Begini Cara Bersihkan Lidah Bayi Baru Lahir Dengan Betul, Ibu Ayah Baru WAJIB Tahu!
Cara bersihkan lidah bayi boleh dilakukan dengan lima langkah mudah. Ibu digalakkan bersihkan dengan kerap bagi mengelakkan jangkitan mulut
Eh, lepas minum susu, baru perasan lidah si kecil ada kotoran putih! Alamak macam mana cara bersihkan lidah bayi ya? Patutlah bayi rasa macam kurang selesa bila minum susu!
Sebenarnya, pembersihan lidah bayi harus dibuat secara rutin setelah si kecil itu minum susu supaya ia dapat meninggalkan kesan putih pada lidah.
Apa yang anda boleh baca dalam artikel ini?
- Cara bersihkan lidah bayi yang betul dapat beri banyak manfaat kepada si manja
- Cara bersihkan lidah bayi bekas susu dengan mudah dan betul
Hal ini kerana, kotoran putih susu itu akan menyebabkan pembiakan bakteria yang boleh membahayakan kesihatan bayi anda.
Cara bersihkan lidah bayi yang betul dapat beri banyak manfaat kepada si manja
Seharusnya, lidah bayi dibersihkan sekali dalam tiga hari seminggu. Untuk itu, hari ini kami di theAsianparent Malaysia ingin berkongsi cara bersihkan lidah bayi baru lahir ini yang mudah dan berkesan.
Tapi sebelum itu, mari kita ketahui apakah faedah jika parents kerap mencuci lidah bayi.
Apabila mencuci lidah bayi, ia membawa manfaat dan kelebihan seperti:
- Dapat menghalang toksin daripada diserap badan yang seterusnya meningkatkan sistem imuniti anak anda
- Mengamalkan tabiat yang sihat, menggalakkan kesihatan penjagaan gigi anak dan menghalang nafas berbau.
- Makanan meninggalkan bakteria pada lidah, lalu boleh memudaratkan kesihatan anak. Sebab itu, pembersihan ini harus dilakukan supaya dapat menghapuskan kuman tersebut.
- Meningkatkan selera makan anak. Si kecil dapat merasai makanan dengan lebih baik.
Walau bagaimanapun, ibu harus berhati-hati ketika membersihkan lidah bayi supaya tidak luka mahupun tercedera.
Cara bersihkan lidah bayi bekas susu dengan mudah dan betul
#1. Pakai sarung tangan yang diperbuat dari kain lembut atau ambil tuala putih bersih.
#2. Basahkan sedikit hujung tuala dengan air suam.
#3. Buka mulut bayi secara lembut dan perlahan.
#4. Kemudian gosok sekitar dalam lidah dan mulut bayi anda.
#5. Semasa membersihkan lidah bayi, berkomunikasi dengannya seperti bermain ba-cak. Ini bertujuan supaya si kecil itu tidak menangis ketika anda sedang masukkan jari ke dalam mulutnya.
Ha.. siap! Kan senang saja? Semoga artikel ini memberi manfaat untuk anda semua!
Sumber: Penulis asal Sakshi Sem. Artikel ini mendapat keizinan dari theAsianparent Singapore untuk diterjemahkan.
Kredit gambar: geonathan mosha
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Bayi Sering Terjelir Lidah? Ini Mungkin 6 Masalah Kesihatan Yang Anda Tak Tahu
Baca juga: Lidah bayi ada corak begini, adakah ia membahayakan kesihatan mereka?
Baca juga: Tongue Tie Punca Pertuturan Anak Tak Jelas? Pentingnya Periksa Lidah Anak Selepas Lahir