10 Cara Hilangkan Pijar Di Tangan Selepas Potong Cili Ikut Petua Orang Lama, Mudah Dan Berkesan

Rasa pedih dan panas di tangan lepas pegang cili? Cuba 10 cara hilangkan pijar di tangan dengan hanya mengggunakan bahan-bahan di rumah.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kalau tangan rasa bahang atau pedih kerap terjadi setiap kali memegang cili atau makanan pedas, jangan risau anda boleh cuba cara hilangkan pijar di tangan menggunakan bahan-bahan yang sedia ada di rumah.

10 Cara Hilangkan Pijar Di Tangan Dengan Mudah & Cepat

Punca tangan pijar terjadi kerana cili mengandungi capsaicin. Ia bertindak seperti minyak sebatian pedas yang melekat pada kulit dan memberi isyarat pada saraf seolah-olah kulit terdedah pada panas.

Sebab itulah tangan akan terasa pijar bila terkena cili. Antara cara hilangkan pijar di tangan dengan mudah dan cepat adalah:

1. Susu

Rendam tangan dalam susu selama beberapa minit. Kandungan lemak dalam susu bertindak balas dengan capsaicin untuk membantu meneutralkan bahan ini dan mengurangkan rasa panas pada kulit.

Susu adalah pilihan yang baik kerana sifat lemak dan protein dalamnya dapat mengikat capsaicin dan mengurangkan kesannya.

2. Gula

Gula mempunyai tekstur kasar yang boleh membantu menanggalkan sisa capsaicin yang melekat pada kulit.

Taburkan sedikit gula pada tangan yang basah. Gosok tangan perlahan-lahan selama beberapa minit sebelum mencuci dengan air suam.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

3. Air Garam

Air garam sering digunakan untuk membantu menarik keluar bahan kimia yang menyebabkan pijar daripada kulit. Kaedahnya, sediakan air garam dengan melarutkan 2 sudu besar garam ke dalam air suam.

Rendam tangan dalam air garam ini selama 5 hingga 10 minit dan bilas dengan air sejuk selepas itu.

4. Beras

Cara yang ketiga ini yang paling ramai guna dan menjadi. Caranya, ambil segenggam beras dan gosok perlahan-lahan pada tangan yang pijar.

Beras mempunyai tekstur yang boleh membantu menyerap minyak cili dan membersihkan capsaicin yang tertinggal pada kulit.

5. Minyak Zaitun atau Minyak Masak

Minyak juga boleh membantu mengurangkan pijar kerana capsaicin lebih mudah larut dalam minyak berbanding air. Untuk kaedah ini, lumurkan sedikit minyak zaitun atau minyak masak pada tangan yang pijar.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Biarkan selama 5 minit sebelum mencucinya dengan sabun dan air suam.

6. Cuka

Rendam tangan dalam cuka selama beberapa minit. Cuka mempunyai sifat asidik yang membantu meneutralkan capsaicin.

7. Yogurt

Gosokkan yogurt pada bahagian yang pijar. Asid laktik dalam yogurt bukan sahaja menyejukkan tetapi juga mengurangkan iritasi pada kulit yang terkena capsaicin.

Biarkan seketika sebelum membilas tangan dengan air.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

8. Sabun Cuci Pinggan

Sabun cuci pinggan mengandungi bahan yang menghilangkan minyak. Jadi, anda boleh gunakan juga sebagai cara hilangkan pijar di tangan. Cuci tangan menggunakan sabun cuci pinggan bersama air suam.

Gosok secara lembut selama beberapa minit, kemudian bilas dengan air bersih.

9. Baking Soda 

Buat pes dengan baking soda dan sedikit air, kemudian sapukan pada tangan yang pijar. Baking soda berfungsi untuk menyerap minyak cili yang melekat pada kulit dan juga memberikan kelegaan.

10. Aloe Vera

Sapu gel aloe vera pada tangan dan biarkan selama beberapa minit. Aloe vera bukan sahaja menyejukkan kulit tetapi juga membantu mengurangkan iritasi dan rasa pijar.

Ia adalah pilihan yang semula jadi yang mudah didapati dan berkesan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Petua Lama Untuk Elak Tangan Pijar Terlalu Lama

Anda juga boleh merujuk video perkongsian daripada Pakman di Tiktok yang turut berkongsi tip untuk menghilangkan rasa pijar di tangan dengan cepat.

@pakman3500 Membalas kepada @norsyud605 #petua#orangtuatua #tips #RoadToTikTokAwardsMY #hilangkanpijar #resepipakman ♬ original sound – pak man

 

Dengan mencuba salah satu cara ini, anda boleh melegakan rasa pijar di tangan dan meneruskan aktiviti lain dengan lebih selesa. Semoga bermanfaat!

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Tips Hilangkan Sakit Kepala: 21 Cara Melegakan Sakit Kepala Yang Berkesan Dalam 5 Minit

Baca juga: 5 Petua BERKESAN Hilangkan Masalah Cirit-Birit Tanpa Perlu Ke Klinik Atau Makan Ubat

Baca juga: Punca Sakit Tapak Kaki Bagi Wanita & Senaman Untuk Mengatasinya

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Noorhidayah