Anak Suka Duduk Simpuh atau Bentuk ‘W’? Ubah Cepat, Ia Boleh Ganggu Perkembangan Tulang & Otot Mereka!

Pernah tak ibu ayah di luar sana perhatikan cara duduk anak anda? Adakah bersila atau cara duduk bersimpuh katak yang mana kaki dalam bentuk ‘W’?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Pernah tak ibu ayah di luar sana perhatikan cara duduk anak anda? Bagaimana mereka duduk? Adakah bersila atau duduk bersimpuh katak yang mana kaki dalam bentuk ‘W’?

Sebenarnya, cara duduk yang dipanggil simpuh kata itu berbahaya untuk pertumbuhan tulang dan otot anak anda jika ia menjadi tabiat mereka atau kekal dalam masa yang lama.

Jadi, cuba perhatikan cara duduk mereka lepas ini dan ubah sekiranya mereka selesa duduk cara bersimpuh katak seperti sebelum ini. Anda perlu cepat-cepat ubah kerana ia tidak bagus untuk pertumbuhan tulang mereka.

Jadi sentiasa peka dengan cara anak anda duduk untuk elakkan mereka mengalami komplikasi tulang dan otot yang akan menganggu pergerakan mereka.

Kanak-kanak kadang kala memang selesa begitu, tetapi ia perlu diubah bagi mengelakkan berlaku ketidakselesaan pada mereka untuk jangka masa lama.

Elak anak duduk bersimpuh, ini untuk jaga otot dan tulang

Kredit: parenting.firstcry.com

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Menurut laporan Harian Metro yang memetik Pakar Perunding Ortopedik dan Trauma Hospital Columbia Asia Setapak, Dr Shamsul Iskandar tidak dinafikan tabiat duduk berkenaan lebih selesa sejak di peringkat awal usia lagi dan lebih ketara pada kalangan anak-anak menginjak prasekolah.

Pakar berkenaan berkata kebiasaannya kanak-kanak yang mempunyai tabiat ini adalah dalam kalangan usia umur 18 bulan hingga enam tahun.

Baca juga: Anak Tak Duduk Diam, Suka Berlari & Melompat, Sebenarnya Miliki Kecerdasan Kinestetik Yang Tinggi

Pada peringkat awal inilah biasanya struktur tulang paha kanak-kanak ‘terubah’ bentuk (femoral anteversion) menyebabkan posisi duduk simpuh katak lebih selesa untuk kanak-kanak berbanding duduk bersila.

Kedudukan simpuh itu berlaku ketika duduk di lantai dalam posisi W. Bahagian yang mana lutut dalam keadaan bengkok, punggung terletak di lantai sementara kaki berlipat setiap sisi. Kaki ini juga sama ada akan terkuak atau rapat pada sisi.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Beri kesan jangka panjang jika tak diubah

Meskipun tabiat itu normal sahaja akibat dipengaruhi fisiologi atau pertumbuhan kanak-kanak, untuk jangka masa yang panjang, ia boleh memberi kesan buruk kepada kesihatan tulang.

Seiring dengan peningkatan usia kanak-kanak, mereka juga akan berubah kerana di peringkat kanak -kanak antara lapan hingga 10 tahun ke atas, akan lebih selesa untuk duduk secara bersila.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Dalam kanak-kanak terlalu asyik bermain sehinggakan mereka duduk dalam postur itu terlalu lama, dikhuatiri ia boleh memberi komplikasi terhadap perkembangan otot teras badan.

Boleh bawa masalah pergerakan kepada anak

Organ seperti otot abdomen, tulang belakang dan pelvis memainkan peranan penting dalam pengimbangan badan. Kalau ia berterusan, tabiat ini boleh memberi implikasi terhadap masalah pergerakan.

Untuk kanak-kanak mengalami masalah kesihatan tertentu, impak dialami mereka lebih buruk.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ini merujuk kepada kanak-kanak yang mengalami penyakit seperti Sindrom Down, Ehler Danlos dan kondisi seperti Cerebral Palsy dan Spina Bifida.

Andai kanak-kanak menghidapi penyakit terbabit mempunyai tabiat duduk simpuh W, tona otot kanak-kanak ini akan berubah, sama ada menjadi terlalu keras atau lemah.

Pastikan anak duduk bersila, atas kerusi

Kredit: Unsplash

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

 

Ibu bapa perlu memastikan anak supaya duduk secara bersila atau menggunakan kerusi untuk duduk ketika membaca buku atau membuat kerja rumah untuk menggantikan posisi duduk simpuh katak.

Jika mereka duduk di atas kerusi kebarangkalian untuk duduk bersimpuh katak sukar untuk terjadi.

Duduk bersimpuh W boleh bawa komplikasi

Disebabkan duduk bersimpuh W boleh membawa komplikasi kepada anak, eloklah jika ibu ayah menegah mereka daripada awal.

Tetapi jika sudah berlaku, apa yang boleh dilakukan adalah:

  1. Ibu bapa perlu pantau kerana biasanya ia boleh pulih sendiri
  2. Bagi segelintir kanak-kanak, mungkin memerlukan pembedahan pembetulan tulang paha (Derotational Osteotomy) untuk pulih seperti sedia kala.
  3. Bagi kanak-kanak yang mengalami sakit seperti Sindrom Down dan Cerebral Palsy, ahli fisioterapi dan jurupulih tata kerja boleh membantu kanak-kanak berkenaan dengan menyediakan posisi lain, sokongan fisio dan tempat duduk supaya mereka dapat duduk dalam keadaan yang sesuai.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: harian metro

Baca juga: Risau Bayi Belum Pandai Duduk Sendiri? Ini 6 Cara Melatih Bayi Duduk Dengan Mudah

Penulis

Lala Annuar