X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Resepi Jelly Ball Viral Dan Cara Buat Jelly Ball Buah Yang Mudah, Rasanya Kenyal Memang Sedap!

5 min bacaan
Resepi Jelly Ball Viral Dan Cara Buat Jelly Ball Buah Yang Mudah, Rasanya Kenyal Memang Sedap!

Resepi jelly ball viral dan jelly ball buah yang sedap menjadi kesukaan ramai kerana rasanya yang sedap serta teksturnya kenyal

Jelly ball atau bebola jeli menjadi kesukaan ramai kerana rasanya yang sedap, kenyal dan kurang manis. Memandangkan harga jualannya agak mahal, apa kata anda cuba beberapa resepi jelly ball viral dan cara buat jelly ball buah yang mudah menggunakan sedikit bahan sahaja.

Biasanya kanak-kanak menyukai jelly ball ini memandangkan warna-warni jeli ini menarik perhatian dan kelihatan begitu comel. Ada juga yang diletakkan buah-buahan bersama, lebih berkhasiat kan? 

▲▼Isi Kandungan

  • Resepi Jelly Ball Viral Dan Kenyal
  • Bahan Jelly Ball Viral
  • Tips Buat Jelly Ball Viral
  • Resepi Jelly Ball Buah
  • Resipi Jelly Ball Cocktail

Resepi Jelly Ball Viral Dan Kenyal

Apa Itu Jelly Ball?

Jelly ball, atau bebola jeli, adalah sejenis pencuci mulut yang berasaskan agar-agar atau gelatin. Ia biasanya berwarna-warni dan boleh dihidangkan dalam pelbagai bentuk dan saiz.

Jellyball ini terkenal dengan teksturnya yang lembut dan kenyal, menjadikannya menarik untuk dimakan. Pencuci mulut ini sangat popular di negara-negara Asia seperti Malaysia dan Indonesia, dan sering kali menjadi pilihan dalam majlis-majlis perayaan atau sebagai snek harian.

Dalam artikel kali ini, kami akan berkongsi resepi daripada Shakila AB Rashid dari laman Facebook Masak Apa Hari Ni..(MAHN) kepada orang ramai cara buat jelly ball yang begitu mudah. 

Rasa dan Bentuk Jellyball

Rasa Jelly Ball:

  1. Rasa Asli: Bebola jeli mempunyai rasa yang ringan dan manis. Rasa asasnya adalah neutral, bergantung pada bahan asas yang digunakan seperti agar-agar atau gelatin.
  2. Rasa Buah-Buahan: Dengan menambahkan jus buah atau perisa buah-buahan seperti strawberi, mangga, atau pandan, bebola jeli boleh mempunyai pelbagai rasa yang menyegarkan.
  3. Rasa Kelapa: Menggantikan sebahagian air dengan santan boleh memberikan rasa yang lebih kaya dan berkrim, sesuai dengan citarasa tropika.

Bentuk Jellyball:

  1. Bebola Kecil: Bebola jeli yang bulat dan kecil adalah bentuk yang paling biasa ditemui. Mereka sering kali dihidangkan dalam mangkuk atau cawan kecil.
  2. Berbentuk Lain: Selain bentuk bebola, jeli ini juga boleh dibentuk dalam pelbagai bentuk menggunakan acuan, seperti bintang, bunga, atau haiwan, menjadikannya lebih menarik terutama untuk kanak-kanak.
  3. Lapisan Berwarna: Bebola jeli juga boleh dibuat dalam bentuk berlapis-lapis dengan pelbagai warna, memberikan rupa yang lebih menarik dan estetik.

Bahan Jelly Ball Viral

  • 1 pek serbuk jelly 10g plain
  • 1/2 pek (5g) serbuk agar plain
  • 250g gula
  • 1200g air
  • Kordial lion ikutlah nak perisa apa

Cara Buat Jelly Ball Viral

1. Satukan serbuk jelly, serbuk agar-agar dan gula dan campurkan dalam air. Masak hingga mendidih.

2. Sentiasa kacau bagi semua bahan larut, bahagikan kepada beberapa bahagian. (Saya buat bahagi 3 je). Setiap bahagian letak dua sudu besar kordial.

3. Tuang dalam acuan dan tutup. Kalau tiada bekas jelly ball, boleh jer guna mana-mana acuan yang ada. Biar suam sikit baru masuk peti ais. Siap!

resepi jelly ball, resepi jellyball, resipi jelly ball, jelly ball viral, cara buat jelly ball, jelly ball buah, bekas jelly ball, jellyball

Tips Buat Jelly Ball Viral

1. Acuan untuk membuat jelly ball itu perlu dibeli di kedai-kedai bakeri.

2. Nak dapat bentuk bulat yang cantik kena isi penuh acuan baru tutup.. akan ada lelehan kat luar.. abaikan jer yang terkeluar tu boleh bagi anak-anak makan.

