Pernah tak anda rasa nak tambah anak bila tengok orang lain baru dapat bayi baru? Dan lepas itu cepat-cepat google bagaimana cara cepat hamil anak kedua!
Rasa macam teruja pula nak ada seorang lagi anak kan. Orang lain ada, anda pun rasa macam nak ada lagi. Sedangkan anda baru sahaja melahirkan anak baru-baru ini. Seronokkan ada anak kecil di rumah. Meriah rasanya. Tetapi, haa ada tetapi dekat situ.
Ini mungkin salah satu persoalan yang sentiasa bermain di minda ibu bapa. Ataupun, salah satu dilema yang dihadapi oleh salah seorang pasangan. Satu rasa tak cukup, jadi rasa nak tambah lagi. Lagi-lagi bagi pasangan yang sukakan keluarga yang besar dan anak yang ramai.
Tetapi, perancangan menambah anak ini bukanlah satu perancangan yang boleh dibuat daripada sebelah pihak sahaja. Sebaliknya, sekiranya anda mahu menimang cahaya mata, anda perlulah bertanyakan pandangan pasangan anda juga. Perkara begini tak boleh ikutkan kehendak anda seorang sahaja, banyak faktor yang perlu diambil kira.
Cara cepat hamil anak kedua
Nak hamil bagi sesetengah orang mungkin mudah saja, tapi ada pasangan yang alami kesukaran. Dan punca kesukaran untuk hamil anak kedua ni mostly kerana stress!
Jadi nak cepat hamil anak kedua tak boleh stress, pastikan juga anda tidak terlalu tertekan dengan penjagaan anak pertama.
Sebelum anda bercadang untuk menambah cahaya mata lagi dan ketahui cara cepat hamil anak kedua, ini adalah antara perkara yang anda perlu tahu.
Perkara yang ibu bapa perlu tahu sebelum mencuba mendapatkan bayi kedua
#1 Adakah anda dan pasangan anda bersedia?
Keputusan untuk mendapatkan anak perlulah dibuat bersama. Adakah kedua pasangan sudah bersedia dari segi mental dan fizikal untuk mendapatkan anak? Seperti yang anda sedia maklum, bukan mudah untuk menjaga anak kecil dan menguruskan mental apabila menangani budak kecil.
Jadi, anda perlu tanya soalan ini kepada diri anda sendiri atau pasangan anda yang ingin menimang cahaya mata kedua. Jaga anak ini tanggungjawab bersama, bukan sorang-sorang sahaja tau! Yang paling baik, adalah anda dan pasangan perlu berbincang terlebih dahulu dan fikirkan kenapa anda nak anak dan kenapa anda tidak perlu mendapatkan anak buat masa sekarang.
#2 Persiapan kewangan
Nak jaga anak ini memerlukan sejumlah kewangan yang besar. Malah, kos menjaga anak ini saban tahun pasti akan meningkat lagi-lagi kalau anak anda semakin membesar. Maka, kosnya juga akan berubah-ubah.
Sekiranya anda dan pasangan mempunyai kewangan yang kukuh dan cukup, ianya tidak menjadi masalah. Tetapi, sekiranya masih belum kukuh dan tidak mencukupi untuk menanggung kehadiran cahaya mata. Lebih baik tangguhkan niat dan tumpukan kepada keluarga terlebih dahulu.
#3 Penerimaan anak
Ini sesuatu yang anda tidak boleh kawal kalau anak anda tidak boleh menerima kehadiran adik baru dalam keluarga. Ada anak yang menyukai dan boleh menerima kehadiran orang baru dalam keluarga dan ada juga yang memang tak boleh terima langsung!
Sekiranya anak anda sudah besar sedikit, anda boleh bertanya kepada anak anda adakah anak anda bersedia untuk mendapat adik baru. Jika anak anda tidak mahu, anda boleh meyakinkan anak anda secara perlahan-lahan. Sekurang-kurangnya, sekiranya anda tahu anak anda susah nak menerima anak anda, anda boleh cuba untuk tidak memaksa anak anda.
#4 Akan ada perubahan besar
Bila ada anak baru, sekali gus perhatian anda tidak dapat diberikan secara langsung kepada anak anda. Kalau dahulunya anak anda ditatang bagai minyak penuh, kini anak anda perlu beralah untuk menerima kehadiran bayi baru.
Anda sendiri sebagai ibu bapa bukan sahaja perlu mengadaptasi dengan perkara begini. Malah, ianya turut terkesan kepada anak anda yang turut merasakan perubahan besar ini. Pengurusan masa adalah satu perubahan yang paling anda perlu ambil berat. Mana nak layan anak pertama, dan layan anak kedua lagi. Keduanya perlukan perhatian anda. Sekiranya anda bersedia, ia tidak akan menjadi masalah.
#5 Sebab anda nak anak kedua
Anda perlu tahu sebab atau pun the BIG WHY kenapa anda nak anak lagi. Setiap orang mempunyai pandangan yang berbeza dan unik terhadap diri anda sendiri. Jadi, anda kena tahu sebab kenapa anda nak anak kedua, barulah anda betul-betul boleh buat keputusan dan tanya diri anda, “Nak tambah anak ke tak nak”.
Tepuk dada tanya selera
Banyak faktor yang boleh menyebabkan anda nak tambah anak. Faktor usia apabila pasangan berkahwin lewat dan cuba mendapatkan anak secepat mungkin, nak tambah anak untuk besarkan keluarga, dan tekanan daripada keluarga.
Pasti ada di antara anda yang mempunyai sanak saudara atau keluarga yang bertanya bila nak ada anak kedua selepas melahirkan anak pertama. Atau bila ada anak perempuan bila nak cuba dapatkan anak lelaki dan sebaliknya. Mulut orang kan, macam mana anda nak kawal.
Anda sendiri tahu kemampuan anda dan pasangan anda. Soal rezeki Tuhan yang tentukan tetapi anda sendiri perlu tahu kesediaan anda dan keluarga anda. Yang penting, jangan buat keputusan melulu dan jangan buat keputusan di saat anda berasa tertekan.
Sumber: Mingguan Wanita
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca Juga: 5 Tanda Anda BELUM LAYAK Tambah Satu Anak Lagi, Anda Sebenarnya Masih Tak Bersedia!