Ibu-Ibu Dah Tiba Masa Untuk Berhenti Menyusu Badan? Ini Cara Cerai Susu Badan, Selamat Mencuba!

Dah tiba masa untuk anak bercerai susu badan? Ini antara cara cerai susu badan yang boleh dicuba, ingat, ia memerlukan masa!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Apabila perjalanan menyusu badan hampir tiba di penghujungnya, ada sesetengah ibu amat beremosi, ada juga yang tidak sabar menanti hari yang ditunggu-tunggu ini. Namun yang pasti bagaimana cara cerai susu badan?

Mengikut perkongsian daripada Ibu Rose, kebanyakan ibu tidak mempunyai perancangan bila sepatutnya berhenti menyusu. Jadi apabila tiba waktu yang sepatutnya ibu-ibu menjadi kalut, tidak tahu apa yang patut dilakukan. 

Anak pula semakin lama semakin selesa dan nak bergantung kepada ibu sahaja apabila menyusu dan ingin tidur. 

Mengikut pengalaman saya sendiri, anak sememangnya ingin menyusu dahulu sebelum tidur, malah jika terjaga tengah malam pun masih mencari-cari ingin menyusu badan. 

Jadi bagaimana cara yang sepatutnya untuk diterapkan agar anak kecil kita faham sudah tiba masanya untuk berhenti menyusu badan. Dan bagaimana untuk mereka tampil berdikari dan tidak bergantung kepada ibu apabila ingin menyusu dan tidur. 

Mereka perlu hasilkan ‘safe space’ mereka sendiri dan bukan hanya bergantung kepada susuan ibu. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Cara cerai susu badan

Anak-anak kecil bila mereka menyusu terutamanya menyusu badan, ia bukan sekadar makan. Ia memberikan kepada mereka rasa dikasihi dan dilindungi.

Oleh itu bila mahu berhenti menyusukan anak kecil, anda mesti membuat perancangan. Jangan masuk perangkap seperti ramai para ibu yang tidak membuat perancangan, sedar-sedar anaknya sudah dua tahun. Kemudian barulah kelam kabut untuk menghentikan anak menyusu.

Oleh kerana kita kurang faham apakah maksud menyusu itu kepada anak itu, maka kemungkinan besar kita para ibu mudah gagal dan stres bila cuba menghentikan anak menyusu badan atau botol.

#1. Rancang 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Rancang bagaimana anda akan mengurangkan jumlah anak itu menyusu.

Baca juga: 10 Cara Bijak Untuk Buat Anak Anda Cepat Cerai Susu Badan

#2. Berbual dengan anak

Programkan ke dalam minda anak, bila dia sambut hari lahir kedua contohnya, dia akan berhenti menyusu. Sering katakan perkara ini BERSAMA mengurangkan jumlah anak itu menyusu badan.

#3. Ubah cara menyusu

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Jika dulu anda menyusukan anak sambil baring dan membawa ke tidur, sekarang ini mulakan menyusu sambil duduk di ruang tamu dan elakkan sampai anak itu tertidur. Untuk dia biasa menyusu itu hanya sekadar dia mahu berasa dekat dengan ibunya dan bukan untuk menghilangkan lapar. Lakukan perubahan ini perlahan-lahan dengan mencadangkan perubahan itu kepada anak dengan lembut dan tegas.

#4. Buat anak rasa selamat dengan cara lain

Dapatkan satu cara baru yang membolehkan anak berasa dia dilindungi dan dikasihi. Contohnya, anda akan peluk dia sehingga 3 minit lamanya, atau baca buku dan peluk dia…apa sahaja aktiviti yang boleh anda lakukan dengan mudah tetapi sangat mesra, rapat dengan anak itu.

#5. Pengaruhi anak

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Faham bahawa anak itu perlu mengambil masa untuk menyesuaikan diri dengan perubahan itu. SELL THE IDEA yang sekarang ini dia sudah besar dan nampakkan kelebihan menjadi budak yang lebih besar. SELL, SELL and SELL tanpa marah!

#6. Yakin

Anda sebagai ibu dan bapa yakin dia boleh berhenti menyusu badan suati hari nanti. Jangan cepat putus asa, memang perlukan kesabaran tinggi dalam proses ini. 

#7. Doa

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Berdoa kepada Allah, agar usaha anda ini dipermudahkanNya.

Mudahkan bila ada ilmu. Insyaallah, tiada yang sukar sebenarnya. Teruslah upgrade diri dengan ilmu. Ibu doakan semoga anda semua mampu menjadi ibu yang bijaksana dan tenang. Semoga Ibu hari ni memberi manfaat buat anda.

Sememangnya proses untuk berhenti menyusu badan ini bukan sesuatu yang mudah. Ia memerlukan kesabaran dan tempoh yang agak lama. Disebabkan itu penting untuk ibu-ibu menetapkan dan merancang bila untuk berhenti. Suapaya proses itu menjadi satu tempoh yang berperingkat bukan mengejut dan secara tiba-tiba. 

Memanglah anak akan merengek, mengamuk dan kecewa sekiranya ia berlaku dengan mendadak. Jadi mulakan sedikit demi sedikit dan anda akan nampak perubahannya. Ingat kanak-kanak sukakan rutin, jadi apabila perkenalkan rutin baru atau sesuatu perubahan memanglah agak sukar untuk diterima, namun apabila sudah terbiasa nanti keadaan akan menjadi lebih mudah!

Sumber: Ibu Rose

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia