Pasangan Suami Isteri Yang Guna Alat Mainan Seks Terbukti Lebih 'Bahagia'. Pernah Cuba?

Alat mainan seks memiliki pelbagai manfaat buat pasangan suami isteri. Antaranya adalah buat hubungan jadi lebih intim.

Alat mainan seks itu apa? Terdapat juga pasangan suami isteri yang tidak mengetahui kelebihan menggunakan alat mainan seks di dalam hubungan seks.

Ada juga persoalan yang timbul di mana rata-rata menyoalkan, penggunaan alat mainan seks ini akan memberikan anda pengalaman bersama suami dan isteri ala-ala filem Fifty Shades Of Grey ke?

Tidak, jangan salah faham. Alat mainan seks yang kami maksudkan di sini hanyalah props seks, seakan-akan di dalam filem berkenaan. Ini kerana kajian telah membuktikan bahawa alat permainan seks ini merupakan cara bersama suami isteri yang lebih memuaskan!Ia akan membuatkan hubungan seks di antara anda dan pasangan lebih memuaskan. Jom kita bongkarkan kenapa ia terjadi.

Cara Bersama Suami Isteri Menggunakan Alat Mainan Seks Lebih Memuaskan

Penggunaan sex toys ini seringkali menjadi perkara yang disalah anggap bahawa hubungan intim bersama suami isteri tidak akan ‘bagus’ dan ‘memuaskan’ jikalau anda memilih untuk menggunakan alat mainan seks.

Itu adalah anggapan karut dan salah. Ini kerana, menurut Dr Kat Van Kirk menerusi Psychology Today menjelaskan bahawa pasangan suami isteri yang membuat keputusan untuk menggunakan alat mainan seks ini sememangnya bersifat lebih terbuka ketika di ranjang. Mereka juga akan lebih puas dan bahagia.

Walau bagaimanapun, ini tidak bermakna bahawa penggunaan alat mainan seks ini akan berisiko membuatkan pasangan anda berasa rendah diri atau kerap tidak berpuas hati.

Ia kerana lelaki juga didapati menggunakan ‘vibrator‘ untuk diri mereka, pasangan (atau kedua-duanya) menerima skor lebih tinggi pada ukuran fungsi erektil, fungsi orgasme, keinginan seksual, dan kepuasan seksual berbanding lelaki yang jarang atau tidak pernah menggunakan alat mainan seks berkenaan.

Apakah Alat Mainan Seks Yang Boleh Digunakan?

Untuk pasangan suami isteri yang sehingga kini masih belum pernah menggunakan alat mainan seks ketika melakukan hubungan intim, ini adalah panduan buat anda dan beberapa alatan mainan seks yang boleh digunakan. Setakat ini, alatan mainan seks ini adalah yang paling laris di pasaran dan sering digunakan oleh pasangan ketika menjalinkan hubungan intim bersama.

Lebih efektif, mungkin?

7 Alat Mainan Seks Yang Boleh Dicuba Oleh Pasangan Suami Isteri

  • Vibrator: Ia berfungsi untuk memberi sensasi yang takkan ‘habis’.
  • Vibrator yang boleh dipakai (Strap-on Vibrator): Ia seakan harness yang boleh diubahsuai ikut keselesaan, confirm pasangan lebih puas
  • Cincin Zakar (Cock Ring): cincin silikon ini dipakai di penis. Ia mampu buat suami tahan lebih lama
  • Whip: Kalau anda nak “ganas” sedikit, cubalah beli whip yang kecil dan tidak menyakitkan sangat.
  • Bebola Ben Wa: Bebola ini perlu dimasukkan dalam vagina. Ia boleh menguatkan kegel dan otot pelviks.
  • Butt Plugs: Bunyi macam ‘terseksa’, kan? Tapi sebaik sahaja anda menggunakannya, pengalaman hubungan intim anda tidak akan sama lagi tanpa Butt Plugs ini. Anda boleh mendapatkannya di pasaran dengan pelbagai saiz. Ia bertujuan untuk dipakai di dalam punggung anda.
  • Restraints: Ya, ini sama seperti mainan seks Christian Grey dan Anastasia Steele, tetapi anda tidak perlu pergi jauh-jauh. Anda boleh membeli sekatan lembut untuk mencuba sesuatu yang baru di dalam bilik tidur.

Ini 5 Sebab Hubungan Intim Bersama Pasangan Lebih Best Dengan Alat Mainan Seks!

#1. Seks Lebih Menghiburkan

Jika anda sanggup mencuba alat mainan seks  di ranjang, hubungan intim kalian pasti akan lebih menyeronokkan. Kalian berdua boleh berbincang apa yang kalian selesa guna dan apa yang tidak.

