Potato Fries Homemade Untuk Bayi Baru Tumbuh Gigi, Sumber Karbo Baik Selain Nasi

undefined

Cara buat fries homemade untuk bayi yang baru tumbuh gigi adalah sangat mudah. Ia sekaligus dapat menarik selera si manja untuk makan banyak

Sebaik sahaja si manja mula mengambil makanan pejal, ibulah insan yang paling teruja mencuba pelbagai jenis menu mengikut usia bayi. Untuk kali ini, apa kata anda cuba cara buat fries homemade bagi menggantikan hidangan nasi.

Apa yang anda boleh baca daripada artikel ini?

  • Cara buat fries homemade untuk bayi 8 bulan
  • Khasiat kentang untuk anak

Resipi ini dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook yang juga seorang ibu, Eyra Nissa. 

Menurut perkongsiannya, dia memilih menu kentang goreng kerana bukan sahaja ia mudah untuk disediakan tetapi juga ia digemari oleh kanak-kanak.

Cara buat fries homemade untuk bayi 8 bulan

Bukan itu sahaja, orang dewasa juga suka akan menu ini. Kentang adalah sumber karbohidrat yang baik, jadi ibu gantikan nasi dengan kentang dalam menu makanan anak. 

fries untuk bayi

Bahan-bahan:

  • Kentang
  • Tepung jagung
  • Tepung beras
  • Serbuk kari
  • Serbuk lada sulah (jika nak letak)

Cara menyediakannya:

  1. Rebuskan kentang hingga lembut, angkat dan toskan.
  2. Setelah ditos, masukkan tepung jagung, tepung beras, serbuk kari dan lada sulah dan gaul sehingga campuran sebati. Tidak perlu untuk letak air.
  3. Gorengkan dalam minyak yang banyak sehingga ia masak dan bertukar warna kekuningan.

resepi fries homemade

Khasiat kentang untuk anak

Kentang adalah antara makanan yang sering dijadikan menu untuk makanan bayi. Selain daripada menjadi sumber karbohidrat yang baik, kentang juga mempunyai khasiat lain yang baik untuk si manja.

#1. Baik untuk pencernaan

Kentang mempunyai kandungan serat yang tinggi. Ini dapat membantu proses pencernaan anak untuk tetap lancar dan sihat.

#2. Membantu sistem imuniti badan

Selain itu, kentang juga kaya dengan antioksidan, beta-karoten, vitamin C, vitamin B kompleks, zat besi dan fosforus.

Kesemua vitamin ini diperlukan tubuh untuk melindungi diri daripada kuman yang menyebabkan penyakit. Vitamin B pula baik untuk perkembangan saraf bayi.

#3. Sumber tenaga dan mengenyangkan

Pengambilan kentang dapat membantu memberikan sumber tenaga yang baik untuk anak. Ia juga antara makanan yang mengenyangkan. 

Oleh itu, ia sesuai untuk membantu bayi anda mencapai berat badan yang ideal.

#5. Membantu menguatkan tulang

Kentang juga mengandungi zat besi, fosforus, kalsium magnesium dan zink yang dapat membantu bayi anda mengekalkan struktur tulang yang kuat.

Selain itu, zat besi dan zink juga dapat membantu mematangkan dan menghasilkan kolagen dalam tubuh.

#6. Bebas gluten

Kentang adalah antara makanan yang bebas gluten. Ia sesuai diberikan kepada bayi yang alah kepada makanan yang bergluten.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Kulit Kentang Antara 20 Makanan Mengandungi Zat Besi Tinggi, Baik Untuk Wanita Hamil!

Baca juga: Anak Bersedia Untuk Makan Buat Kali Pertama? Cuba 14 Resipi Makanan Bayi 6 Bulan Penuh Khasiat Ini

Baca juga:  Senarai Makanan Bayi 9 Bulan Yang Sedap & Berkhasiat Mampu Pikat Selera Si Manja!

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!