Stretch Marks Itu Normal, Tapi Kalau Ibu Ingin Tambah Keyakinan Dengan Menghilangkannya, Ini 8 Krim Terbaik Bantu Atasi Masalah Tanda Regangan
Mendapat stretch mark ketika hamil adalah normal, jadi usah terlalu risau. Pada masa yang sama, anda harus tahu bahawa stretch mark akan kekal namun ada cara untuk kurangkannya. Jalan terbaik adalah dengan mendapatkan krim stretch mark terbaik di pasaran untuk disapukan pada bahagian tubuh semasa sedang hamil.
Apakah cara hilangkan stretch marks yang terbaik? Stretch marks sememangnya satu perkara normal, namun ia boleh jadi agak menjengkelkan.
Apabila hamil, banyak perubahan yang akan dialami dari segi emosi dan fizikal oleh si ibu. Penambahan berat badan secara mendadak menyebabkan stretch mark yang muncul di beberapa bahagian tubuh seperti perut, lengan, pinggul dan paha. Ini adalah perkara normal namun hakikatnya ia boleh menyebabkan seseorang wanita kurang keyakinan diri.
Lazimnya wanita akan mengalami kegusaran akan cara hilangkan stretch mark atau kesan regangan tersebut hanya selepas melahirkan anak.
Isi Kandungan
Pemilihan Produk Yang Baik Seiring Dengan Cara Hilangkan Stretch Marks Berkesan
Jangan risau ya ibu kerana kesan stretch mark sedia ada ini sebenarnya boleh dipudarkan dengan mudah, namun akan mengambil masa, bergantung pada cara hilangkan stretch marks. Jalan terbaik untuk mengatasinya adalah dengan mendapatkan krim stretch mark terbaik di pasaran untuk disapukan pada bahagian tubuh semasa sedang hamil.
Ada beberapa perkara yang perlu diambil kira sebelum mendapatkan krim stretch mark, antaranya:
1. Kandungan bahan
Wanita hamil perlu berhati-hati dalam pengambilan sebarang jenis ubat bagi mengelakkan risiko pada bayi dalam kandungan. Kandungan krim sebaik-baiknya dari bahan semulajadi atau bahan kimia yang disarankan oleh pihak bertauliah sahaja dan bebas dari paraben.
2. Selesa untuk kulit
Krim yang bagus sudah tentu yang memberikan kelembapan pada kulit si ibu, dan tidak mengeringkan kulit. Pastikan krim stretch mark tersebut tidak memberi rengsa pada kulit yang sensitif.
8 Produk Terbaik Di Malaysia Sebagai Cara Hilangkan Stretch Marks
Cara hilangkan stretch marks adalah dengan menggunakan produk terbaik ini. Di sini kami senaraikan beberapa produk stretch mark yang menjadi pilihan ramai wanita di Malaysia.
Mama’s Choice Stretch Mark Treatment Series
Terbaik Hilangkan Parut Lama
Pilihan pertama kami adalah Mama’s Choice Stretch Mark Treatment Series! Didatangi dengan Stretch Mark Serum sebagai langkah pertama dan Stretch Mark Cream sebagai langkah kedua untuk hasil yang 2x lebih berkesan dalam menghilangkan stretch mark. Amalkan rutin ini secara konsisten dan 72% stretch mark anda akan pudar hanya dalam 30 hari!
Serum ini berfungsi untuk mencegah pembentukkan stretch mark lama (putih) sekaligus memudarkan bintik hitam dan tona kulit tidak sekata. Stretch mark cream ini pula mampu mengurangkan stretch mark baru (merah) melembapkan dan melegakan ketagatalan kulit saat hamil.
Kedua-dua serum dan cream ini dihasilkan menggunakan inovasi terkini dalam mengatasi stretch mark iaitu dengan 92% bahan aktif semulajadi Alpha Bisabolol bagi menghalang pembentukan stretch mark yang lebih mendalam dan Lipobelle Soyaglycone bagi menggalakkan penghasilan kolagen dan menganjalkan kulit.
Secara keseluruhannya, ini adalah pilihan yang sangat baik untuk mereka yang inginkan produk yang berkesan dan mampu milik daripada jenama terkenal dan dipercayai.
Apa yang kami suka:
- Terbukti secara klinikal berkesan memudarkan 72% stretch mark dalam masa 30 hari
- Menggunakan inovasi paling terkini dalam mengatasi stretch mark: Lipobelle Soyaglycone & Alpha Bisabolol
- Selamat untuk ibu hamil dan menyusu
- Dijamin diuji secara klinikal & dermatologi, hipoalergenik, halal, bebas toksin, alkohol & paraben.
- Versatil: Mampu memudarkan bintik hitam dan sekatakan tona kulit sambil mengatasi stretch mark
Burt’s Bees Mama Belly Butter
Terbaik Menenangkan Kulit Sepanjang Kehamilan
Stretch mark cream ini menjadi pilihan kerana dirumus khas bagi menenangkan kulit sepanjang kehamilan selama 9 bulan, Belly Butter dengan tekstur krim ini akan menjaga ibu yang semakin membesar dengan kelembutan, rapi dan selesa sebelum dan selepas ketibaan si manja.
Penggunaan belly butter ini semasa hamil merupakan satu cara hilang stretch mark yang bagus kerana dapat mencegahnya dari awal!
Apa yang kami suka:
- Tidak melekit, mudah meresap ke dalam kulit.
- Tanpa pewangi, jadi selamat untuk ibu yang ada alahan
Mederma Stretch Mark Therapy
Terbaik Yang Mengunci Lembapan Pada Kulit
Mederma Stretch Marks Therapy mengunci kelembapan untuk membantu mencegah kesan regangan. Stretch mark cream ini boleh digunakan semasa kehamilan bermula pada trimester kedua sehingga melahirkan malah ketika menyusu badan.
Apa yang kami suka:
- Krim ini mudah meresap ke dalam kulit .
- Meningkatkan kelembapan kulit.
- Meninggalkan kulit yang sangat lembut
- Teksturnya yang ringan, ibu pasti selesa menggunakannya
Clarins Body Partner Stretch Mark Expert Cream
Terbaik Berkesan Membaiki Kulit Pada 4 Tahap
Bagi mencapai target untuk menghilangkan stretch mark dengan berkesan, anda memerlukan satu penyelesaian pada kulit yang bertindak pada empat tahap iaitu mengurangkan lebar, panjang, kedalaman dan warna pada stretch mark yang terjadi di mana produk daripada Clarins dapat memberikan penyelesaian seperti ini.
Body Partner dirumus dengan bahan berasaskan tumbuhan yang minimum, termasuklah PhytoStretchComplex baharu Clarins iaitu campuran ekstrak Centella Asiatica dan Pisang Hijau Organik untuk menggalakkan keanjalan kulit yang boleh dilihat dan menjadikan kulit licin dan selesa.
Sapuan krim ini juga dapat menggalakkan keanjalan kulit yang seterusnya membantu mengurangkan penampilan stretch mark serta melegakan dan menghilangkan rasa sesak pada kulit yang meregang.
Dirumus dengan bilangan bahan yang minimun, Clarins Stretch Mark Cream, mengandungi bahan aktif yang dipilih daripada senarai pendek berdasarkan keberkesanan, toleransi yang sempurna dan keselamatannya. Semua bahan yang dipilih telah menjadi subjek kajian toksikologi oleh pakar bebas dan telah diuji selamat untuk digunakan ibu hamil.
Apa yang kami suka:
- Kaedah penggunaan mudah yang direka oleh Clarins membantu kulit untuk menahan regangan semula jadi dengan lebih baik. Ia melibatkan penggunaan urutan pekeliling yang lembut dan menumpukan pada kawasan yang tertakluk kepada regangan (perut, payudara, peha, pinggul).
- Selepas menggunakan Clarins Stretch Mark Cream, stretch marks mulai berkurang pada tahap; lebar -4.8%, panjang – 5.6%, kedalaman – 14.3% dan warna -36.2%
- Selepas 56 hari menggunakan krim stretch mark ini, stretch mark pada permukaan kulit sudah tidak kelihatan dan lebih licin
- Tidak melekit, mudah menyerap dan sangat lembut pada kulit
- Produk ini menerima rekomendasi daripada seluruh dunia
Buds Baby Beautiful Blooming Stretch Mark Cream
Terbaik Organik
Jika ibu mencari krim stretch mark jenis organik, Buds Baby Beautiful Blooming boleh dimasukkan dalam senarai pilihan ibu kerana produk ini diperakui organik oleh Ecocert, tanpa bahan pengawet dan merupakan rangkaian premium dengan kandungan organik yang lebih tinggi.
Dengan molekul-molekul aktif yang dihasilkan daripada bahan-bahan esktrak tumbuhan semula jadi, masalah kulit kembali dirawat dan semakin elastik untuk keselesaan semasa regangan stretch marks berlaku.
Baunya juga sangat wangi tetapi jangan bimbang kerana harumannya datang daripada kandungan minyak pati tumbuhan!
Cara gunanya mudah sahaja. Sapukan krim dua kali sehari pada perut yang semakin membesar. Beri perhatian khusus kepada kulit bahagian bawah perut yang mungkin menjadi sangat gatal menjelang akhir kehamilan anda.
Kawasan lain yang mungkin mendapat manfaat daripada krim hebat ini termasuklah payudara dan bahagian bawah peha ibu.
Apa yang kami suka:
- Sangat efektif merawat kesan stretch mark dan gatal-gatal pada bahagian perut dan peha
- Tekstur krimnya yang sangat cepat mnyerap pada permukaan kulit, tidak meninggalkan kesan melekit
- Baunya juga tidak terlampau kuat dan wangi daripada minyak pati, jadi selamat untuk ibu!
- Bila sapu pada waktu malam, dapat menjadikan tidur lena tanpa gangguan kerana baunya yang nyaman
- Kulit juga lebih lembap dan lembut
Pop Stretch Mark Oil
Terbaik Jenama Lokal
Produk khusus bagi ibu-ibu yang risau dengan kemunculan parut stretch marks semasa dan selepas bersalin, ia dapat menyuburkan kembali kulit anda dengan 100% ekstrak minyak tumbuhan asli.
Minyak yang cepat kering ini menghidratkan dan mengurangkan kesan regangan dan parut dengan memfokuskan pada keanjalan kulit. Selain itu, ia dapat meningkatkan keupayaan untuk meregangkan dan mengembalikan kulit kepada bentuk asalnya untuk mengelakkan tanda regangan berlaku lagi.Dirumus khas untuk ibu mengandung dengan minyak yang kaya dan berfaedah untuk memberikan manfaat seperti menyuburkan kulit dan penghidratan yang mendalam, meningkatkan keanjalan kulit, membantu mencegah stretch mark dan meminimumkan penampilan stretch mark atau parut semasa.
Sapuan minyak ini juga melegakan dan mengurangkan rasa tegang dan kegatalan kulit serta melembapkan kulit kering selain meningkatkan tahap kolagen dengan merangsang pembaharuan kulit.
Apa yang kami suka:
- Tanpa pewangi untuk ibu mengandung yang sensitif terhadap bau semasa mengandung
- Sesuai untuk ibu berkulit sensitif
- Walaupun teksturnya minyak namun ia tidak melekit, mudah meresap dan cepat kering
- Boleh digunakan pada awal kehamilan untuk mengelakkan sebarang tanda-tanda regangan awal
- Ibu boleh menyapunya dalam pusingan membulat di bahagian yang berlaku regangan termasuk di bahagian perut, dada, peha, dan punggung untuk dua kali sehari.
Palmer’s Cocoa Butter Stretch Mark Cream
Terbaik Untuk Menganjalkan Kulit
Palmers Stretch Mark membantu memperbaiki dan meningkatkan keanjalan kulit serta mengurangkan kemunculan tanda regangan daripada kesan stretch marks.
Pure Cocoa Butter dan Shea Butter yang diperkaya vitamin E dan kolagen akan mengekalkan kelembapan supaya sentiasa lembut selama 48 jam berterusan.
Dengan ini, proses regangan kulit yang berlaku akan lebih mudah dan tidak menyebabkan rasa gatal seperti kebiasaannya yang terjadi apabila stretch marks mula muncul.
Ibu hamil tidak perlu menunggu selepas kelahiran untuk sapuan krim Palmers Stretch Mark ini, gunakannya semasa sedang hamil ketika tanda-tanda stretch marks mula kelihatan. Ianya sesuai untuk kegunaan seluruh badan.
Palmers Stretch Mark ini sangat disyorkan untuk stretch mark semasa dan selepas kehamilan atau perubahan berat badan yang mendadak dan boleh digunakan di seluruh tubuh badan.
Yang menariknya, krim ini bukan sahaja mengurangkan stretch mark, namun membetulkan tona dan tekstur kulit.
Apa yang kami suka:
- Losyen ini tidak berminyak
- Sesuai untuk kegunaan seluruh badan, sebagai ganti pelembap biasa anda gunakan
- Sesuai untuk ibu yang berkulit sensitif
- Mampu meningkatkan keanjalan kulit, kulit akan kelihatan lebih awet muda
- Menyerap cepat, ibu lebih selesa untuk menggunakannya
- Mendapat rekomendasi yang bagus daripada ibu-ibu yang pernah menggunakannya
- Paling murah antara jenama-jenama lain
Pureen Stretch Mark Lotion
Terbaik Melembap, Menguat Dan Perlindungan Antioksidan Untuk Kulit
Pureen merupakan salah satu jenama barangan keperluan ibu dan anak yang dipercayai di Malaysia. Pureen Stretch Mark Lotion merupakan krim stretch mark yang dihasilkan dengan TRIPLE ACTION FORMULA membantu mencegah dan mengurangkan tanda regangan.
Apa yang kami suka:
- Mengandungi minyak untuk melembapkan kulit.
- Dapat melegakan kegatalan akibat kekeringan kulit.
- Antara jenama yang murah
- Mudah didapati di pasar raya
Perbandingan Harga Krim Stretch Mark Terbaik
Produk | Harga (RM) | Isi Kandungan (ml/g) | Harga (ml/rm) |
Mama’s Choice Stretch Mark Treatment Series | RM69.03 | 100 | RM0.69 |
Burt Bees Mama Belly Butter | RM72.90 | 185 | RM0.39 |
Mederma Stretch Mark Therapy | RM39.90 | 50 | RM0.80 |
Clarins Body Partner Stretch Mark Expert Cream | RM220.00 | 175 | RM1.26 |
Buds Baby Beautiful Blooming Stretch Mark Cream | RM108.80 | 150 | RM0.73 |
Pop Stretch Mark Oil | RM89.00 | 115 | RM0.77 |
Palmer’s Cocoa Butter Massage Lotion for Stretch Marks | RM48.75 | 125 | RM0.39 |
Pureen Stretch Mark Lotion | RM31.50 | 150 | RM0.21 |
Nota Editor: Setiap item dan harganya adalah terkini pada masa artikel ini dikeluarkan. Walau bagaimanapun, mana-mana item boleh jadi ketiadaan stok atau harganya berbeza pada masa akan datang.
Apa Yang Perlu Anda Pastikan Ada Di Dałam Produk Stretch Mark
Buat keputusan sama ada anda mahukan krim yang mempunyai aroma atau bebas pewangi untuk memulakan cara hilangkan stretch mark. Perhatikan setiap bahan kandungan di dalamnya untuk sebarang bahan yang berpotensi untuk menyebabkan keradangan, terutama sekali jika ibu mempunyai masalah alergi dan kulit sensitif.
Dan ketika hamil serta menyusukan anak, elak produk yang mengandungi retinoid. Pilih satu produk yang mengandungi bahan-bahan seperti berikut:
- Nut butter (seperti koko, shea, atau jojoba)
- Vitamin A dan E
- Asid hyaluronik
- Minyak kelapa, argan atau rosehip
- Daun lidah buaya
- Peptida
Perbezaan Stretch Mark Dan Selulit
Bila tengok keadaan kulit, ramai yang jadi keliru, ini masalah selulit atau tanda regangan? Macam mana nak bezakan antara kedua-duanya?Dengan tahu perbezaannya, lebih senang untuk ibu tahu cara hilangkan stretch marks yang sepatutnya.
Dikatakan lebih 90% wanita mempunyai selulit dan terdapat 80% wanita dengan tanda regangan dan kedua-duanya adalah keadaan kulit yang berbeza.
