Cara Halau Ular, Lipan, Dan Serangga Lain Dalam Rumah Paling Berkesan Dan Murah, Anda Boleh Cuba!

Ini cara halau ular atau serangga-serangga lain paling berkesan dan jimat anda boleh cuba lakukan tanpa perlu risaukan kos yang tinggi!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Perkara paling ditakuti adalah apabila ada haiwan berbisa bersarang di kawasan rumah tanpa kita sedari terutamanya ular. Bagaimana cara halau ular yang bersarang di kediaman kita?

Ada di antara kita yang terpaksa menggunakan perkhidmatan bomba untuk mengeluarkan haiwan-haiwan ini. Namun pasti ada terdetik di hati akan faktor keselamatan sekiranya haiwan-haiwan tersebut masih mendiami di rumah.

Perubahan cuaca yang panas menyebabkan ada sesetengah reptilia memilih tempat-tempat yang sejuk dan ada sumber air sebagai tempat untuk dijadikan kawasan dan berlindung.

Tidak hanya di kampung, rumah-rumah teres di kawasan bandar tidak terkecuali dari menghadapi perkara ini.

Kalau ada ‘sarang’ ular di kawasan rumah, ini cara halau ular paling berkesan dan jimat anda boleh cuba lakukan. Bukan itu sahaja, kami juga kongsikan beberapa cara lain untuk menghalau serangga seperti lipan, lipas dan anai-anai.

Semua tips di bawah ini hanya menggunakan bahan sedia ada di rumah, jimat duit tak perlu beli yang baru. Selamat mencuba!

1. Cara halau ular

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sembur apa-apa pewangi atau penyegar udara tempat ular berada. Ular tersebut akan pergi dengan sendiri.

2. Cara halau lipan

Letak garam halus atau kasar pada lipan. Selain itu, boleh juga tabur garam tersebut di kawasan lembap yang menjadi tempat kesukaan lipan.

3. Cara halau lipis

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Hiris daun salam halus-halus dan taburkan di tempat lipas berkeliaran. Lipas tidak akan kembali lagi di situ.

4. Cara halau anai-anai

Sembur air kapur sirih di mana anai-anai berada di rumah. Baik di dinding atau di perabot. Anai-anai akan mati akibat
kepanasan.

5. Cara halau tikus

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Taburkan serbuk lada hitam pada tempat yang biasa ada tikus. Tikus akan menjauhi tempat tersebut.

6. Cara halau cicak

Sapu dan letak tembakau di celah dinding atau siling rumah. Cicak akan lari menjauhi rumah anda dengan serta merta apabila tercium bau tembakau tersebut.

7. Cara basmi tungau

Letakkan kulit durian atau bunga pandan di tempat tungau hinggap. Bau dari bahan tersebut boleh menyebabkan tungau mati. Berkesan!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

8. Cara halau lalat

Hiris daun pandan menjadi potongan kecil. Letaklah di mana lalat selalu hinggap dan lalat pasti akan menjauhi kawasan tersebut.

9. Cara halau semut

Taburkan serbuk kopi pada kawasan yang biasa didatangi semut. Pasti selepas ini tiada lagi semut.

10. Cara halau nyamuk

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Letakkan kulit limau pada tempat yang selalu menjadi tumpuan nyamuk. Ini akan menyebabkan nyamuk tidak lagi berani untuk mendekati kawasan tersebut.

Tips lain yang mudah untuk halau segala jenis serangga dan perosak di rumah kita, adalah dengan menggunakan spray serai.

Mudah kan? Selamat mencuba!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Penulis

Nursyamimi