Anda mesti nak anak anda pandai membaca dengan cepat, kan? Tapi, nak pupuk minat membaca bukan kerja senang.
Tapi sekarang, anda tak perlu risau lagi! Ini adalah cara cepat mengajar anak membaca dan menyeronokkan.
Pasti anak anda teruja nak membaca lepas ini!
Cara cepat mengajar anak membaca guna aplikasi menyeronokkan ini
Sejak pengenalan internet, jumlah pembaca muda berada pada tahap yang membimbangkan. Kanak-kanak zaman digital tak lagi minat membaca dan lebih memilih untuk menonton video atau bermain game.
Jadi, Me Books Asia telah mengambil inisiatif untuk bersaing dengan teknologi masa kini dan membina aplikasi buku mudah alih yang paling maju dan bersesuaian untuk kanak-kanak.
Ini memberikan anak kita akses yang mudah untuk kandungan buku yang berkualiti pada harga berpatutan!
“Misi kami berdasarkan kepercayaan kanak-kanak berhak mendapat akses kandungan buku yang terbaik tanpa mengira di mana mereka berada. Kebolehan penduduk di Asia Tenggara untuk bercakap dan membaca dalam Bahasa Inggeris adalah antara cabaran penting. Semasa membesar, saya sering diketawakan kerana tak pandai bercakap Bahasa Inggeris dengan baik.
“Jadi, misi saya adalah untuk mengubah senario ini untuk kanak-kanak lain di luar sana. Termasuk kanak-kanak dari pedalaman yang sukar untuk mendapatkan akses buku-buku terbaik,” kata Hao Jin, KPE dan pengasas Me Books Asia.
Bagaimana cara cepat mengajar anak membaca ini berkesan untuk anak?
Apa yang istimewanya dengan aplikasi buku ini, ia bukan saja hanya sekadar buku atas talian, tapi aplikasi Me Books juga dilengkapi dengan audio yang boleh membuatkan anak mula belajar dengan mendengar.
Selain menyediakan bunyi-bunyi yang menarik seperti bunyi haiwan dan sebutan perkataan, aplikasi ini juga membenarkan kanak-kanak dan ibu bapa berinteraksi dengan karakter dan cerita dalam buku ini.
Apa yang lagi menyeronokkan, anak-anak anda dapat rakam suara mereka untuk jadi karakter dalam cerita kegemaran mereka!
Ramai ibu bapa yang tak tahu cara nak membacakan buku cerita kepada anak dengan intonasi yang menarik dan sebutan yang betul.
Oleh kerana ini, Me Books Asia telah bekerjasama dengan pelakon-pelakon bertaraf dunia seperti Benedict Cumberbatch dan Sir David Jason untuk menyumbangkan suara mereka sebagai narator dalam buku-buku ini.
Ini adalah beberapa kelebihan yang akan anda temui dalam aplikasi Me Books Asia:
- Ia ada lebih 400 buku kanak-kanak dari penerbit terbaik seluruh dunia.
- Narator cerita dengan sebutan dan intonasi yang betul dan pelakon terkenal dunia.
- Rakam suara untuk berinteraksi dan bekerjasama dalam jalan cerita.
- Boleh digunakan tanpa internet.
- Menyokong tiga peranti bawah satu pengguna
- Pelbagai kesan bunyi yang menarik untuk menguatkan imaginasi anak anda.
Kelebihan aplikasi Me Books sebagai cara cepat mengajar anak membaca
Me Books Asia telah dibina oleh orang-orang yang datang dari bidang yang berbeza seperti pendidikan, perubatan, psikologi, pengiklanan, penerbitan dan kewangan untuk membuat perubahan dalam pendidikan yang mudah diakses dan mampu milik untuk semua kanak-kanak di semua tempat.
“Sebagai seorang doktor, satu-satunya cara untuk saya memberi impak pada kehidupan anak-anak adalah terhad kepada aspek fizikal mereka. Kini dengan Me Books, saya boleh menyentuh hati ramai kanak-kanak dengan cara baru dan memupuk minat mereka untuk belajar dari awal usia,” kata Dr. Chatichai Chong, pengasas bersama Me Books Asia.
Aplikasi Me Books boleh dimuat turun di App Store dan Google Play Store. Langganan hanya berharga RM16.90 sebulan, RM 12.90 sebulan untuk pakej enam bulan atau RM 9.90 sebulan untuk pakej 12 bulan.
Jika pengguna melanggan pakej 12 bulan, anda akan menerima hadiah percuma Teater Me Books. Setiap pengguna akan mendapat akses melebihi 400 buku dan audio serta grafik yang menarik.
Untuk maklumat lanjut tentang aplikasi ini, atau sneak peek aplikasi ini, anda boleh melayari laman web mereka di sini.
Jadi apa tunggu lagi, parents? Jom muat turun aplikasi Me Books ini sekarang!
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The Asianparent Malaysia
Baca juga:
https://my.theasianparent.comibu-baru/