Sebilangan besar anak kita mendapat nutrien dalam jumlah yang cukup dari makanan seimbang, tetapi dalam keadaan tertentu atau bagi sesetengah kanak-kanak yang berusia 1 tahun ke atas, mereka mungkin perlu mengambil vitamin untuk anak 1 tahun yang bagus.
Menurut kajian, kanak-kanak sihat yang mendapat makanan seimbang tidak perlu mengambil suplemen vitamin, kecuali vitamin D untuk bayi dan anak kecil, itupun sekiranya si manja tidak memenuhi nilai nutrien harian yang disyorkan melalui minuman dan makanan.
Walau bagaimanapun, ramai di kalangan ibu ayah memilih untuk memberi anak mereka suplemen multivitamin dan mineral untuk memastikan mereka mendapat nutrisi pemakanan yang secukupnya demi meningkatkan kesihatan secara keseluruhan dan untuk mengurangkan risiko penyakit.
Memilih Vitamin Untuk Anak 1 Tahun Yang Bagus

Kanak-kanak pada dasarnya memerlukan beberapa nutrien di dalam tubuh pada usia bayi. Jadi ibu ayah perlu mendapatkan vitamin anak terbaik yang mengandungi nutrien penting seperti yang berikut:
- Vitamin A mendorong pertumbuhan dan perkembangan normal, pembaikan tisu dan tulang serta kulit, mata dan tindak balas imun yang sihat.
- Keluarga vitamin B - B2, B3, B6, dan B12 membantu metabolisme, pengeluaran tenaga dan sistem peredaran darah dan saraf yang sihat.
- Kalsium membantu membina tulang yang kuat semasa anak membesar.
- Zat besi membina otot dan penting untuk sel darah merah yang sihat.
Terdapat beberapa faktor penting yang perlu dipertimbangkan semasa memilih makanan tambahan untuk anak yang mana berdasarkan kriteria berikut:
- Kualiti dan keselamatan. Semua produk yang disenaraikan dibuat dengan bahan yang selamat dan berkualiti tinggi.
- Bahan-bahan. Cari vitamin yang bebas daripada pengisi, perisa tiruan, pewarna makanan, dan pengawet.
- Dos. Pilih produk yang diformulasikan khusus untuk bayi atau anak-anak.
- Jenama yang terkenal. Pastikan produk dari jenama yang dipercayai dan mematuhi standard pembuatan yang ketat.
10 Vitamin Untuk Anak 1 Tahun dan Ke Atas
Terdapat banyak pilihan vitamin atau suplemen tambahan di pasaran, bagi memudahkan carian parents kami senaraikan pilihan vitamin anak yang bagus di bawah.
[product-comparison-table title="10 Vitamin Untuk Anak 1 Tahun dan Ke Atas"]
APPETON Multivitamin Lysine Syrup
Vitamin Untuk Anak 1 Tahun Terbaik Jenis Sirap

Makanan tambahan keluaran Appeton ini diperkaya dengan Lysine (Asid Amino Esensial) untuk kanak-kanak meningkatkan selera makan dan menggalakkan pertumbuhan yang sihat.
Ia dirumus khas dengan vitamin kelas khas untuk membolehkan penyerapan dan kemudahan yang lebih baik.
Sesuai untuk kanak-kanak yang kurang selera makan, pemakan cerewet, yang suka memilih, kanak-kanak kurang berat badan dan kurus serta kanak-kanak yang sering jatuh sakit kerana pemakanan yang kurang baik.
Apa yang kami suka?
- Mengandungi multivitamin penting untuk membantu meningkatkan pertumbuhan sihat secara keseluruhan.
- Lisin membantu meningkatkan selera makan dan menjaga kesihatan.
- Produk dilengkapi dengan Dose-MasterTM, untuk kebersihan, ketepatan dan kemudahan yang lebih baik kepada pengguna.
- Boleh dititis terus pada lidah, susu, jus atau makanan cair.
Arahan penggunaan:
- Kanak-kanak (1-4 tahun): 2.5ml setiap hari
- Kanak-kanak (4 tahun ke atas) dan dewasa: 5ml setiap hari
Seven Seas Multivitamin Syrup with Cod Liver Oil
Vitamin Untuk Anak 1 Tahun Terbaik Dengan Kandungan Minyak Ikan Kod

Seven Seas Cod Liver Oil adalah vitamin bayi dengan sumber semula jadi yang kaya dengan jenis asid lemak omega-3 (EPA dan DHA) yang paling berkesan, dan boleh didapati dalam bentuk kapsul cecair tradisional, dan mudah ditelan.
Oleh sebab kesuciannya sangat penting dalam menjaga kualiti, Minyak Hati Cod ini disaring sebanyak lima kali mengikut standard Ocean Gold yang unik!
Apa yang kami suka?
- Membekalkan 8 vitamin penting dan DHA penting kanak-kanak.
- Rasa jus oren asli yang enak
- Tanpa perasa dan pewarna tiruan
- Vitamin A, B1, B3 - Membantu mengekalkan kesihatan, pertumbuhan & perkembangan normal
- Vitamin D - Membantu dalam perkembangan dan pemeliharaan normal tulang dan gigi
- Mengandungi vitamin dan minyak ikan kod
Arahan penggunaan:
- Umur 1-12 bulan: 2.5 ml (setengah sudu teh), sekali sehari
- 2-3 tahun: 5 ml (satu sudu teh), sekali sehari
- Berumur 4 tahun ke atas: 10 ml (dua sudu teh), sekali sehari
- Gunakan separuh daripada dos yang disyorkan di atas untuk bayi dengan susu formula.
Scott's Emulsion Cod Liver Oil Extra
Vitamin Untuk Anak 1 Tahun Terbaik Jenis Emulsi

Scott's Emulsion Cod Liver Oil Extra mengandungi minyak ikan cod dan minyak ikan (sumber Vitamin A dan D, EPA dan DHA) dan fosfor.
Dengan bentuk emulsi, Vitamin A dan D dalam minyak hati ikan mudah diserap, membantu mendapatkan vitamin A dan D yang diperlukan setiap hari, minyak hati ikan kod emulsi Scott boleh diambil oleh kanak-kanak seawal satu tahun dan juga oleh orang dewasa.
Apa yang kami suka?
- Mengandungi DHA & EPA dengan vitamin A & D dan PHOSPHORUS
- Membantu mengekalkan fungsi imun (Vitamin A)
- Membantu dalam pengembangan & pemeliharaan tulang & gigi (Vitamin D)
- Penglihatan sihat (Vitamin A)
- Menyokong pertumbuhan & perkembangan yang sihat
Arahan penggunaan:
- 1 - 3 tahun: 15ml sekali sehari
- 4 - 8 tahun: 15ml dua kali sehari
- > 9 tahun dan dewasa: 15ml tiga kali sehari
Ddrops Booster Liquid Vitamin D3
Vitamin Untuk Anak 1 Tahun Terbaik Sesuai Untuk Semua Usia

Satu titis Ddrops 600 IU bersamaan dengan 600 IU vitamin D3 tulen dan minyak kelapa pecahan. Ibu ayah boleh menjaga si manja dengan baik dengan Ddrops 600 IU, malahan sesuai untuk sesiapa sahaja yang berusia 1 hingga 70 tahun.
Tanpa perasa tiruan, warna dan bahan kimia, produk ini selamat dimakan setiap hari kerana diperbuat daripada 2 bahan bersumber semula jadi, minyak kelapa pecahan dan vitamin D3.
Apa yang kami suka?
- Titisan cecair yang senang digunakan.
- Dibuat dengan hanya dua bahan bersumber semula jadi, vitamin D3 tulen dan minyak kelapa pecahan.
- Membantu menyokong fungsi imun dan perkembangan tulang dan gigi.
- Pengambilan yang disyorkan hanya dalam satu titis tanpa rasa.
- Bebas dari bahan pengawet, bahan tambahan, perisa tiruan, warna, dan alergen biasa.
Arahan penggunaan:
- Hanya satu titis ke makanan, ditambahkan dalam minuman atau dijilat dari permukaan yang bersih seperti sudu atau bahagian belakang tangan yang dicuci.
Brauer Baby & Kids Liquid Multivitamin for Toddlers
Vitamin Untuk Anak 1 Tahun Terbaik Berperisa Buah-buahan

Brauer Baby & Toddler Liquid Multivitamin dengan formula spektrum luas yang dikembangkan secara saintifik dan direka untuk membantu menyokong pengambilan vitamin dan mineral bayi.
Mengandungi Zink, Iodin, Vitamin E, Vitamin C, Betacarotene dan bentuk aktif Vitamin B2, B6, B9 serta B12. Malah ia juga membantu menyokong pertumbuhan dan kecergasan si manja.
Ia hadir dengan perasa buah yang lazat dan 99% bebas gula! Pastinya akan menjadi kegemaran kanak-kanak.
Apa yang kami suka?
- 99% tanpa gula
- Rasa buah yang sedap
- Bebas gluten
- Tanpa warna atau rasa tiruan
Arahan penggunaan:
- 1-3 tahun: 2.5mL sekali sehari
CHAMPS Multivitamin
Vitamin Untuk Anak 1 Tahun Terbaik Dengan Asid Folik & Lysine

Champs Multivitamin adalah sejenis tablet berperisa oren/blackcurrant yang boleh dikunyah. Setiap tablet mengandungi 9 vitamin penting dengan tambahan Lysine untuk meningkatkan selera makan dan merupakan makanan tambahan yang sihat untuk kanak-kanak.
Ia membantu menggalakkan pertumbuhan yang sihat, pembaikan tisu dan menguatkan antibodi, serta penghasilan hormon dan enzim kanak-kanak.
Vitamin ini sesuai untuk kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah.
Apa yang kami suka?
- Dalam bentuk tablet kunyah
- Berperisa oren
- Menyokong pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak
- Meningkatkan kesihatan dan kecergasan
Arahan penggunaan:
- Kanak-kanak berumur 1 tahun dan ke atas , 1-2 tablet setiap hari
Shine Junior Multivitamin L-Lysine
Vitamin Untuk Anak 1 Tahun Terbaik Dengan Kandungan L-lysine

Diperkaya dengan L-Lysine menjadikan vitamin dari Shine Multivitamin pelengkap untuk suplemen makanan kanak-kanak. Ia membantu meningkatkan selera makan si manja!
Pemakanan yang baik dan diet seimbang akan membantu anak-anak anda membesar dengan sihat.
Tanpa gula dengan rasa tutti frutti yang lazat, ia juga membekalkan kanak-kanak dengan nutrien penting yang mereka perlukan. Setiap tablet kunyah mengandungi:
- Vitamin A – 2000 I.U
- Vitamin B1 – 0.75mg
- Vitamin B2 – 0.85mg
- Vitamin B3 – 6.5mg
- Vitamin B6 – 1mg
- Vitamin B12 – 3mcg
- Vitamin C - 50mg
- Vitamin D – 200 I.U
- Vitamin E (d-a- Tocopheryl Acetate) – 15 I.U
- Biotin - 30mcg
- Asid Folik – 200mcg
- L-Lysine – 50mg
Apa yang kami suka?
- Mengandungi asid amino penting (L-Lysine) untuk meningkatkan selera makan kanak-kanak
- Tanpa gula dengan rasa tuiti frutti yang lazat
- Bebas gula dan bebas pewarna
- Mengandungi 11 vitamin penting untuk kesihatan kanak-kanak
- Membantu meningkatkan sistem imun badan dan pencegahan penyakit
Arahan penggunaan:
- 1-3 tahun: Kunyah 1-2 tablet dalam sehari
Caliph Kids Expert
Vitamin Untuk Anak 1 Tahun Terbaik Dengan Buah Campuran

Jenama yang menjadi pilihan ibu ayah, Caliph Kids Expert dengan formulasi baharu memberikan kanak-kanak rasa vitamin berperisa minuman buah campuran sunnah seperti Kurma, Kismis, Madu, Delima, Buah Tin dan banyak lagi.
Ia menyokong perkembangan otak dengan membekalkan nutrien penting di dalam diet kanak-kanak. Sesuai untuk semua peringkat umur termasuk kanak-kanak. Dengan perisa buah-buahan campuran yang lazat, pasti anak anda senang untuk mengamalkan pengambilan minuman khasiat ini!
Apa yang kami suka?
- Mengandungi campuran buah yang berkhasiat untuk tumbesaran
- Merangsang minda anak menjadi cerdas dan bijak
- Sesuai untuk anak picky eater
- Manis dan lazat, mudah diminum
Arahan penggunaan:
- 1-3 tahun: 1/2 sudu kecil (2.5ml) sebelum sarapan, 1/2 sudu kecil (2.5ml) sebelum tidur
- 4-6 tahun: 1 sudu kecil (5ml) sebelum sarapan, 1 sudu kecil (5ml) sebelum tidur
- 6 tahun keatas: 1-2 sudu besar (10-20ml) sebelum sarapan, 1-2 sudu besar (10-20ml) sebelum tidur
Nordic Naturals Children's DHA
Vitamin Untuk Anak 1 Tahun Terbaik Dengan Kandungan 880 mg Omega-3

Nordic Naturals Children's DHA diperbuat daripada 100% ikan kod Artik dan merupakan jenama no.1 di Amerika Syarikat. Ia mengandungi kandungan DHA yang berperanan sebagai asid lemak penting kerana badan tidak boleh menghasilkannya sendiri dan perlu mendapatkannya daripada makanan.
Secara tidak langsung, menyokong pertumbuhan dan perkembangan otak dan retina kanak-kanak yang masih kecil. Selain itu, manfaat DHA terhadap kanak-kanak termasuklah menjadikan kanak-kanak mempunyai tindak balas imun terhadap sebarang penyakit mudah berjangkit dan dapat menyokong imunasi dalam badan.
Formula ini menyokong pembelajaran, perkembangan otak, dan sistem saraf yang sihat. Semua minyak ikan adalah dalam bentuk trigliserida dan melepasi piawaian antarabangsa yang paling ketat untuk memastikan ketulenan dan kesegaran.
Apa yang kami suka?
- Sesuai untuk kanak-kanak berumur 1-6 tahun
- Rasa yang lazat
- Disuling secara molekul - Dijamin Ketulenan
- Tiada gluten, derivatif susu, atau warna atau perisa tiruan.
Arahan penggunaan:
- Untuk umur 1-6 tahun, 1 1/2 sudu teh setiap hari, dengan makanan atau seperti yang diarahkan oleh profesional penjagaan kesihatan atau ahli farmasi.
- Simpan di dalam peti sejuk selepas dibuka.
Toujours Kid's Fruit and Vegetable Blend
Vitamin Untuk Anak 1 Tahun Terbaik Dengan Gabungan Buah-buahan & Sayuran