3. Jika suka buah-buahan, boleh diletak mengikut kesukaan anak. Apa sahaja buah boleh diletak, potong kecil-kecil.

4. Lebih menarik lagi, boleh cucuk di lidi untuk dihidangkan kepada ahli keluarga. 

Resepi Jelly Ball Buah

Bahan Jelly Ball Buah

  • 1 pek serbuk jelly
  • 1 pek serbuk agar-agar
  • Buah-buahan (kiwi/mangga/strawberi/naga)
  •  6 sudu gula (adjust sikit mengikut kemanisan anda)

Cara Buat Jelly Ball Buah

  1. Campur sebati serbuk agar-agar, serbuk jelly & gula ke dalam 1 mangkuk
  2. Panaskan 1500ml air, masukkan campuran serbuk tadi & kacau larut
  3. Adunan mendidih tutup api
  4.  Potong buah-buahan menjadi kecil
  5. Susun buah-buahan ke dalam bekas jelly ball
  6. Tuang adunan ke dalam acuan & biarkan sejuk selama 2 jam dalam peti sejuk
  7. Cungkil jellyball & cucuk menggunakan lidi. Sedia untuk dihidangkan

resepi jelly ball, resepi jellyball, resipi jelly ball, jelly ball viral, cara buat jelly ball, jelly ball buah, bekas jelly ball, jellyball

Resipi Jelly Ball Cocktail

Bahan Jelly Ball Coktail

  • 1 pek serbuk jelly
  • 1 pek serbuk agar-agar
  • 6 sudu besar gula
  • Daun pandan / daun pudina
  • Kordial / perisa
  • Acuan 3cm (sediakan 5 acuan untuk 1 set bancuhan jelly ball)

Cara Buat Jelly Ball

  1. Campur sebati serbuk agar-agar , serbuk jelly & gula ke dalam 1 mangkuk
  2. Panaskan 1500ml air, masukkan campuran serbuk tadi & kacau larut. Bila adunan mendidih tutup api
  3. Bahagikan kepada 5 bahagian untuk di campurkan dengan perisa yang berbeza
  4. Kacau setiap adunan dengan perisa (mangga/strawberi/laici/anggur/pandan) sampai sebati
  5. Tuang adunan ke dalam acuan & biarkan sejuk selama 2 jam dalam peti sejuk
  6. Cungkil jelly ball & cucuk menggunakan lidi
  7. Sedia untuk dihidangkan

Bahan Kuah Kastard

  • 3 sdk tepung kastard
  • 1 tin susu cair (390ml)
  • 5 sdk gula halus (jika suka manis letak 10)
  • Secubit garam
  • Air 390ml

Cara Buat JellyBall Cocktail

  1. Tuang 390ml air ke dalam periuk
  2. Ambil sedikit air dalam periuk untuk bancuh tepung kastard, kemudian tuang ke dalam periuk semula
  3. Tuang 1 tin susu cair
  4. Masukkan gula dan secubit garam
  5. Mula masak dengan api sederhana sehingga mendidih
  6.  Biarkan suam dan sejukkan. Cara makan adalah dengan tuangkan sos kastard atas jellyball. Nak sedap makan sejuk-sejuk.

Semoga artikel ini bermanfaat.

Facebook Masak Apa Hari Ni..(MAHN)

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:  8 Resepi Untuk Kanak-Kanak Yang Ringkas & Mudah Disediakan Ibu Dari Rumah

Baca juga: Resepi Soft Cookies Azlina Ina, ‘Dip’ Dengan Susu Memang Sedap! Sesuai Dijadikan Hidangan Minum Petang

Baca juga:  17 Resepi Untuk Anak Picky Eater/ Memilih Makan, Menu Yang Sedap & Pikat Selera Si Manja

Stories Rakan Kongsi
Yogurt Lactel Kids Snek Sihat Untuk Anak Anda, Diperkaya Dengan Vitamin D & Tinggi Kalsium Bagi Menyokong Tumbesaran Tulang Si Kecil!
Yogurt Lactel Kids Snek Sihat Untuk Anak Anda, Diperkaya Dengan Vitamin D & Tinggi Kalsium Bagi Menyokong Tumbesaran Tulang Si Kecil!
Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Logam Berat Dalam Makanan Bayi: Ini Fakta
Apa Yang Anda Perlu Tahu Tentang Logam Berat Dalam Makanan Bayi: Ini Fakta

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Siti Nur Zuraikha Yaacob

  • halaman rumah
  • /
  • Resepi
  • /
  • Resepi Jelly Ball Viral Dan Cara Buat Jelly Ball Buah Yang Mudah, Rasanya Kenyal Memang Sedap!
Kongsikan:
  • Bunga Lawang (Star Anise) Untuk Kesihatan, Tinggi Antioksidan & Boleh Atasi Masalah Insomnia

    Bunga Lawang (Star Anise) Untuk Kesihatan, Tinggi Antioksidan & Boleh Atasi Masalah Insomnia

  • Resepi Rendang Ayam Yang Mudah & Sedap, Hidangan Wajib Pada Pagi Raya WAJIB Cuba!

    Resepi Rendang Ayam Yang Mudah & Sedap, Hidangan Wajib Pada Pagi Raya WAJIB Cuba!

  • Resipi Bubur Pedas Sarawak Yang Mudah & Sedap, Hidangan Populor Ketika Bulan Ramadhan

    Resipi Bubur Pedas Sarawak Yang Mudah & Sedap, Hidangan Populor Ketika Bulan Ramadhan

  • Bunga Lawang (Star Anise) Untuk Kesihatan, Tinggi Antioksidan & Boleh Atasi Masalah Insomnia

    Bunga Lawang (Star Anise) Untuk Kesihatan, Tinggi Antioksidan & Boleh Atasi Masalah Insomnia

  • Resepi Rendang Ayam Yang Mudah & Sedap, Hidangan Wajib Pada Pagi Raya WAJIB Cuba!

    Resepi Rendang Ayam Yang Mudah & Sedap, Hidangan Wajib Pada Pagi Raya WAJIB Cuba!

  • Resipi Bubur Pedas Sarawak Yang Mudah & Sedap, Hidangan Populor Ketika Bulan Ramadhan

    Resipi Bubur Pedas Sarawak Yang Mudah & Sedap, Hidangan Populor Ketika Bulan Ramadhan

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham