7 Cara Cepat Terangsang Ketika Berasmara Dengan Pasangan, #5 Wajib Cuba Malam Ini!

Sebenarnya terdapat banyak cara cepat terangsang ketika anda sedang berasmara dengan pasangan. Teknik ini perlu dicuba supaya hubungan seks tidak hambar!

Dalam meneruskan hubungan asmara bersama pasangan, anda sebenarnya perlu mempelajari cara cepat terangsang agar dapat memenuhi tuntutan batin. Setiap orang pastinya ingin memberikan layanan terbaik ketika di ranjang. Justeru, pastikan anda mempelajari beberapa teknik ini dahulu!

Kebiasaan keadaan tubuh yang penat dengan tugasan seharian membuatkan anda sukar untuk terangsang dan tidak bersedia untuk melakukan hubungan seks.

Cara cepat terangsang dengan mudah dan berkesan

credit to sources

Tidak dinafikan setiap pasangan yang sudah berkahwin mendambakan hubungan di ranjang penuh nikmat dan menyeronokkan. Namun kadang-kadang ia mungkin sukar dicapai sekiranya tubuh belum benar-benar bersedia untuk bersama.

Kesannya anda menjadi kurang bernafsu untuk melalui setiap langkah dalam hubungan seks, malah pasangan mungkin akan berasa kecewa.

Justeru, kami senaraikan beberapa cara bagi menaikkan kembali kehangatan berasrama ketika di kamar tidur iaitu:

#1. Mencipta suasana lebih rileks

Luangkan sedikit masa untuk membersihkan bilik agar ia kelihatan menarik dan mencipta suasana baru ketika hubungan seks. Beri kesan lebih romantik dengan menyalakan beberapa lilin serta iringan muzik.

Menurut ahi terapi hubungan dan seks, Megan Fleming, asas untuk berasa ghairah memerlukan aspek bertenang dan bersedia. Jadi pastikan bilik anda memberikan aurat tersebut!

#2. Penggunaan aroma yang merangsang keinginan seksual

Aroma tertentu terbukti berkesan dalam meningkatkan keghairahan wanita. Jadi jangan abaikan tips paling mudah ini!

Berdasarkan buku Scentsational Sex, Dr. Alan Hirsch mengatakan bahawa aroma lavender, pai labu dan licorice dapat membantu meningkatkan aliran darah ke bahagian kemaluan.

#3. Jangan terburu-buru, perbanyakkan foreplay

credit to sources

Setiap pasangan suami isteri memerlukan sedikit masa bagi membangkitkan rangsangan dalam tubuh. Sebelum anda fokus pada zon sensitif, lakukan dahulu foreplay.

Ada pelbagai cara foreplay yang boleh anda praktikkan untuk mencapai klimaks. Misalnya berbisik pada telinga pasangan, berpelukan atau mencium secara perlahan-lahan. Bukan itu sahaja, gurauan manja juga boleh menjadikan suasana dalam bilik tidur lebih rileks.

#4. Waktu rehat dan tidur yang cukup

Jadual suami isteri yang padat kebiasaannya membuatkan tubuh rasa penat dan sekaligus mengurangkan keghairahan untuk berasmara. Bagi mengelakkan masalah ini, anda perlu memastikan diri memperoleh tidur yang cukup.

Sesekali jika isteri penat bekerja atau menjaga anak-anak, ringankan tangan untuk membantu melakukan sebahagian tugas tersebut. Ini bukan sahaja dapat mengembalikan stamina untuk hubungan seks, tetapi juga menampakkan diri anda seorang yang penyayang.

#5. Cipta sesuatu yang berbeza dari kebiasaan

Mainkan peranan, berfantasi dan melakukan role play adalah cara baru bagi meningkatkan kreativiti ketika dalam hubungan seks. Ini merupakan cara yang tepat agar anda cepat terangsang.

”Dengan memikirkan perkara seksi dan melakukannya pada pasangan, ia boleh merangsang otak untuk membangkitkan keghairahan ketika bersama,” ujar ahli psikologi Florida, Dr. Rachel Needle.

Justeru, luahkan keinginan seks yang anda inginkan bersama pasangan. Buang rasa malu dan takut untuk berimaginasi hubungan seks liar kerana ia berkesan meningkatkan nafsu anda!

#6. Mengambil makanan pembangkit ghairah seksual

foto: shutterstock

Selain mencuba tips di atas, ada beberapa jenis makanan yang dapat membantu menaikkan nafsu suami isteri. Antaranya:

  • Coklat

Tidak hanya memiliki rasa yang sedap, ternyata mengambil coklat juga dapat meningkatkan nafsu ketika hubungan seks. Coklat berupaya melepaskan hormon phenylethylamine dan serotonin ke dalam tubuh bagi membuatkan anda lebih bahagia.

  • Buah-buahan

Buah pisang, avokado dan tin dipercayai sebagai makanan yang boleh meningkatkan rangsangan seks. Ia dikenali sebagai afrodisiak.

Buah ini mengandungi vitamin serta mineral penting bagi menambahkan aliran darah ke bahagian kelamin dan mendorong hubungan seks lebih sihat.

Manakala, anggur merah mengandungi quercetin yang memberikan kesan positif bagi tubuh dan membantu meningkatkan keghairahan wanita.

  • Ikan salmon dan daging

Ikan salmon mengadungi Omega-3 yang bagus untuk pembuluh darah. Ia turut melancarkan peredaran darah ke bahagian intim. Manakala, daging mengandungi carnitine, L-argine dan zinc bagi menaikkan nafsu ketika bersama.

#7. Sentiasa memberikan pujian

Wujudkan kepercayaan diri pasangan dengan sentiasa memberikan pujian spesifik. Cara ini dapat membuatkan dia menjadi lebih percayakan diri dan tidak malu akan kekurangan bahagian bentuk badan.

Ia sekaligus meningkatkan keyakinan diri anda dan pasangan untuk beraksi lebih hebat ketika bersama. Jika anda seorang yang pulang lewat, jangan malu untuk menghantar mesej berunsurkan lucah dan bersenda bagi membuatkan pasangan lebih bersedia.

Sebagai contoh, ”Abang lambat lagi ke balik? Sayang rasa panaslah.. Nak minta tolong abang bukakan pakaian.” atau ”Malam ini sayang nak bagi sesuatu istimewa untuk abang sambil buat projek…”

Sumber: Parenting Orami, Sehatq

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

Suami Suka Isteri Yang Mulakan Seks, Rangsang Titik Sensitif Ini Untuk Lebih Ghairah!