TAP top app download banner
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

8 Resepi Untuk Kanak-Kanak Yang Ringkas & Mudah Disediakan Ibu Dari Rumah

4 min bacaan
8 Resepi Untuk Kanak-Kanak Yang Ringkas & Mudah Disediakan Ibu Dari Rumah

Resipi ringkas untuk membuka selera anak anda. Sesuai sekali untuk anak-anak yang memilih makan!

Ada antara kanak-kanak memang payah untuk menjamah nasi. Mereka lebih sukakan makanan ringan seperti keropok atau gula-gula. Jadi untuk membantu anda, di sini ada 8 resepi untuk kanak-kanak yang ibu boleh buat dari rumah. 

Ada juga ibu bapa suka menyuap anak-anak dengan bubur yang dimasak sendiri, tetapi ditambah sedikit dengan gula dan garam, sehingga anak-anak terbiasa dengan makanan berperisa apabila membesar.

Namun demikian, ibu bapa tak perlu risau. Setiap masalah ada jalan penyelesaiannya. Ibu bapa boleh memikirkan hidangan ringkas dan menarik untuk anak-anak, sesuai dengan peringkat usianya. Hidangan yang diolah seharusnya juga sesuai untuk orang dewasa agar hidangan ini boleh dinikmati untuk semua peringkat umur.

Resipi-resipi dibawah adalah untuk bimbingan dan anda bolehlah menambah atau menggantikan bahan tersebut. Semua resipi adalah senang dimasak dan sedap dimakan.

Resepi Untuk Kanak-Kanak Yang Ibu Boleh Sediakan Dari Rumah

#1. Resepi untuk anak – Cucur Nasi

resepi untuk kanak-kanak

Kredit: CookPad

Kisar nasi secawan. Potong ½ lobak merah, ½ bawang merah dan segenggam kecil daun sup. Masukkan semua bahan dalam 1 cawan tepung gandum. Kacau sehingga sebati, tambah sebiji telur dan goreng.

Udang atau ikan bilis juga boleh ditambah untuk dijadikan cucur udang atau cucur ikan bilis.

#2. Spaghetti carbonara

resepi untuk kanak-kanak

Kredit: NYT Cooking

Bahan yang ringkas dan mudah. Untuk kuah spagetti, cukuplah dengan memasak 500ml susu segar bersama potongan ½ lobak merah, 400gram ayam dan 1 bawang. Masukkan keju Mozzarella dan gaul sekata.

Rebus spagetti dan apabila masak, tuang kuah spagetti ke atas spagetti yang telah disediakan di dalam pinggan. Anak pasti menyukainya.

#3. Makaroni bakar

resepi untuk kanak-kanak

Kredit: RecipeTin Eats

Baki kuah dari spaghetti carbonara bolehlah digaul bersama makaroni yang telah direbus dan juga keju cheddar, dan dimasukkan ke dalam ketuhar. Anak pasti berselera dengan bau keju tadi dan mesti makan dengan penuh selera.

#4. Bihun goreng Singapore

resepi untuk kanak-kanak

Kredit: Resepi Che Nom

Bihun goreng Singapore adalah bihun goreng yang digoreng tanpa menggunakan apa-apa jenis sos dan kicap. Tumis 1 bawang besar, 1 bawang merah dan sedikit 2-3 ulas bawang putih serta ayam atau udang. Masukkan bihun yang telah direbus lembut.

Hidangkan di dalam pinggan bersama telur goreng scramble. Tentu anak anda makan dengan penuh berselera sehingga menjilat jari.

#5. Pizza

resepi untuk kanak-kanak

Kredit: hello, YUMMY

Roti pizza senang didapati di semua kedai bakeri. Sapukan sos spaghetti di atasnya, sosej, ham, ayam rebus yang telah dicarik-carik, letakkan cendawan butang, tomato dan bawang besar yang telah dipotong serta ditutup dengan kepingan atau parutan keju.

Stories Rakan Kongsi
Mengapakah Si Manja Anda Memerlukan MFGM?
Mengapakah Si Manja Anda Memerlukan MFGM?
12 signs you may be a helicopter parent
12 signs you may be a helicopter parent
Back-to-school Shopping Season: A Parent’s Checklist for Primary & Secondary School Students
Back-to-school Shopping Season: A Parent’s Checklist for Primary & Secondary School Students
Redeem Rewards & Exclusive Gifts at Sunway Pyramid’s Blessed Christmas
Redeem Rewards & Exclusive Gifts at Sunway Pyramid’s Blessed Christmas

Anak pasti sangat menyukai hasil tangan ibu.

