Hangatkan Kembali Hubungan Anda: 7 Kejutan Yang Dia Akan Suka!

lead image

Nak menghangatkan kembali hubungan kalian yang semakin renggang? Jom cuba 7 kejutan ini yang pasti akan mampu menggoda pasangan anda!

Menghangatkan Kembali Hubungan Kalian...

Selepas 10 tahun hidup bersama, hubungan kalian sudah tak sehangat dulu? Masing-masing sibuk dengan kerjaya. Apa lagi nak urus keperluan anak-anak.

Well, rasanya semua pasangan berkahwin akan melalui fasa ini. Bosan, tak lagi mengambil berat antara satu sama lain... Jangan sampai curang, sudah!

Bila anda lihat pasangan tua yang masih mesra hingga kini, anda tertanya-tanya. Apa rahsia mereka?

Sebenarnya... tiada sebarang rahsia pun! Mereka hanya "berusaha dengan lebih sedikit" untuk menghangatkan kembali hubungan yang mungkin akan goyah jika tak diberi perhatian sepenuhnya.

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2017/05/love 1138823 640.jpg Hangatkan Kembali Hubungan Anda: 7 Kejutan Yang Dia Akan Suka!

Ah sudah! Nak "berusaha lebih sedikit" itu, macam mana? Pakai banyak duit tak? Jangan risau! Pengarah Human Neuroimaging Lab di Kolej Perubatan Baylor, Read Montague menjelaskan - kejutan sudah cukup menunjukkan usaha anda! Beliau juga mengulas

Apabila anda memberi kejutan atau hadiah yang tak dijangka, otak akan menghantar isyarat dan merangsang keseluruhan minda yang mengawal elemen kasih sayang dan ikatan. Manusia amat menggemari kejutan kerana ia merangsang rasa cinta.

Ha... mudah saja kan? Kami juga ada sediakan 7 kejutan yang boleh anda cuba di rumah. Apa yang seronoknya tentang kejutan ini... ia terbukti akan disukai oleh pasangan anda! 

Tak percaya? Mari baca dulu.

7 Kejutan Yang Akan Digemari Oleh Pasangan Anda

#1 Mulakan niat untuk bermesra

Jangan rasa malu. Biasanya, memang lelaki yang akan "mula" dulu. Tapi kalau wanita yang minta dulu, apa salahnya? Jadi, buat berani saja. Bila anda rasa kalian sudah berdua-duaan, cuba bertindak nakal. Hampiri pasangan dan godanya...

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2017/05/pexels photo 230986.jpeg Hangatkan Kembali Hubungan Anda: 7 Kejutan Yang Dia Akan Suka!

#2 Bogel di rumah

Ya, semua pasangan inginkan perkara ini. Tapi, macam mana nak bogel di rumah jika ada anak-anak? Bogellah ketika mereka tiada!

Selepas mereka ke sekolah, mungkin? Tak pun, minta sesiapa jaga anak anda sebentar sebelum anda jalankan "kejutan" ini di rumah. Suami pasti ternganga dan ghairah dengan kejutan nakal ini!

#3 Blowjob di awal pagi

Benda pertama pasangan terima ketika dia bangun tidur! Takut akan mengejutkan suami jika anda tiba-tiba "bertindak rakus" dengan zakarnya? Jangan risau! Tiada lelaki akan menolak kejutan ini. Pasangan dan anda juga pasti akan melalui hari yang sungguh menerujakan apabila bangun nanti. 

#4 Lakukan hubungan intim di tengah malam

Kejut pasangan secara tiba-tiba di tengah-tengah malam. Jangan kejut dengan ganas pula! Nanti mengamuk dia. Cuba dengan belaian dan godaan. Kemudian terus lakukan hubungan intim, hehehe.

Pasangan pasti tak jangka kejutan yang sangat enak ini.

src=https://my admin.theasianparent.com/wp content/uploads/sites/6/2017/05/sex positions main.jpg Hangatkan Kembali Hubungan Anda: 7 Kejutan Yang Dia Akan Suka!

#5 Hubungan seks senyap

Anda selalu bercakap ke tika melakukan hubungan intim? Jika ya, cuba kejutan ini pula. Lakukan hubungan seks tanpa berkata sepatah kata! Yang hanya kedengaran adalah jeritan kepuasan anda dan pasangan. Gantikan tugas mulut itu dengan renungan mata yang tajam lagi seksi. Fuh! Pasti pasangan terangkat!

#6 Pakai kostum

Mungkin pasangan anda suka pakaian seksi yang jarang anda pakai? Atau anda sendiri ada set lingerie seksi yang boleh dijadikan kostum? Cuba ia sekarang! Nak malu apa? Pasangan sudah tahu semua kelemahan dan kelebihan anda. Kan lebih seronok kalau kalian bergurau dan bermesra dengan salinan kostum?

Atau... anda yang mahu pasangan pakai kostum ala-ala koboi dalam filem Magic Mike? Hehe...

#7 Ais kiub

Ha... jangan tak tahu ais kiub ini ada fungsinya! Kejutan nakal yang akan digemari pasangan anda... Cuba main dengan ais kiub sebelum kalian bermesra. Anda boleh saja menutup mata pasangan dan meletakkan ais kiub di dadanya. Jika pasangan terkejut, terus gigit nakal puting itu. Ish! Perlu ke ajar aksi-aksi nakal ini?

Bagaimana? Bersedia untuk "berusaha lebih sikit" bagi memberi kejutan untuk pasangan tercinta agar hubungan kalian kembali hangat? Tak payah nak malu apa pun. Anda kena berani! Kalau anda tak buat semua ini, siapa yang nak buat?

Apa yang penting - jangan mudah berputus asa! Jika semua kejutan nakal ini tak berjaya menghangatkan kembali hubungan kalian, kita cuba aksi lain okay!

Sumber rujukan: Cafe Mom

 

 

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android, sekarang!