Rahsia Telur Dadar Crispy & Gebu, Pastikan Anda Masukkan Dua Bahan Ini Sebelum Goreng

Cara buat telur dadar yang rangup di luar dan gebu di dalam kena masukkan dua bahan rahsia ini. Confirm suami dan anak-anak puji sedap.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bila makan di kedai tomyam, biasanya telur dadar yang dihidang mesti rangup di luar, gebu di dalam. Jadi bagaimana cara buat telur dadar begini di rumah?

Kali ini kami kongsikan cara buat telur dadar yang rangup di luar tapi isi dalamnya gebu!

Cara buat telur dadar rangup di luar, gebu di dalam

Resepi yang dikongsikan pengguna tiktok ini, fikachan97 sangat membantu untuk mendapatkan tekstur telur dadar idaman ramai.

Tak susah pun! Ada dua bahan rahsia yang digunakan yang selama ini kita mungkin tidak terfikir pun iaitu cuka dan air!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bahan-bahan:

  • 2 biji telur
  • Bawang holland (dicincang halus)
  • 1 sudu besar cuka
  • 1 sudu besar air
  • Minyak masak

Cara-caranya:

  1. Mula-mula pecahkan dua biji telur
  2. Masukkan bawang holland yang dicincang halus
  3. Masukkan satu sudu besar cuka
  4. Masukkan satu sudu besar air
  5. Kacau sehingga berbuih dan kembang
  6. Panaskan minyak 
  7. Selepas minyak panas, masukkan telur tunggu sehingga bahagian bawah rangup dan bertukar warna keemasan dan kemudian terbalikkan kepada bahagian lagi satu
  8. Selepas kedua-duanya bertukar keemasan, toskan minyak dan angkat.
  9. Sedia untuk dihidang!

Kelebihan & khasiat telur untuk tubuh badan

Telur mempunyai khasiat kepada tubuh badan. Ini antara antara khasiat telur kepada tubuh badan anda:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

1. Kolestrol baik

Bila sebut kolestrol pasti ada yang terfikir ia tidak baik. Tetapi jangan tak tahu ya, kolestrol ada yang baik dan jahat. Jadi, telur menyumbang kolestrol baik ke dalam badan kita. 

2. Mengurangkan risiko sakit jantung

Jika anda mengambil telur dalam menu seharian, anda boleh mengurangkan risiko penyakit jantung.

3. Rambut dan kulit yang sihat

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Vitamin B2 dalam telur akan membantu mendapatkan kulit dan rambut yang sihat. Telur juga kaya dengan vitamin B5 dan B12. Telur putih dan telur kuning sangat baik untuk pertumbuhan rambut dan kulit anda. 

Berapa banyak telur boleh dimakan setiap hari?

Setiap jenis makanan ada hadnya, sama juga dengan telur. Berikut adalah tentang berapa banyak telur yang boleh dimakan setiap hari:

  1. Jumlah pengambilan telur yang dianjurkan dalam sehari adalah 1-2 butir telur
  2. Telur mentah atau rebus aman dikonsumsi jika diketahui dan dipahami risikonya
  3. Jumlah maksimal makan telur sehari adalah satu hingga dua butir sehari bagi orang dewasa

The American Heart Association mencadangkan untuk mengehadkan maksimum pengambilan telur sehari adalah satu hingga dua biji sehari bagi orang dewasa.

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:  Resepi Kurma Daging Style Neelofa Untuk Haris, Nampak Sedap & Sungguh Menyelerakan

Baca juga: Resepi Chicken Buttermilk Untuk Bayi 7 Bulan, Rasa Penuh Berkrim & Menyelerakan

Baca juga:  Resepi Cha Bang Ang Atau Aroikah Yang Mudah & Sedap, Minuman Viral Dari Thailand

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Farhana Fuad