Perjuangan Menyusu Anak Selama 9 Tahun, Akhirnya Ibu Ini Dedah 'Rahsia'

Kagum dengan semangat ibu ini yang menyusu anaknya sehingga 9 tahun dan menepis stigma masyarakat yang memandang serong apabila ibu pilih untuk terus menyusu anak walaupun melebihi tempoh yang sepatutnya.

Seorang ibu di United Kingdom mengabaikan kata-kata orang di sekelilingnya tentang cara hentikan pengeluaran susu badan pada anak perempuannya. 

Lebih mengejutkan, dia terus saja memberi susu badan kepada anaknya itu selama sembilan tahun. Dahsyatnya dia! 

Namun jujurnya, setiap ibu berhak menentukan bila dan umur berapa untuk berhenti menyusu anak.  

Cara hentikan pengeluaran susu badan – Seorang ibu teruskan menyusu anak selama 9 tahun! 

Sharon bersama anaknya Charlotte

Semasa Sharon Spink, 50 melahirkan anak perempuan yang diberi nama Charlotte itu sembilan tahun lalu dan dia rasa seronok menyusukan bayinya tanpa paksaan sesiapa. 

Ada ketikanya, Sharon mahu menghentikan penyusuan, namun dia sedar kebaikan yang diperoleh jika anak menyusu badan.

Ketika berumur empat tahun, Charlotte akan pergi ke katil Sharon dan menyelak bajunya untuk menyusu. Enam bulan kemudian, dia masih terus menyusu tiga kali sehari.

Tapi empat tahun yang lalu, aktiviti penyusuan ini merosot sekali sebulan. Kini, Charlotte sudah berumur sembilan tahun dan memutuskan untuk tidak terus menyusu badan kira-kira dua bulan lalu. 

Sebenarnya, banyak faedah yang diperoleh jika anda menyusukan anak dengan lama. Contohnya seperti:

  • Mengeratkan ikatan kasih sayang antara ibu dan anak
  • Kanak-kanak tidak mempunyai masalah kesihatan seperti jangkitan telinga, batuk, sakit perut atau demam. 

Sharon menambah, jika dibandingkan dengan tiga anak yang lain, Charlotte jauh lebih sihat

Memecah stigma negatif menyusu anak yang lebih tua 

Sharon harap kisahnya ini dapat memecahkan stigma negatif oleh masyarakat sekeliling tentang penyusuan pada anak yang lebih tua.

Jangan takut menerima kritikan daripada orang lain yang tidak tahu manfaat menyusukan anak yang lebih tua walhal ia normal. 

Jika anak-anak masih mahu menyusu badan, teruskan saja kerana mereka akan berhenti menyusu dengan sendiri. Malah, banyak negara yang menyusu anak bertahun-tahun lamanya. 

Cara hentikan pengeluaran susu badan, umur anak bila yang sesuai? 

Kredit: Wanista.com

Menurut organisasi WHO dan AAP, ibu seharusnya menyusukan anak secara eksklusif sekurang-kurangnya selama enam bulan. Bayi tidak boleh makan atau minum benda lain selain daripada susu ibu. Ini termasuklah air. 

Sekiranya lepas enam bulan, para ibu dinasihatkan menyusu sehingga sekurang-kurangnya dua tahun. Namun, tiada panduan bagaimana cara hentikan pengeluaran susu ibu dan hanya bayi saja yang boleh membuat keputusan itu.

Tapi ada beberapa cara yang boleh perlahan-lahan hentikan penyusuan susu badan:

Tips dan cara hentikan pengeluaran susu badan 

  • Beransur-ansur perlahankan aktiviti penyusuan susu badan dan mulakan dengan pemberian susu formula atau susu segar. 
  • Apabila sudah mencapai tempoh matang, pengeluaran susu ibu akan menjadi perlahan secara tiba-tiba dan saluran akan tersekat. 
  • Berunding dengan pakar laktasi untuk cara hentikan pengeluaran susu badan yang lebih berkesan mengikut masa yang terbaik. 

Semoga artikel ini dapat memberi perangsang kepada ibu-ibu untuk terus menyusukan anak kerana banyak faedah yang akan diperoleh. 

 

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Penulis asal Kevin Wijaya Oey. Artikel ini mendapat keizinan daripada theAsianparent Singapore untuk diterjemahkan. 

Baca juga

https://my.theasianparent.comcara-hentikan-susu-badan/