumnya, doktor mencadangkan untuk menunggu sekurang-kurangnya 6 minggu selepas bersalin, iaitu selepas pemeriksaan postnatal dilakukan untuk memastikan:
- Luka jahitan atau pembedahan telah sembuh.
- Tiada masalah kesihatan seperti jangkitan atau pendarahan berterusan.
Namun, tempoh ini mungkin berbeza untuk setiap individu. Penting untuk berbincang dengan doktor dan memastikan keselesaan diri sebelum memulakan hubungan intim.
Kenapa Perlu Pantang Selepas Bersalin?
Ramai wanita yang masih tidak faham konsep berpantang seperti mana yang diakui oleh Dr Imelda Balchin dalam posting yang dikongsikannya di Facebook. Malahan itu, dalam aplikasi theAsianparent juga kami mengajukan soalan sama ada ibu betul-betul mengamalkan pantang atau tidak selepas bersalin?
Pengguna aplikasi theAsianparent yang menggunakan nama Waniy Yusoff mengatakan tempoh berpantang selepas bersalin dia adalah 100 hari. Maknanya, dia memang betul-betul mengamalkan pantang!
Manakala seorang lagi pengguna aplikasi ini yang menyembunyikan identiti dirinya memberi komen, dia berpantang mengikut kemampuan dan yang paling penting pantang bersama suami, tidak angkat benda berat, ambil makanan berkhasiat, minum air dua hingga tiga liter sehari, pantang keluar rumah atau ke tempat awam kerana sistem imun bayi yang masih rendah dan tidak sekuat orang dewasa.
Berbeza pula dengan Eja Haliza di mana semasa berpantang ibunya yang jaga maka serba serbi tak boleh buat. Malah setiap hari kena makan ikan tapi berbeza menu.
Namun, apa yang seronok berat badannya mudah turun. Jadi selepas 44 hari dia teruskan lagi berpantang selama 60 hari dengan harapan berat boleh konsisten turun.
Pada masa yang sama ambil juga makanan berkhasiat seperti supplement untuk bagi nutrisi pada bayi.
Selain itu, demi kesihatan ibu baru bersalin dan menyusu, mereka perlu minum sekurang-kurangnya tiga liter air sehari supaya penghasilan susu sentiasa lancar dan banyak.
Malah, Dr Imelda juga menyarankan ibu bersalin supaya melakukan senaman ringan dengan lebih kerap bagi melancarkan pengaliran darah salah satu caranya dengan berurut. Kalau tak mampu cari orang untuk berurut boleh buat senaman ringan.
Malah, urat hijau yang kembang di kaki juga bukanlah disebabkan masuk angin tapi saluran darah vena yang membawa darah kembali dari kaki ke jantung atau kita panggil sebagai Varicose Vein.
Bahkan, tiada angin dalam saluran darah atau urat saraf dalam badan kita.
Cara Mengelak Varicose Vein Dalam Tempoh Berpantang Selepas Bersalin
- Kerap bersenam agar pengaliran darah lebih lancar.
- Kurangkan berat badan melalui penjagaan makanan dan senaman.
- Elakkan berdiri lama. Juga jangan duduk lama sangat tapi bangun dan berjalan.
- Bila berjalan, elakkan pakai sepatu tinggi.
- Bila tidur di waktu malam, tinggikan sedikit kaki di atas beberapa bantal supaya kaki lebih tinggi dari badan yang sekaligus membantu pengaliran darah dari kaki ke jantung.
- Jika mengalami ulser di kulit kaki atau bengkak kaki disebabkan varicose vein ini sila berjumpa doktor untuk rujukan selanjutnya.
Kesimpulannya, ibu jangan rasa bersalah jika tidak berpantang dengan baik asalkan anda telah menjaga segala hal seperti yang ditulis di atas.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Doktor Kongsi Pengalaman Berpantang Cara Moden Yang Betul Agar Luka Bersalin Cepat Sembuh
Baca juga: Pantang Bersalin (Confinement): Berapa Hari Berpantang, Makanan Pantang & Tips
Baca juga: 7 Perubahan Setelah Melahirkan Bayi Yang Mungkin Berlaku Pada Anda, Jangan Takut Ia Normal