Berikut adalah perbezaan di antara selulit dan stretch mark;
Selulit | Stretch Mark |
|
|
|
|
|
|
|
|
Apa pun, mari letakkan di dalam minda kita bahawasanya; stretch mark adalah sangat biasa dan satu perkara yang semula jadi sepenuhnya serta ada cara hilangkan stretch marks yang berkesan.
Walaubagaimanapun, adalah sangat difahami jika anda mempunyai satu keinginan besar untuk mencegahnya. Setiap orang punya kemahuan masing-masing dan hak sendiri untuk tubuh mereka.
Sebab Perlu Gunakan Produk Hilangkan Stretch Mark Sebagai Pencegahan
Sewaktu hamil, stretch mark boleh terhasil pada bahagian payudara, perut, pinggang, punggung, dan peha. Hakikatnya, sementara tidak terdapat bertan-tan kajian pada kadar keberkesanan akan rawatan topikal, ia mudah untuk mencegah stretch mark berbanding meminimakannya sekali ia terbentuk sepenuhnya.
Ibu boleh mula memakai krim stretch mark sebagai langkah pencegahan – untuk hasil yang terbaik, mulakannya sebaik sahaja anda mendapati yang anda hamil dan teruskan memakainya selepas melahirkan.
Menggunakan krim stretch mark tidaklah dapat mencegah atau menghapus stretch mark sepenuhnya, tetapi ia boleh membantu untuk menjadikannya kurang kelihatan dan kurang jelas dengan membaik pulih kadar elastik kulit serta melicinkan kulit anda.
Tambah lagi, menggunakan krim stretch mark boleh jadi satu cara yang fantastik untuk anda kekal ambil tahu akan tubuh anda dan berikan diri anda sedikit TLC sepanjang kehamilan.
Cuba masukkan aplikasi krim stretch mark ke dalam rutin penjagaan diri yang memanjakan, yang mana boleh termasuk mengurut diri, pengelupasan, atau mandi buih.
Cara Hilangkan Stretch Marks Berikutan Kehamilan
Sememangnya stretch mark adalah satu tanda pada kulit yang agak sukar untuk dibendung tapi usah putus asa kerana setiap masalah pasti ada penyelesaiannya.
Di sini kami kongsikan beberapa cara menghilangkan stretch mark yang terjadi berikutan kehamilan.
1. Urut dengan minyak
Mengurut kulit pada bahagian pinggang, perut dan punggung adalah salah satu cara menghilangkan stretch mark selepas hamil. Urutan lembut dapat meningkatkan peredaran darah dan memecahkan tisu parut yang menyebabkan stretch mark.
Cuba gunakan minyak mengurut khas untuk menghilangkan stretch mark, untuk mengurangkan geseran ketikan urutan dan memberikan kulit anda vitamin dan mineral yang ia perlukan untuk merawat sendirinya.
Letakkan sedikit minyak ke atas telapak tangan dan kemudian dengan lembut urut perut anda. Fokus pada satu kawasan untuk dua minit, tambah minyak bila perlu. Selepas dua minit, bergerak ke bahagian lain dengan stretch mark dan ulang proses tersebut.
Untuk ekstra rawatan, anda boleh cuba berendam di dalam air suam panas selama 10 minit atau mandi dengan air suam sebelum anda mengurut untuk melembutkan kulit anda serta membuka pori kulit.
2. Guna krim stretch mark
Krim stretch mark adalah krim khas dalam merawat masalah ini seperti mana yang kami senaraikan di atas, ia adalah satu cara paling mudah untuk merawat stretch mark selepas hamil.
Formulanya yang unik – termasuklah bahan semula jadi seperti avokado peptida, minyak benih bunga matahari, dan beeswax – membantu merawat stretch mark di dalam lapisan paling dalam kulit sementara memastikan lapisan teratas kulit kekal lembut dan gebu.
Sekali pemakaian pada waktu pagi dan sekali pemakaian pada waktu malam memberikan rawatan berterusan untuk stretch mark disebabkan kehamilan.
3. Kekal hidrat
Dengar agak cliché, tetapi ia adalah satu cara paling mudah! Air yang anda minum memberikan kulit anda dengan hidrasi yang penting untuk kulit agar kekal sihat.
Pabila sel kulit mempunyai kandungan air yang cukup, ia dapat berfungsi dengan betul dan merawat dengan sendirinya dengan lebih berkesan. Ini bermakna yang kulit anda akan jadi lebih baik untuk pulih daripada kesan stretch mark ini.
Dicadangkan untuk minum sekurang-kurangnya 8 gelas air setiap hari untuk mengekalkan sel kulit anda kekal sihat dan hidrat sempurna.
4. Pastikan kulit sentiasa cukup lembap
Lembapan adalah salah satu komponen penting akan rutin penjagaan kulit yang sihat. Ia memastikan kulit kekal licin dan berseri, membantu mengekalkan perlindungan untuk lapisan luar kulit dan memelihara kadar elastik kulit.
Sebagai bonus tambahan, ia membantu merawat stretch mark juga.
Pakar kesihatan mencadang untuk memilih produk penjagaan kulit dengan selamat pabila anda menyusukan anak. Sesetengah pelembap mengandungi kandungan yang boleh mencari jalan masuk ke dalam susu badan. Kesan akan kandungan ini ke atas bayi baru latir adalah tidak diketahui, jadi adalah lebih baik untuk elak penggunaan produk penjagaan kulit dengan kandungan merbahaya.
Khususnya, elak retinoid dan produk dengan retinol, retinol-A, atau varian lain akan kompaun ini. Paraben juga adalah tidak selamat. Sentiasa cuba untuk pilih produk penjagaan kulit yang diperbuat daripada bahan semula jadi.
Gunakan krim melembut yang hipoalergenik, pada waktu pagi dan malam adalah salah satu cara yang mudah dan efektif untuk memastikan kulit anda lembap sempurna.
Krim yang menggunakan bahan-bahan yang kuat seperti ceramide untuk mengubat kulit stretch mark, mengurangkan kegatalan, dan meningkatkan kadar elastik.
5. Bersenam untuk memperbaiki ton kulit dan otot
Senaman boleh jadi menyeronokkan dan kaedah yang efektif untuk merawat stretch mark selepas hamil. Malah senaman ringan, seperti berjalan dan yoga, boleh menguatkan otot pada bahagian pinggang, peha dan perut (kawasan di mana stretch mark selalu muncul).
Malah ia juga menguat otot membantu mengetat kulit yang longgar dan stretch mark serta mempromosi rawatan lebih cepat.
Apa sahaja senaman mampu merawat stretch mark, jadi pilih satu yang anda suka. Terdapat banyak pilihan seperti berenang, berjalan, berlari, angkat berat, yoga dan pilates.
Bergantung kepada tahap fitness anda dan senaman yang anda pilih, kami cadang untuk anda mula dengan sehari seminggu dan secara perlarán meningkat kepada dua, tiga, empati atau malah lima kali seminggu.
6. Pengelupasan kulit sekali seminggu
Satu lagi cara hilangkan stretch marks adalah pengelupasan kulit. Kulit anda melakukan satu tugas yang baik dalam merawat dan meremajakan kulit dengan sendirinya. Antara cara hilang stretch mark anda perlu tahu ialah, dengan membuat pengelupasan kulit stretch mark sekali seminggu.
Pengelupasan membantu menghilangkan lapisan atas kulit mati dan mempromosikan tumbesaran dan merawat di dalam lapisan paling dalam kulit di mana stretch mark terbentuk.
Kami cadang gunakan produk semula jadi seperti baking soda atau witch hazel. Kedua-dua produk ini adalah lembut untuk kulit anda, jadi ia tidak akan menyebabkan kekeringan, kegatalan, atau keradangan.
Waktu terbaik untuk pengelupasan adalah pada waktu pagi selepas kulit anda mempunyai masa untuk menyempurnkana proses reparatifnya secara semula jadi.
Pilih satu hari seminggu untuk membantu merawat stretch mark disebabkan kehamilan dengan membuat pengelupasan kulit pada perut, pinggang, peha, dan punggung.
Semoga bermanfaat.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Khasiat Buah Anggur Untuk Ibu Hamil & Bayi, Ia Tinggi Antioksida Serta Vitamin A!
Baca juga: Krim Stretch Marks Yang Mana Selamat & Sesuai Untuk Ibu Mengandung?
Baca juga: Manfaat Minyak Zaitun Untuk Diamalkan Ketika Hamil