7 Cara Hilangkan Bengkak Selepas Bersunat, Berkesan & Selamat Dilakukan Di Rumah

Cara hilangkan bengkak selepas bersunat adalah pastikan jaga kebersihan, keringkan bahagian luka dengan lembut dan pakai pakaian longgar

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bersunat atau berkhatan adalah amalan biasa di Malaysia yang bukan sahaja tuntutan agama, tetapi juga baik untuk kesihatan. Namun, apakah cara hilangkan bengkak selepas bersunat yang berkesan?

Kenapa Kita Perlu Sunat?

Bersunat bukan sekadar amalan berlandaskan tuntutan agama, tetapi ia juga menawarkan pelbagai manfaat kesihatan yang diiktiraf melalui kajian perubatan.

Inilah antara sebab utama mengapa bersunat sering menjadi pilihan: 

1. Mengurangkan Risiko Jangkitan

Bersunat membantu menurunkan risiko jangkitan saluran kencing (UTI) yang sering berlaku pada kanak-kanak lelaki.

Selain itu, ia juga dapat mengurangkan risiko terkena penyakit kelamin seperti HIV dan beberapa jenis jangkitan bakteria lain. 

2. Kebersihan Lebih Terjamin

Dengan ketiadaan kulit kulup, kebersihan alat kelamin lebih mudah dijaga. Ini sangat penting, terutamanya bagi kanak-kanak yang mungkin belum pandai mengamalkan kebersihan diri dengan sempurna.

Penjagaan yang lebih mudah juga mengurangkan risiko pembentukan bakteria atau bau yang tidak menyenangkan. 

3. Mencegah Masalah Kesihatan

Prosedur bersunat turut mencegah masalah seperti phimosis, iaitu keadaan di mana kulit kulup menjadi terlalu ketat sehingga sukar ditarik ke belakang.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Masalah ini bukan sahaja menyakitkan tetapi juga boleh menjejaskan kualiti hidup jika tidak dirawat. 

Berapa Lama Bengkak Sunat Sembuh?

Secara umumnya, bengkak selepas bersunat biasanya beransur pulih dalam tempoh 3 hingga 7 hari. Walau bagaimanapun, proses penyembuhan sepenuhnya mungkin memakan masa sehingga 2 minggu.

Tempoh ini boleh berbeza bagi setiap individu, bergantung kepada: 

  • Umur kanak-kanak.
  • Kaedah bersunat yang digunakan.
  • Penjagaan selepas bersunat.

Tanda Bahaya Selepas Sunat

Walaupun bengkak ringan selepas sunat dianggap normal, ibu bapa perlu berhati-hati dengan beberapa tanda yang mungkin memerlukan perhatian perubatan segera:

  • Jika darah tidak berhenti mengalir walaupun selepas beberapa jam, ini boleh menjadi tanda komplikasi.
  • Kehadiran nanah atau cecair berwarna kekuningan di sekitar kawasan luka mungkin menandakan jangkitan.
  • Suhu badan yang tinggi menunjukkan badan sedang melawan jangkitan yang serius.
  • Jika anak anda terus mengadu sakit yang tidak berkurang walaupun selepas diberi ubat tahan sakit, ini juga satu tanda yang membimbangkan.

Jika anda melihat mana-mana tanda ini, segera dapatkan rawatan perubatan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

7 Cara Hilangkan Bengkak Selepas Bersunat

Untuk membantu anak anda berasa lebih selesa dan mengurangkan bengkak selepas bersunat, berikut adalah beberapa langkah mudah yang boleh diamalkan:

1. Pastikan Jaga Kebersihan

Bersihkan kawasan luka dengan air suam setiap hari. Ini penting untuk memastikan kawasan tersebut bebas daripada kuman yang boleh menyebabkan jangkitan.

2. Keringkan Bahagian Luka Dengan Lembut

Gunakan kain lembut atau tuala bersih untuk mengeringkan kawasan luka selepas mencuci. Elakkan menggosok, sebaliknya tepuk perlahan-lahan untuk mengelakkan iritasi.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

3. Sapukan Krim Anti Bakteria

Ikut nasihat doktor dengan menyapu krim antibakteria yang diberikan. Ini bukan sahaja membantu mencegah jangkitan, tetapi juga mempercepatkan proses penyembuhan luka.

4. Pakai Pakaian Yang Longgar

Pastikan anak memakai pakaian yang longgar, seperti kain pelikat atau seluar longgar untuk mengelakkan geseran yang boleh menyebabkan ketidakselesaan pada kawasan luka.

5. Elakkan Aktiviti Berat Atau Lasak

Kanak-kanak perlu dielakkan daripada berlari, melompat atau melakukan aktiviti lasak selama beberapa hari untuk memberi masa kepada luka untuk sembuh.

6. Perhatikan Tanda-Tanda Jangkitan

Jika luka kelihatan terlalu merah, semakin bengkak atau mengeluarkan cecair/lendir berlebihan, jangan abaikan. Segera dapatkan rawatan perubatan untuk mengelakkan komplikasi.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

7. Datang Semula Untuk Temu Janji Susulan

Pastikan anda membawa anak ke temu janji susulan yang telah dijadualkan. Ini penting untuk memastikan luka sembuh sepenuhnya dan tiada masalah lain yang timbul.

Tips Penjagaan Selepas Berkhatan

Selain daripada mengurangkan bengkak, penjagaan selepas bersunat juga penting untuk memastikan pemulihan berjalan lancar:

  • Sentiasa patuhi arahan yang diberikan oleh doktor, terutama tentang ubat-ubatan.
  • Periksa kawasan bersunat setiap hari untuk memastikan tiada tanda jangkitan.
  • Beberapa farmasi menyediakan seluar khas untuk kanak-kanak yang baru bersunat. Seluar ini membantu melindungi kawasan luka.
  • Berikan sokongan moral kepada anak anda. Jelaskan bahawa proses ini adalah sementara dan dia akan sembuh sepenuhnya.

Penjagaan selepas bersunat memerlukan kesabaran dan perhatian. Dengan langkah yang betul, bengkak akan berkurang dan kanak-kanak boleh kembali aktif seperti biasa.

Jika anda mempunyai sebarang kebimbangan, jangan teragak-agak untuk mendapatkan nasihat daripada doktor. Semoga artikel ini bermanfaat!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Sunat Laser vs Clamp, Kaedah Mana Lebih Baik?

Baca juga: Pantang Sunat Laser, Ini Cara Penjagaan Yang Betul Untuk Elak Komplikasi

Baca juga: Cara Penjagaan Selepas Berkhatan Bayi Lelaki & Perempuan, Luka Sunat Cepat Sembuh

Penulis

Noorhidayah