Sebagai seorang yang bergelar ibu, tentunya kita ingin menyusu bayi selama yang boleh. Paling tidak sehingga usia anak dua tahun. Tapi apa cara hentikan susu badan jika ibu mahu berhenti menyusu bayi?
Secara umumnya, penyusuan susu ibu adalah salah satu tindakan yang paling penting akan dibuat ibu untuk bayi baru lahir.
Bahkan, Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) turut menyokong penyusuan eksklusif susu ibu hingga usia anak enam bulan.
Namun begitu, kajian selidik dijalankan oleh Persatuan Pediatrik Amerika (AAP) mendapati mana dua pertiga wanita yang berhasrat menyusukan bayi tidak dapat berbuat demikian bagi tempoh yang ditetapkan.
Jelas sekali di sini, terdapat halangan tertentu yang menyebabkan ibu terpaksa hentikan pemberian susu badan pada bayi.
Ini adalah panduan untuk cara hentikan susu badan pada bayi. Namun jangan salah faham. Kami bukan tidak menyokong penyusuan susu ibu tetapi apabila ada risiko tertentu, adalah lebih baik dihentikan.
Cara hentikan susu badan: Berapa umur anak untuk hentikan susu ibu?
Benar, penyusuan susu ibu adalah nutrisi yang disyorkan untuk semua bayi. Organisasi seperti WHO dan AAP turut mempromosikan penyusuan secara eksklusif selama enam bulan pertama selepas kelahiran si kecil.
Penyusuan eksklusif ini bermakna, bayi hanya diberi susu ibu tanpa sebarang cecair lain. Walau air sekalipun.
Selain itu, WHO turut mengesyorkan penyusuan bayi selama 24 bulan dan seterusnya. Tempoh antara enam hingga ke 24 bulan adalah masa yang paling sesuai sebelum bayi beralih pada makanan pejal.
Selain daripada itu, ia juga bertindak dalam menyediakan imuniti yang diperlukan bayi. Malah, aspek sosial seperti ikatan bonding antara ibu dan bayi juga sama penting.
Hormon proloktin yang mengekalkan penyusuan susu ibu juga dapat mengurangkan kebimbangan.
Semua orang bersetuju bahawa penyusuan susu ibu mempunyai faedah yang besar. Walaubagaimanapun, ramai wanita bergelut degan menyusu ini atas sebab-sebab tertentu.
Oleh itu, yang menjadi persoalan apakah cara hentikan susu badan jika ibu mengalami sebarang konflik dan permasalahan kesihatan? Mari kita lihat apakah cara hentikan susu badan ini.
Cara hentikan susu badan: Dapatkan bantuan dulu
Syukurlah, kita hidup pada zaman di mana mudah untuk dapat pemakanan yang sihat buat anak jika mereka tidak menyusu sepenuhnya.
Oleh sebab itu, cuba menyusukan bayi anda sekurang-kurangnya selama enam bulan. Walau bagaimanapun, tiada umur purata sebagai cara hentikan susu badan.
Sekiranya ibu mengalami sebarang masalah adalah lebih baik berjumpa doktor dan pakar laktasi untuk memberi bantuan serta nasihat.
Cara hentikan susu badan: 3 sebab kenapa ibu boleh berhenti menyusu badan
Kadang-kadang, masalah menyusu dapat diselesaikan dengan bantuan yang betul dan tepat pada masanya.
Namun begitu, ada beberapa contoh penyusuan dihentikan adalah lebih baik buat kedua-dua pihak sama ada ibu atau bayi.
Berikut adalah contoh situasi sebagai cara hentikan susu badan ini.
#1. Kemurungan yang teruk hingga boleh datangkan kecederaan pada diri dan bayi
Satu daripada lima wanita mengalami kemurungan selepas tahun pertama kelahiran. Ini adalah statistik yang cukup serius.
Tanya pada diri anda, adakah anda kini sedang bertarung dengan masalah pemikiran dan mood negatif? Disebabkan itu, penyusuan akan menjadikannya lebih sukar.
Tidakkah nanti anda membahayakan bayi jika terus menyusunya? Terutama bila anda ambil ubat kemurungan.
Jika anda menjawab Ya pada semua soalan ini, jangan rasa bersalah untuk hentikan pemberian susu ibu. Pada masa yang sama, dapatkan nasihat doktor tanpa berlengah lagi.
#2. Melahirkan bayi kembar
Adakah anda melahirkan bayi kembar? Tahniah diucapkan. Walau bagaimanapun, berurusan dengan ramai bayi pada yang sama pastinya bukan tugas yang mudah.
Tetapi, memang ada ramai wanita yang berjaya menyusukan bayi secara serentak tanpa kenal erti penat. Namun, ya benar, ia sedikit sukar apabila ingin menyusukan mereka secara eksklusif.
Jika terlalu sukar untuk uruskannya, tidak mengapa untuk beralih pada pemberian susu formula. Bahkan, ia memberi anda kekuatan untuk menjaga bayi anda dengan lebih baik.
#3. Ibu bekerja yang sibuk sepanjang masa
Selepas habis cuti berpantang, sudah tentu anda akan terus mengepam dan memberikan susu ibu pada bayi supaya anak mendapat manfaatnya.
Namun, sesetengah ibu bekerja mungkin tidak dapat mencari masa untuk pam secara teratur dan tidak dapat membekalkan susu ibu.
Hal ini kerana, ibu perlu bila bekerja di luar kawasan atau selalu bergerak ke sesuatu tempat. Jadi kekangan untuk mengepam susu akan terjadi.
Jika anda stres dan tertekan, adalah lebih baik untuk beralih ke pemberian susu formula atau mencari alternatif lain.
Seperti yang anda lihat, tiada usia yang disebutkan sebagai cara hentikan susu badan. Sekaligus ia dapat mengurangkan tekanan anda.
Sebab-sebab lain untuk hentikan penyusuan susu badan
Berikut merupakan beberapa sebab lain:
- Mastitis : Keradangan payudara yang menyebabkan kesakitan teruk semasa penyusuan disebabkan saluran disekat.
- Jaundis: Bayi yang diberi susu ibu mungkin mengalami jaundis pada hari awal kelahiran berbanding bayi yang diberi susu formula. Tapi jika pakar pediatrik memberikan nasihat untuk hentikan pemberian susu badan, adalah bagus untuk diikut. Melainkan jaundis sudah berkurang jadi tak perlu untuk hentikan pemberian susu ibu.
- Bayi kerap tak sihat: Adalah sukar untuk anggarkan berapa banyak bayi minum semasa menyusu. Tapi anda boleh melihatnya dengan beberapa kali lampin basah. Bayi menyusu dengan baik akan sering buang air kecil.
Justeru, fikirkan sebaik-baiknya sebelum hentikan susu ibu. Jika terdapat kekangan atau masalah kesihatan adalah lebih baik dihentikan.
Namun, jika anda masih bersemangat untuk teruskan, setkan minda agar menyusukan anak hingga umur yang sepatutnya. Semoga bermanfaat.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Sumber: Penulis asal Anay Bhalerao. Artikel ini mendapat keizinan dari theAsianparent Singapore untuk diterjemahkan.
Baca juga: