Cara Hilangkan Sakit Tekak Dengan Berkesan, Cuba Salah Satu Daripada 9 Petua Orang Lama Ini!

Selain mengambil ubat-ubatan, berikut merupakan cara hilangkan sakit tekak menggunakan bahan dapur yang boleh dilakukan di rumah sahaja.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Rasa sakit, perit, gatal, tidak selesa dan sukar untuk menelan sesuatu adalah gejala sakit tekak yang sering dialami oleh golongan dewasa mahupun kanak-kanak. Apatah lagi dengan keadaan cuaca yang tidak menentu panas dan hujan pun boleh jadi sebab sakit tekak. Salah satu cara hilangkan sakit tekak yang boleh dilakukan dengan cepat dan mudah adalah menggunakan beberapa petua orang lama. 

Tidak semua sakit tekak yang dialami disebabkan jangkitan Covid-19, oleh itu kami kongsikan cara hilangkan sakit tekak dengan 9 petua yang menggunakan bahan alami yang berada di dapur sahaja. 

Petua hilangkan sakit tekak dengan berkesan di rumah

1. Kumur dengan air garam

Cara hilangkan sakit tekak yang paling biasa digunakan adalah kumur dengan air garam kerana garam boleh membunuh bakteria yang menjadi penyebab sakit tekak.

Caranya adalah dengan melarutkan 1-2 sudu kecil garam dalam secawan air suam dan kumur.

2. Makan nanas

Nanas mengandungi enzim bromelain. Enzim ini dapat membantu mencairkan kahak dan mengurangkan batuk. Oleh itu, jika anda mengalami rasa sakit tekak, segera makan nanas untuk mengurangkan kesakitan.

3. Minum madu asli

Madu asli mempunyai antiradang, antibakteria dan antivirus yang sangat membantu masalah sakit tekak dan batuk kering. Malah, kajian menunjukkan petua ini lebih berkesan berbanding ubat moden yang mengandungi dextromethorphan. 

Caranya adalah campurkan madu asli dengan segelas air suam, teh atau lemon. Amalkan minuman ini setiap hari pada sebelah pagi dan petang. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

4. Makan yogurt

Yogurt bukan sahaja lazat malah pencuci mulut yang kaya dengan khasiat kerana mengandungi Lactobacillus. Ia adalah bakteria baik yang membantu sistem penghadaman dan mengatasi masalah batuk.

Anak-anak kecil berusia 6 bulan ke atas pun boleh makan yogurt sebagai alternatif lain untuk menghilangkan rasa tidak selesa pada tekak. Pastikan pilih yogurt perisa asli ya!

5. Minum air kulit limau nipis

Limau nipis membantu merawat sakit tekak dan mengurangkan sakit radang. Berbanding kulit limau kasturi, kulit limau nipis lebih tinggi bahan berkhasiat seperti neohesperidin.

Anda boleh rendamkan kulit limau nipis dan tambahkan sedikit madu. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

6. Menghidu bawang merah

Petua ini merupakan antara petua orang lama yang paling mudah sekali kerana bawang merah adalah bahan penyediaan masakan yang wajib ada di setiap dapur.

Anda hanya perlu potong atau hiris sedikit bawang merah sehingga keluar cecair dan hidu bau bawang sehingga tekak terasa lega.

7. Minum air kunyit

Kunyit mengandungi kurkumin yang membantu mengurangkan masalah batuk kering.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Anda boleh ambil sedikit hirisan kunyit bersama madu, tambah sedikit air dan sedia untuk diminum. 

8. Minum air kayu manis

Kayu manis merupakan satu lagi bahan yang mudah didapati di dapur. Air kayu manis mampu melegakan rasa sakit tekak atau kesukaran untuk menelan. Caranya mudah sahaja iaitu rendam 1 atau 2 batang kayu manis ke dalam segelas air berisi air panas dan minum sedikit demi sedikit. 

9. Minum air halia

Kisar halia yang dikeringkan menjadi serbuk supaya bahan berkhasiat seperti gingerol bertukar kepada shogaol. Fungsi shogaol adalah sebagai ubat batuk dan mempunyai dua kali kepedasan berbanding gingerol. 

Serbuk halia dibancuh dengan air suam sebelum diminum untuk dijadikan penawar ubat batuk dan sakit tekak. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

 

Masalah sakit tekak biasanya mengambil masa 2 hingga 7 hari untuk sembuh sendiri tanpa sebarang rawatan. Namun, jika berlarutan disebabkan jangkitan bakteria, segera dapatkan rawatan segera dari doktor perubatan. 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: 9 Petua 'Meriahkan' Susu Badan, Jangan Percaya Jika Orang Cakap Anda Tiada Susu!

Baca juga: Cara Melegakan Batuk Bayi Yang Mudah & Selamat, Ibu Boleh Cuba Sebagai Ikhtiar Di Rumah

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Baca juga: Cara Hilangkan Hidung Tersumbat, Ibu-Ibu Boleh Gunakan Bahan Yang Sedia Ada

Penulis

Noorhidayah