Kajian pada tahun 2016 mendapati, sex toys menambah kepelbagaian gaya seks, menambah mood dan komunikasi. Ia akhirnya membawa kepada kepuasan yang tanpa jangkauan!

#2. Orgasma Yang Lebih Kerap

Penyelidikan dari Indiana University’s School of Public Health mendapati hanya 18.4% wanita mencapai orgasma daripada hubungan seks.

Ini kerana mereka kekurangan rangsangan klitoris atau rangsangan lain ketika berasmara. Alat mainan seks terbukti menambah rangsangan buat mereka.

#3. Tidak Berasa Pressure Untuk Memuaskan Pasangan

Sex toys membuatkan pasangan lebih terbuka untuk bersembang. Ini mengubah mindset pasangan untuk wajib memuaskan anda. Maka, kalian akan melalui hubungan seks yang lebih intim dan penuh try and error untuk mendapat kepuasan yang diingini. Jika tidak puas, boleh boleh mencuba lagi.

#4. Meningkatkan Keintiman

Isteri terdorong untuk rasa cepat tidak yakin dengan bentuk badan mereka. Hal ini memberi impak pada hubungan intim kalian. Inilah fungsinya sex toys. Ia memberi kepuasan, malah mengalihkan fikiran anda dari “imej” badan yang anda tidak selesa itu.

#5. Memudahkan Cara Untuk Berkomunikasi Bersama Pasangan

Nakal, nakal juga. Tapi tahukah anda bahawa alat mainan seks ini sememangnya akan memudahkan anda untuk berkomunikasi bersama pasangan masing-masing. Ini namanya open communications ataupun komunikasi secara terbuka tentang apa jua hal sekalipun termasuklah hubungan intim.

Seperti kajian pada tahun 2013 cuba memahami penggunaan vibrator oleh wanita. Para penyelidik mendedahkan bahawa wanita menggunakan alat mainan seks secara bebas kerana “mungkin dapat berkomunikasi secara terbuka dan merasakan minat dan keseronokan seksual seseorang diterima oleh pasangannya meningkatkan kepuasan.”

Belum cuba, belum tahu. Kan?

Bolehkah Ibu Mengandung Menggunakan Sex Toys Ketika ‘Bersama’ Pasangan?

Penting untuk ibu hamil di luar sana!

Ya, alat mainan seks seperti dildo dan vibrator adalah selamat digunakan semasa kehamilan. Walau bagaimanapun, seperti yang lain, anda perlu berlatih dengan berhati-hati.

Sebagai permulaan, elakkan daripada menembusi faraj terlalu dalam dengan alat mainan seks (dan jangan sekali-kali menggunakan alat mainan seks yang mempunyai tepi yang tajam, yang boleh menyakitkan). Tetapi anda tidak perlu risau mengenainya mencucuk plasenta atau mencederakan bayi anda, kerana palam lendir dalam serviks anda memastikan rahim dan bayi anda selamat dari dunia luar sehingga mereka bersedia untuk keluar.

Selain itu, pastikan apa-apa yang anda masukkan ke dalam faraj adalah bersih sebelum menggunakannya.

Untuk mainan silikon yang tidak bergetar, anda boleh merebusnya selama 5 hingga 10 minit atau membersihkannya terlebih dahulu. Anda juga boleh mencuci vibrator dalam air suam dan sabun antibakteria. Semak arahan pembersihan khas sebelum dan selepas menggunakannya, terutamanya semasa anda hamil.

Walau bagaimanapun, anda harus berhenti menggunakan sex toys dan berunding dengan doktor anda tentang aktiviti seksual semasa hamil jika anda mengalami kesakitan, kekejangan, atau ketidakselesaan, atau jika anda mengalami sebarang pendarahan faraj, berisiko untuk bersalin pramatang, atau mengalami plasenta yang rendah.

Hakikatnya ialah memasukkan mainan seks di dalam bilik tidur anda boleh meningkatkan hubungan dan meningkatkan keintiman dan kepuasan seksual.

Walau bagaimanapun, seseorang itu perlu terbuka kepada keinginan pasangan mereka dan menerima penolakan mereka juga. Sekiranya terdapat rasa saling menghormati dan keterbukaan, maka anda boleh mengalami kepuasan yang hebat di atas katil bersama.

Semoga perkongsian ini bermanfaat buat suami isteri di luar sana.

Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Hangatkan Hubungan Di Hari Lahir Pasangan Dengan ‘Hadiah’ Birthday Untuk Suami

Baca juga: 15 Idea Hadiah Buat Suami Sempena Hari Kekasih, Pasti Dia Suka & Bertambah Sayang

Baca juga: Suami Isteri Yang Tidur Berpelukan, Hidup Lebih Lama Berbanding Pasangan Lain

Penulis

Ayu Idris