Cara Hilangkan Batuk Budak Yang Berkesan, Ibu Kena Cuba Salah Satu 8 Petua Tradisional Ini!

undefined

Petua hilangkan batuk budak secara semula jadi boleh dilakukan di rumah terutamanya bagi si manja berusia satu tahun ke bawah

Dengan cuaca yang tidak menentu dan anak pula dalam fasa meneroka dunia, mereka amat terdedah dengan risiko kuman penyakit. Sebagai ibu ketahui ada beberapa petua hilangkan batuk budak yang boleh anda cuba di rumah.

Tidak dinafikan bahawa bayi dan kanak-kanak pada masa kini cenderung untuk mudah demam, selesema atau batuk. Jika ia terjadi, kaum ibulah yang sering rasa penat kerana biasanya si kecil akan kerap meragam.

Wanita kongsi petua hilangkan batuk budak 

petua hilangkan batuk bayi

Baru-baru ini seorang ibu dari Singapura bernama Dorcas telah berkongsi petua hilangkan batuk budak yang dicubanya di rumah.

Dorcas berkata:

“Saya pasti ramai ibu-ibu rasa bimbang apabila bayi mereka batuk atau selesema untuk masa yang lama. Anak saya sendiri telah mengalami selesema dan batuk berkahak selama lebih dari seminggu.

“Walaupun sudah seminggu saya memberi anak ubat batuk budak Zyrtec, ubat titis hidung Illadin dan menggunakan Sterimar setiap hari, keadaaan anak batuk berkahak tidak bertambah baik.

Saya mula rasa bimbang kerana jika bayi saya terus begini, risiko untuk mendapat bronkitis akan semakin tinggi. Minyak EO pun saya dah cuba, tetapi tidak berkesan juga untuk anak batuk berkahak.”

Nasib baik rakan sekerjanya telah berkongsi petua AGO.

Apa itu AGO? A untuk Apple, G untuk Garlic dan O untuk Onion. Caranya senang saja!  Epal itu cuma perlu dikukus bersama dengan bawang putih dan bawang merah.

“Hanya 1 hari selepas memberi anak batuk berkahak minum cecair yang keluar dari buah epal dan kedua-dua bawang itu, dia telah pulih sebanyak 80%. 2 hari kemudian dia hampir pulih sepenuhnya!”

petua hilangkan batuk dan selsema, petua hilangkan batuk bayi 4 bulan, petua hilangkan batuk dan gatal tekak bayi, petua hilangkan batuk berkahak, petua hilangkan batuk dengan bawang putih, ubat batuk untuk bayi 3 bulan, cara sedut kahak bayi guna mulut, petua hilangkan batuk bayi 11 bulan, cara hilangkan batuk bayi

Petua hilangkan batuk budak tanpa ubat

Bahan-bahan:

  • 1 epal merah
  • 1 bawang merah saiz besar
  • 4-5 ulas bawang putih

Langkah-langkah:

  1. Kukuskan semua bahan-bahan bersama selama 20 minit.
  2. Ibu-ibu akan nampak air bertakung dalam mangkuk bersama bahan-bahan yang dikukus tadi. Tuang air tersebut dan beri anak minum air itu sahaja. Jangan lenyek atau purikan bahan-bahan.
  3. Lakukan  petua hilangkan batuk budak ini satu kali sehari.

Menurut Dorcas, rasa air hasil dari petua AGO ini agak manis, jadi senang disuap kepada baby batuk.

“Ramai juga ibu-ibu yang telah mencuba petua hilangkan batuk bayi ini. Ada yang katakan ia benar-benar berkesan untuk anak batuk berkahak. Ada pula yang mengatakan ia tidak berkesan: mungkin baby batuk berkahak hanya minum sedikit sahaja kemudian berhenti.”

Anak batuk malam

Keadaan anak batuk malam boleh menjadi lebih teruk berbanding siang kerana lendir dari hidung dan sinus boleh mengalir ke kerongkong dan mencetuskan anak batuk semasa tidur.

Apabila baby batuk berbaring di atas katil, ia sekaligus membuatkan mereka rasa tidak selesa sehingga sukar melelapkan mata.

Selain itu, asma juga boleh menjadi penyebab anak batuk malam. Hal ini kerana saluran pernafasan baby batuk berkahak cenderung menjadi lebih sensitif pada waktu malam.

cara hilangkan batuk bayi

Perlu diingatkan bahawa cara hilangkan batuk bayi bawah 1 tahun tidak sama dengan orang dewasa. Biasanya kalau anda bawa mereka ke klinik, doktor hanya akan memberikan paracetamol. Jika perlu, barulah dipertimbangkan ubat antibiotik.

Cara hilangkan batuk bayi bawah 1 tahun biasanya memerlukan masa beberapa hari untuk sembuh memandangkan sistem ketahanan tubuh mereka yang masih lemah. Ibu perlulah mencuba beberapa alternatif tradisional bagi mengurangkan gejala baby batuk ini.

Petua hilangkan batuk bayi waktu malam dan siang

#1. Perbanyakkan cecair/ susuan ibu

Ada beberapa cara hilangkan batuk kering atau berkahak pada anak kecil. Perkara paling utama ibu perlu lakukan adalah memastikan tubuh mereka memperoleh air yang mencukupi.

Kaedah hilangkan batuk bayi ini dilakukan supaya lendir di saluran udara cepat dicairkan sehingga lebih mudah dikeluarkan.

Untuk bayi di bawah umur 6 bulan, disarankan agar ibu untuk memberikan cecair dalam bentuk susu ibu atau susu formula sebagai cara hilangkan batuk bayi.

Manakala bagi bayi berusia lebih dari 6 bulan yang telah memakan makanan pelengkap (makanan pelengkap), anda boleh memberi mereka air atau jus buah.

#2. Rehatkan anak

Cara hilangkan batuk kanak kanak yang paling mudah adalah hadkan pergerakan dan pastikan si manja mendapat rehat mencukupi.

Jika si manja tidak sihat, ia menjadi tanggungjawab ibu ayah untuk tidak membawanya keluar ke tempat awam seperti pusat membeli belah, pasar malam ataupun majlis kenduri kerana si manja akan berasa letih dan melambatkan proses penyembuhan.

Bukan sahaja mudarat untuk anak kita, tindakan sebegini juga menyebabkan virus tersebar kepada kanak-kanak lain. 

Juga pastikan suhu badan anak adalah tidak demam dengan menggunakan alat bacaan suhu.

#3. Pastikan aliran udara yang baik di dalam rumah

Cara hilangkan batuk kanak kanak yang seterusnya adalah pastikan ada pengaliran udara yang baik dalam rumah.

Elakkan anak terperap dalam bilik dan rumah sahaja. Jika mereka menangis mahukan penghawa dingin, ibu ayah perlulah mengabaikannya buat sementara waktu.

Setiap pagi, biarkan pintu serta tingkap dibuka supaya udara dapat mengalir dengan baik dan membolehkan si manja menikmati udara segar.

#4. Minyak masak

Biarpun minyak masak selalu digunakan di dapur, ia juga menjadi cara hilangkan batuk kanak kanak dan selsema.

Petua hilangkan batuk kanak kanak ini memerlukan anda menyapu sedikit minyak masak yang belum digunakan di batang hidung dan dada bayi bagi melegakan batuk dan hidung tersumbat.

#5. Minyak bawang putih

Minyak bawang putih antara salah satu petua hilangkan batuk bayi yang paling populor dalam kalangan ibu.

Untuk menyediakannya, anda hanya perlu bakar bawang putih dan tumbuk sehingga hancur. Kemudian, tambah sedikit minyak telon atau minyak masak yang belum digunakan.

Sapu minyak bawang putih pada bahagian dada anak untuk melegakan pernafasan. Ramai ibu mengakui petua hilangkan batuk bayi ini amat berkesan pada si kecil mereka.

#6. Menggunakan madu

Cara hilangkan batuk berkahak budak yang seterusnya adalah menggunakan madu.

Madu lebah sebenarnya mampu melegakan sakit tekak dan batuk lebih cepat berbanding pengambilan ubat batuk budak di farmasi. Berikan si manja makan 1/2 sudu teh madu sebelum waktu tidur.

Nota: Madu hanya sesuai digunakan untuk kanak-kanak umur 1 tahun ke atas. 

Ini adalah kerana madu mungkin mengandungi kuman bakteria yang boleh menghasilkan botulisme. Botulisme boleh meracuni bayi bawah umur 1 tahun kerana usus bayi yang belum cukup matang.

Untuk keselamatan, pakar kanak-kanak telah menyaran supaya hanya memberi madu kepada kanak-kanak yang lebih tua.

#7. Menggunakan pelembap

Menggunakan humidifier atau pelembap udara adalah salah satu cara hilangkan batuk berkahak pada bayi.

Ibu boleh meletakkan pelembap udara di tempat yang berdekatan dengan bayi tetapi tidak menghala pelembap udara kepada bayi.

Menambah kelembapan di udara dapat membantu menjaga saluran pernafasan si kecil kering dan melonggarkan lendir sehingga dapat melegakan batuk dan hidung tersumbat.

#8. Elakkan terdedah kepada pencemaran

Petua hilangkan batuk bayi yang lain adalah elakkan pendedahan terhadap pencemaran seperti asap rokok dan udara tidak bersih.

Ini dapat membantu mencegah peningkatan kerengsaan dan mengelakkan gejala baby batuk menjadi lebih teruk.

Cara merawat batuk bayi dan kanak-kanak sememangnya boleh dilakukan di rumah. Namun jika keadaan mereka tidak bertambah baik selepas beberapa hari, ibu ayah hendaklah segera membawanya ke klinik bagi mendapatkan pemeriksaan doktor.

Selamatkah ubat batuk budak?

ubat batuk budak

Terdapat beberapa kajian yang telah dijalankan pada tahun 1985 untuk mengenal pasti keberkesanan penggunaan ubat batuk budak di bawah umur 2 tahun.

Hasilnya, kaank-kanak tidak memerlukan ubat batuk budak untuk pulih seperti biasa.

Selain itu, pengkaji turut mendapati bahawa pemberian ubat batuk budak sama sahaja seperti memberikan anak makan sebiji gula-gula.

Ubat batuk yang dibeli di farmasi tanpa sebarang preskripsi juga boleh memudaratkan si kecil jika:

  • Ubat batuk budak diambil dengan dos yang berlebihan
  • Ubat batuk kanak kanak diambil terlalu kerap
  • Menggunakan lebih daripada satu ubat batuk dengan bahan yang sama

Kesimpulannya, cara hilangkan batuk kering atau batuk berkahak menggunakan ubat perlulah mendapatkan nasihat daripada doktor terlebih dahulu bagi anak yang berusia dua tahun ke bawah.

Semoga bermanfaat.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Doktor Kongsi Cara Mencegah Demam & Batuk, Ibu Perlu Mandikan Anak 3 Kali Sehari

Baca juga: Petua Hilangkan Batuk Anak, Ibu Ini Kongsi Pengalaman Guna Minyak Bawang Putih!

Baca juga: Bila Anak Batuk Elakkan Beri 5 Jenis Makanan Ini, Boleh Buat Jadi Lebih Berkahak & Batuk Lambat Pulih

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!