Cara Buat Solok Lada Sendiri Di Rumah, Ratah Atau Makan Dengan Nasi Kerabu Memang Sedap!

Pelengkap rasa pedas dan berlemak kepada nasi kerabu menjadikannya lebih enak dan sedap, ini cara buat solok lada yang senang wajib cuba.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Cara buat solok lada tidaklah susah mana. Namun, kerana harga lada yang semakin mahal, tak ramai yang jual sekali dengan nasi kerabu. Apa kata buat solok lada sendiri di rumah menggunakan resepi perkongsian El Musliha Katiman dalam grup Facebook Masak Apa Hari Ni (MAHN).

Cara Buat Solok Lada Yang Mudah & Cepat

Makan lauk ini sahaja pun sudah cukup enak. Boleh tambah nasi 2-3 pinggan, weii!

Mohon izin untuk berkongsi resepi di sini ya. Mungkin ramai yang sudah tahu dan otai-otai belaka, tetapi saya ingin berkongsi juga dengan harapan dapat memberi manfaat kepada orang baru seperti saya.

Resepi ini ada dua cara iaitu menggunakan ikan mentah atau ikan yang direbus. Saya merebus ikan kerana ia lebih mudah dan cepat untuk diproses.

Namun, jika mahu yang lebih mudah dan lagi cepat, tidak perlu buat sendiri, beli sahaja!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bahan-bahan:

  • 15 biji cili besar
  • 1/3 biji kelapa ditumbuk
  • 2 cawan santan separa pekat
  • 3 helai daun pandan

Bahan-bahan tumbuk:

  • 3 ekor ikan rebus, buang tulang ambil isinya
  • 4 biji bawang merah
  • 3 biji bawang putih
  • 1 sudu kecil lada hitam
  • Sedikit halia
  • Gula dan garam

Cara-cara membuat solok lada :

  1. Bersihkan lada solok dan belah memanjang serta dibuang bijinya. Tak perlu buang tangkai. Ketepikan.
  2. Isi kelapa yang ditumbuk tadi, masukkan ke dalam satu bekas.
  3. Gaul kelapa, ikan rebus, bawang merah, lada hitam dan halia bersama gula dan garam secukup rasa hingga rata.
  4. Kemudian, sumbat isi yang telah siap digaul rata ke dalam cili pilihan. Selalunya, orang pilih lada muda kerana lebih rangup dan segar.
  5. Sebelum hidupkan api, lapik periuk dengan daun pandan supaya lebih beraroma.
  6. Susun solok lada yang telah ada inti diatasnya. Tutup dengan beberapa helai daun pandan lagi sekali.
  7. Dalam periuk, masukkan santan. Pastikan paras santan dengan solok lada.
  8. Masak dengan api perlahan sehingga santan kering atau sehingga solok lada kelihatan sudah masak.
  9. Siap untuk dihidang atau dimakan begitu sahaja.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Resepi Lengkap Nasi Kerabu Bunga Telang, Asli Dari Kelantan

Baca juga: Resipi Sambal Belacan Sedap & Padu, Cuba Variasi Sambal Ini Pasti Kick Dan Mudah Dibuat!

Baca juga: Resipi Perapan Sate Ayam Yang Sedap & Juicy, Puas Hati Makan

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Noorhidayah