#6. Nasi ayam

resepi untuk kanak-kanak

Kredit: Ceria Sihat

 

Air rebusan ayam dimasakkan dengan nasi. Ayam yang telah direbus tadi gorenglah sehingga lembut. Hanya garam sebagai penambah perisa. Potong sayuran pilihan anak-anak, dan juga ayam tadi. Hidangkan, seisi keluarga pasti menyukainya.

#7. Biskut chip coklat

8 Resepi Untuk Kanak-Kanak Yang Ringkas & Mudah Disediakan Ibu Dari Rumah

Kredit: Betty Crocker

 

Kurangkan membeli makanan dari kilang, terutamanya biskut kerana kandungan gula yang tinggi.

Dalam mangkuk sederhana, kacau tepung, serbuk penaik , baking soda , garam, oat, dan pecans bersama-sama dengan pemukul atau garpu.

Dalam mangkuk besar, pukul mentega , gula perang, dan gula pasir bersama-sama selama 30 saat sehingga sebati dan tambahkan telur. Setkan pengadun ke tetapan terendah dan secara beransur-ansur menambah campuran tepung oat. Blend hanya untuk menggabungkan, kemudian campurkan dalam cip coklat.

Dengan jari yang dibasahkan, ratakan doh sedikit. Bakar selama 9 minit , biskut telah dimasak apabila berwarna keperangan. Biar biskut sejuk.

#8. Pankek Pisang

8 Resepi Untuk Kanak-Kanak Yang Ringkas & Mudah Disediakan Ibu Dari Rumah

Kredit: Celebrating Sweets

Pankek pisang adalah hidangan paling senang dan sangat berkhasiat. Kemanisan dari pankek adalah dari gula semulajadi, iaitu pisang. Lecekkan 1 pisang saiz sederhana dengan 2 biji telur besar. Gaul sehingga sebati. Sedukkan dalam kuali “non stick” dan masak dengan api perlahan sehingga campuran habis dimasak. Pankek sedap dimakan bersama madu atau hirisan buah pisang.

Olah resepi sendiri. Jangan hanya berpandukan buku resipi.

Suaplah makanan ke dalam mulut anak semasa menonton televisyen atau bermain dengan mainan, elakkan memaksa anak makan. Pasti mereka akan makan sedikit walaupun tidak mampu habiskan.

Semoga bermanfaat!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga: Lauk Resepi Ayam Untuk Anak Yang Pasti Sedap – Jangan Terkejut Kalau Anak Minta Tambah Nasi Lagi!

Baca juga: 5 Resepi Udang Untuk Kanak-Kanak, Sedap, Tak Pedas & Kaya Khasiat!

Baca juga: Variasi 5 resepi roti yang mudah dibuat, anak pasti suka nak makan

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Michelle Goh

  • halaman rumah
  • /
  • Makan tengahari
  • /
  • 8 Resepi Untuk Kanak-Kanak Yang Ringkas & Mudah Disediakan Ibu Dari Rumah
Kongsikan:
  • Bukan Ulam Biasa-biasa, Kacang Botol Sebenarnya Ada Banyak Kebaikan Untuk Kesihatan Yang Ramai Tak Tahu

    Bukan Ulam Biasa-biasa, Kacang Botol Sebenarnya Ada Banyak Kebaikan Untuk Kesihatan Yang Ramai Tak Tahu

  • Resepi Nasi Ayam Untuk Bayi 10 Bulan Ke Atas Yang Sedap & Mudah

    Resepi Nasi Ayam Untuk Bayi 10 Bulan Ke Atas Yang Sedap & Mudah

  • Variasi Resepi Siput Sedut Menu Kampung Asli, Sedap Dan Menyelerakan

    Variasi Resepi Siput Sedut Menu Kampung Asli, Sedap Dan Menyelerakan

  • Bukan Ulam Biasa-biasa, Kacang Botol Sebenarnya Ada Banyak Kebaikan Untuk Kesihatan Yang Ramai Tak Tahu

    Bukan Ulam Biasa-biasa, Kacang Botol Sebenarnya Ada Banyak Kebaikan Untuk Kesihatan Yang Ramai Tak Tahu

  • Resepi Nasi Ayam Untuk Bayi 10 Bulan Ke Atas Yang Sedap & Mudah

    Resepi Nasi Ayam Untuk Bayi 10 Bulan Ke Atas Yang Sedap & Mudah

  • Variasi Resepi Siput Sedut Menu Kampung Asli, Sedap Dan Menyelerakan

    Variasi Resepi Siput Sedut Menu Kampung Asli, Sedap Dan Menyelerakan

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Vietnam flag Vietnam
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham