Anak Suka Sangat Makan Dadih? Ibu Boleh Cuba Resepi Ini, Buat Sendiri Di Rumah, Mudah & Jimat!

Musim cuti sekolah ni anak-anak mesti asyik minta makanan saja kan? Kami kongsikan cara buat dadih ini. Bolehlah ibu-ibu cuba di rumah.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Musim panas-panas ini teringat pula dadih sejuk, rasa sejuk je tekak bila makan. Anak-anak pun suka. Jadi musim cuti sekolah ini ibu bolehlah buat sama-sama dengan anak di rumah. Kami kongsikan cara buat dadih yang simple untuk anda cuba di rumah. 

Kalulau beli di kedai dadih yang sudah siap, harganya sekitar RM2 hingga RM3. Jadi kalau ibu buat bolehlah jimatkan? Biasanya resepi dadih susu guna serbuk agar-agar.

Serbuk agar-agar dadih ini anda boleh beli di pasar raya. Sepaket kira-kira RM4.90 sahaja dan boleh dapat berbekas-bekas dadih kecil. Di sini kami kongsikan resepi dadih dan cara buat dadih tahan lama.

Cara Buat Dadih Segera, Mudah & Jimat

Bila buat sendiri, bukan saja murah dan jimat tetapi juga tahap kebersihan juga terjamin. Selain itu, suhu ideal supaya dadih tahan lama ialah antara 1°C hingga 4°C. Dadih yang disimpan pada julat suhu ini boleh bertahan selama sebulan.

Bahan-bahan:

  • Serbuk dadih buah-buahan
  • Susu cair atau susu sejat

Cara penyediaan:

  1. Sediakan tiga liter air. Gunakan periuk yang bersesuain. Tidak terlalu kecil atau besar. 
  2. Didihkan air.
  3. Apabila air sudah mendidih, masukkan satu tin susu cair.
  4. Masukkan dua sudu gula. Jangan terlalu banyak kerana sudah ada gula dalam serbuk dadih
  5. Selepas siap masak, tutup api. Masukkan gula buah-buahan yang terdapat dalam bungkusan dadih.
  6. Jika anda ingin gunakan warna dan perisa yang berbeza, bahagikan adunan kepada 2-3 bahagian.
  7. Tuang dalam bekas yang diingini dan sejukkan dalam peti sejuk. 

Resepi Dadih Tanpa Guna Serbuk Segera

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bahan-bahan:

  • 150 gram gula
  • Agar-agar tali
  • 1 sudu tepung jagung
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 liter susu segar
  • 500 ml air
  • Perasa kegemaran anda

Cara penyediaan:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan
  1. Gunakan 1/3 daripada tali agar-agar untuk membuat dadih. Bakinya boleh disimpan.
  2. Letakkan satu liter air dalam periuk. Buka api dan masak hingga agar-agar larut. Gunakan air yang sudah dimasak.
  3. Masukkan susu, gula dan garam
  4. Tidak perlu tunggu dadih mendidih. Biarkan ia panas dan tutup api.
  5. Tapis larutan tadi dan masukkan ke dalam bekas yang diingini.
  6. Tunggu sejuk sedikit. Kemudian, anda bolehlah bahagikannya kepada beberapa bekas dan tambah perisa yang disukaii.
  7. Masukkan ke dalam cawan plastik kecil. Sejukkan selama 2-3 jam.

Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: 5 Resepi Snek Homemade Untuk Anak-Anak Yang Kerap Lapar Ketika PKP, Ibu Jom Buat!

Baca juga: Resepi Jelly Ball Viral Yang Mudah, Boleh Buat Sendiri Anak-Anak Pasti Suka!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Baca juga: Resepi Muffin Pisang & Kismis, Snek Lazat Sesuai Untuk Sarapan Mahupun Minum Petang

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Lala Annuar