Susahnya hati memikirkan anak yang cerewet bab makan ini. Mana nak tahu cukup ke tidak nutrien yang diberikan sekiranya anak hanya makan yang tertentu saja. Vitamin terbaik untuk anak adalah penting, jadi ibu bapa perlu peka apa yang anak-anak makan.
Namun menurut kajian ada menyatakan bahawa anak-anak yang picky eaters ini antara sebabnya adalah disebabkan faktor genetik.
Sememangnya, terdapat beberapa faktor mengapa anak-anak suka memilih makanan. Anda boleh ketahui lebih lanjut mengenai Punca Kenapa Kanak-kanak Suka Memilih Makanan.
Tetapi, ternyata faktor genetik juga memainkan peranan dalam tabiat kanak-kanak yang suka memilih makanannya, menurut satu kajian yang diterbitkan dalam Journal of Child Psychology and Psychiatry (2016).
Pengaruh genetik kepada kanak-kanak yang susah makan
Andrea Smith, salah seorang penyelidik dalam kajian itu, menerangkan yang kajian ini telah melibatkan lebih daripada 1,900 pasangan kembar berusia 16 bulan.
Kajian ini menjurus kepada melihat tabiat pemakanan semua kanak-kanak ini.
Secara khususnya, kajian ini mengkaji kecenderungan mereka memilih makanan berdasarkan tekstur, rasa, dan bau makanan yang ditawarkan (dipanggil ‘cerewet makanan‘) dan penolakan mereka untuk mencuba makanan baru (dipanggil ‘nefobia makanan‘).
Penggunaan kembar seiras (yang berkongsi 100% daripada gen mereka), dan kembar bukan seiras (yang berkongsi 50% daripada gen mereka) dalam kajian ini membantu melihat kepentingan faktor genetik daripada faktor lain.
Pasukan penyelidik juga mengkaji bagaimana gen dan persekitaran rumah (seperti tingkah laku ibu bapa), memainkan peranan dalam sikap anak-anak terhadap makanan.
Mereka mendapati bahawa “terdapat pengaruh genetik yang ketara terhadap kecerewetan makanan dan neophobia (ketakutan makanan) dialami oleh kanak-kanak dari kecil,” kata Smith.
Secara umum, faktor genetik boleh menjejaskan kesukaran makan bagi kanak-kanak sebanyak 46% dari segi memilih makanan, dan 58% dari segi neophobia makanan.
Bapa (dan ibu) borek, anak rintik
Jadi, jika ibu bapa itu adalah sejenis yang suka memilih makanan dan sukar untuk mencuba makanan baru, maka kecenderungan ini akan ada pada anak-anak mereka juga.
Faktor lain termasuklah bagaimana ibu bapa mengendalikan kanak-kanak pada waktu makan. Terutama sama ada mereka cuba memaksa anak-anak mereka makan atau tidak. Dalam masa yang sama perlu ketahu vitamin terbaik untuk anak, dan perlu diberi makanan dari sumber vitamin yang diperlukan.
“Apabila waktu makan itu penuh dengan negativiti, anak menjadi tertekan sehingga kemungkinan reaksinya akan semakin teruk setiap kali dia diminta untuk makan,” jelas Smith.
“Memaksa kanak-kanak makan juga boleh membuatkan mereka cenderung untuk menjadi bertambah cerewet ketika waktu makan.”
Bagaimana untuk mengatasi kesukaran untuk makan?
Dr. Alastair Sutcliffe, seorang pakar kanak-kanak di UCL, menerangkan bagaimana ibu bapa boleh mengelak anak-anak daripada menjadi cerewet ketika makan sejak mereka bayi lagi.
“Pemberian makanan yang salah dalam tempoh penyusuan adalah punca masalah,” Sutcliffe berkata, dipetik oleh CNN.
Sutcliffe juga mengatakan bahawa sesetengah ibu bapa membuat kesilapan dengan memberikan makanan manis kepada bayi yang baru lahir.
Beliau mencadangkan ibu bapa untuk menyediakan makanan yang pelbagai dan berkhasiat, dan mengelakkan makanan manis. Malah sediakan makanan yang mempunyai vitamin terbaik untuk anak, seperti Vitamin C yang mana mampu menguatkan sitem imunisasi mereka.
Kanak-kanak seeloknya makan buah-buahan yang kaya dengan Vitamin C pada peringkat awal usia lagi. Malah Vitamin C juga mampu meningkatkan selera makan anak, jadi kurang peratusan untuk mereka jadi ‘picky eater’.
“Kunci untuk mengatasi kanak-kanak yang susah mahu makan adalah untuk menawarkan atau menggalakkan, tetapi tidak memaksa, kanak-kanak untuk mencuba pelbagai jenis makanan sihat yang dimakan oleh semua ahli keluarga, dan menunjukkan bahawa anda juga menikmati makanan itu,” kata Sutcliffe.
Dengan cara ini, rasa ingin tahu kanak-kanak akan muncul dan menghapuskan rasa takut terhadap makanan baru.
“Tetapi yang paling penting, bersabarlah!” tambahnya lagi.
Sumber: Artikel ini telah mendapat kebenaran theAsianparent Sinapura untuk diterjemah.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga:
Ibu Ayah Tolong STOP Sabotaj Otak Anak, Gula Putih Menganggu Pembelajaran Mereka!
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!