Produk keluaran Toujours Advanced iaitu Toujours Kids Fruit & Vegetable Blend ini diperkaya dengan gabungan buah-buahan & sayur-sayuran yang lazat diperkaya dengan vitamin dan kalsium yang diperoleh daripada campuran Brokoli, Tomato, Habbatus Sauda, dan buah-buahan terpilih dan makanan super yang lain.
Campuran ini bertujuan untuk membantu meningkatkan selera makan kanak-kanak sambil menyuburkan minda dan badan mereka dengan vitamin & nutrien yang diperlukan oleh tubuh. Dua sudu teh sehari sudah cukup untuk menjadikan hari mereka kekal bertenaga dan ceria sepanjang hari!
Apa yang kami suka?
- Halal
- Sesuai untuk kanak-kanak berumur 12 bulan ke atas
- Campuran buah-buahan dan sayuran
- Rasa yang lazat dan mudah diminum
Arahan penggunaan:
- Setiap set dilengkapi dengan picagari, jadi 1 picagari bersamaan 350ml / 2 sudu teh diambil sekali sehari.
Perbandingan Harga Vitamin Untuk Anak 1 Tahun
Jenama |
Harga |
Berat/Isipadu |
APPETON Multivitamin Lysine Syrup |
RM41.20 |
120ml |
Seven Seas Multivitamin Syrup with Cod Liver Oil |
RM24.21 |
100ml |
Scott's Emulsion Cod Liver Oil Extra |
RM13.90 |
200ml |
Ddrops Booster Liquid Vitamin D3 |
RM59.90 |
2.8ml |
Brauer Baby & Kids Liquid Multivitamin for Toddlers |
RM68.50 |
100ml |
CHAMPS Multivitamins With Lysine |
RM25.00 |
60 tablet |
Shine Junior Multivitamin L-Lysine |
RM26.30 |
100 tablet |
Caliph Kids Expert |
RM59.00 |
350ml |
Nordic Naturals Children's DHA |
RM86.90 |
119ml |
Toujours Kid's Fruit and Vegetable Blend |
RM70.00 |
350ml |
Vitamin Untuk Anak 1 Tahun: 5 Makanan Yang Tinggi Vitamin Untuk Anak

Setiap kanak-kanak memerlukan protein, lemak, karbohidrat, vitamin dan mineral yang cukup untuk membesar dengan sihat. Untuk itu, kami di theAsianparent kongsikan beberapa sumber makanan yang baik dan berkhasiat untuk si kecil anda.
- Buah-buahan. Membekalkan serat, vitamin dan mineral yang penting untuk kanak-kanak. Buah-buahan seperti keluarga beri (Raspberry, Blueberry, Blackberry) adalah yang terbaik kerana ia bagus dalam mencegah penyakit kencing manis, jantung dan meningkatkan fungsi otak serta mengurangkan lemak berlebihan. Manakala, oren pula terkenal dengan kandungan vitamin C yang tinggi, yang mana sangat bagus untuk kanak-kanak. Antara buah-buahan tropika lain yang tinggi vitamin adalah pisang, tembikai dan jambu batu.
- Sayur-sayuran. Sayur-sayuran yang mempunyai vitamin dan serat tinggi adalah seperti tomato yang mempunyai 'lycopene' membantu melawan kanser. Selain itu, penggunaan salad dan kubis dalam masakan juga membantu anak mendapatkan zat besi dan antioksidan yang baik.
- Ikan. Ikan adalah sumber protein yang baik dan kaya dengan Omega-3. Ia dapat meningkatkan perkembangan otak si manja dan anti-radang. Salmon dan tuna adalah antara pilihan ikan yang selamat dan disukai kanak-kanak.
- Telur. Sumber protein yang kaya dengan vitamin D dan antioksidan ini membantu dalam proses penyerapan kalsium dalam badan dan melindungi kulit daripada sinaran UV merbahaya.
- Produk tenusu. Kalsium yang cukup sangat penting untuk memastikan tulang serta gigi kuat dan sihat. Jadi, yogurt dan keju adalah bagus dalam membantu proses penghadaman anak sekaligus meningkatkan imuniti dalam badan.
Semoga bermanfaat.
Nota Editor: Setiap item dan harganya adalah terkini pada masa artikel ini dikeluarkan. Walau bagaimanapun, mana-mana item boleh jadi ketiadaan stok atau harganya berbeza pada masa akan datang.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The Asianparent Malaysia
Baca juga: Vitamin Ibu Mengandung Pada Awal Kehamilan Amat Penting, Elak Risiko Pada Janin
Baca juga: Vitamin Tambah Selera Makan Terbaik, 7 Jenama Ini Bantu Tambah Selera Makan Anak!
Baca juga: Vitamin Untuk Bayi 9 Bulan-12 Bulan Yang Bagus Untuk Perkembangan Si Manja!