7 Perubahan Setelah Melahirkan Bayi Yang Setiap Wanita Perlu Bersedia!

Perubahan tubuh sebenarnya sudah mula berlaku semasa kehamilan, namun ada sesetengah perubahan tersebut akan kekal pada tubuh pada wanita sekiranya tidak diuruskan dengan baik.
Kehamilan merupakan pengalaman yang ditunggu oleh kebanyakan wanita. Rata-ratanya menanti peluang untuk dapat zuriat dan menjadi seorang ibu. Namun hakikatnya, ada beberapa perkara yang turut mengalami perubahan setelah melahirkan anak, termasuklah bentuk tubuh wanita.
Perubahan tubuh ini bukan sahaja mengambil masa untuk kembali kepada asal, malahan perubahan hormon mungkin menjadikan proses kembali semula ini tidak lagi sama seperti dulu!
Perubahan Setelah Melahirkan Anak, Bersediakah Anda?
Satu poll telah diutarakan di aplikasi theAsianparent, di mana ia telah mendapat maklumbalas undian dari 1843 pengguna. Hasil undian poll mendapati 78% pengguna mengatakan mereka risau dengan perubahan tubuh selepas bersalin, manakala selebihnya tidak.
Perubahan tubuh sebenarnya sudah mula berlaku semasa kehamilan, namun ada sesetengah perubahan tersebut akan kekal pada tubuh pada wanita sekiranya tidak diuruskan dengan baik.
Antaranya pertambahan berat badan, tanda regangan, nafsu makan meningkat dan lain-lain.
Apabila keadaan ini berlaku, wanita perlu menerima perubahan mendadak ini sementara dapat kembali ke keadaan tubuh yang asal.
Perubahan ini merisaukan kerana ia bukan sahaja memberi impak pada keyakinan diri wanita tersebut, malah ia mempengaruhi cara berpakaian, pergaulan dan pastinya hubungan bersama pasangan!
Rata-rata pengundi memberi komen yang hampir sama berkenaan berat badan yang berbeza selepas bersalin. Perubahan hormon ketika hamil pada sesetengah wanita menyebabkan berat badan naik mendadak, malahan ada mengalami penurunan kadar metabolisma sebaik sahaja melahirkan anak.
7 Perubahan Wanita Selepas Mempunyai Anak
Kebanyakkan wanita fokus kepada perubahan berat badan selepas melahirkan anak, padahal hakikatnya badan ibu mengalami banyak lagi perbezaan yang ketara.
Ini kerana tubuh wanita telah menjalani satu pengalaman yang menakjubkan ketika hamil yang mempengaruhi banyak perkara lain pada wanita!
Ini adalah beberapa perubahan selepas melahirkan bayi:
#1 Saiz Kasut
Hormon relaxin yang terhasil semasa proses melahirkan anak bukan sahaja meregangkan bahagian pelvik wanita, malah mempengaruhi ligamen lain pada tubuh termasuklah kaki! Ini menyebabkan kaki wanita selepas bersalin seakan lebih 'longgar' dan bertambah saiz.
#2 Saiz Vagina
Walaupun dikatakan saiz vagina kembali kepada asal selepas kelahiran, kebanyakan wanita akan mempunyai vagina yang lebih luas. Antara faktor yang menyumbang termasuklah cara bersalin, saiz bayi, faktor genetik dan faktor lain.
#3 Payudara Yang Berubah Saiz
Kredit: Genetic Literacy Project
Payudara wanita menjalani beberapa perubahan semasa dan selepas mengandung. Payudara akan lebih besar pada mulanya, kerana tisu lemak yang tidak aktif di payudara akan digantikan dengan tisu yang berfungsi sebagai persediaan untuk menyusu.
Namun selepas tempoh penyusuan berakhir, payudara akan 'mengempis' dan tidak digantikan dengan lemak serta merta. Sekiranya wanita merokok atau mengalami berat badan naik mendadak, besar kemungkinan payudara akan lebih mudah jatuh selepas bersalin.
#4 Risiko Kanser Payudara Menurun
Penyusuan susu ibu boleh mengurangkan risiko seumur hidup untuk mengalami kanser payudara. Untuk setiap 12 bulan seorang wanita menyusukan bayi, risiko kanser payudaranya menurun sebanyak 4%!
#5 Keguguran Rambut
rambut gugur selepas bersalin
Selepas tahap hormon kembali normal selepas mengandung, rambut yang cantik semasa hamil akan tiada lagi!
Namun masalah rambut luruh sebenarnya hanya sementara dan selalunya akan kembali normal kira-kira 12 hingga 18 bulan selepas bersalin.
#6 Pinggul Lebih Lebar
Sesetengah wanita mungkin perasan yang pinggul mereka lebih lebar dari sebelum hamil, menyebabkan wanita terpaksa membeli seluar dengan saiz baru. Menariknya, ini bukan disebabkan hormon yang sama menyebabkan saiz kaki berubah.
Sebaliknya, pinggul lebih lebar mungkin disebabkan oleh pemendapan lemak ke kawasan badan yang mempunyai sel lemak tambahan. Dalam erti kata lain, sesetengah wanita mengalami kerengsaan kerana terkumpulnya sel-sel lemak, bukan kerana tulang pinggul mereka menjadi lebih lebar.
#7 Keinginan Seks Menurun
Kredit: theglobeandmail.com
Selepas seorang wanita bersalin, ia boleh mengambil masa setahun keinginan seks kembali ke tahap biasa. Perubahan selepas melahirkan ini berkaitan dengan keletihan menjaga anak, dan juga disebabkan penyusuan ibu.
Wanita yang menyusukan anak mempunyai tahap estrogen yang rendah, menyebabkan dia tidak mudah terangsang. Nampaknya suami kenalah banyak membantu isteri bagi mendapatkan rehat juga ya!
Apakah perubahan yang anda alami setelah melahirkan anak? Jom kongsi bersama kami di komuniti theAsianparent bersama para ibu yang lain dengan memuat turun aplikasi di sini!
Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus ke Facebook page kami.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Sumber: livescience
Baca juga:
Mendiang Puteri Diana & Adele, Antara 5 Ibu Yang Pernah Berjuang Melawan Kemurungan Lepas Bersalin
Ibu Dalam Pantang Cuba Bunuh Diri, Sebab Itu Peranan Suami Amat Penting Ketika Ini
4 Cara Betul Untuk Cepat "Melekat", Tak Perlu Angkat Kaki Lepas Seks, Itu MITOS Saja!
5 Perilaku Anak Yang Nampak Biasa, Tapi Sebenarnya Bahaya, Tak Boleh Dipandang Remeh!