Pakar Kongsi Cara Kawal Emosi Anak Perempuan Agar Lebih 'Behave' & Mudah Dengar Kata

Cara kawal emosi anak perempuan yang membesar bukanlah perkara sukar. Ibu ayah hendaklah memahami keadaan dan memilih pendekatan terbaik menghadapinya.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kehadiran cahaya mata menjadi penyeri dan pembawa kebahagiaan dalam rumah tangga. Sama ada anak lelaki mahupun perempuan, kedua-duanya pasti memiliki perbezaan sikap serta tingkah laku. Oleh itu ibu ayah perlu mengetahui cara kawal emosi mereka agar tidak menjadi keterlaluan.

Anak yang diberikan perhatian dan didikan sejak kecil kebiasaannya akan lebih mudah dijaga apabila mereka besar. Mana tidaknya, mereka menjadi lebih peka dengan masyarakat sekeliling dengan menjaga air muka ibu ayah.

Cara kawal emosi anak perempuan

credit to sources

Anak perempuan sememangnya dikenali dengan sikap manja, cerewet serta sensitif dengan perkara di sekeliling. Apabila menyentuh tentang emosi pula, mereka lebih mudah marah, menangis dan resah. Namun jika ibu ayah hanya membiarkan tanpa mengambil pendekatan terbaik, ia akan memberi kesan buruk terhadap fizikal.

"Kemarahan yang tidak dapat diselesaikan menyumbang kepada tekanan, ketegangan, kegelisahan, kemurungan dan kegelisahan berlebihan. Kini dianggarkan bahawa 30%  gadis remaja mengalami gangguan keresahan (anxiety disorder)."

Kemarahan anak perempuan akan meningkat setelah mereka semakin dewasa kerana hasil kajian menunjukkan bahawa kanak-kanak perempuan dan wanita lebih cenderung berasa marah. Hal ini kerana mereka berdepan ketidakadilan, tidak berdaya dan tidak bertanggung jawab terhadap orang lain.

"Mereka mula mengalami impak berganda yang menguji kebolehan dan potensi diri apabila diganggu kanak-kanak lain di sekolah ataupun serangan seksual. Dengan sedaya upaya, emosi menjadi tegang untuk melindungi diri.'' jelas pengarang Rage Becomes Her: The Power of Women's Anger, Soraya Chemaly.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Dalam erti kata lain, ramai mengatakan ketika emosi anak perempuan berlebihan digambarkan tidak rasional, namun ia sebenarnya benar-benar nasional. Oleh itu, bagaimana cara kawal emosi anak perempuan dengan kaedah yang betul dan lebih sihat?

#1. Beri peluang untuk anak meluahkan

credit to sources

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Langkah pertama adalah membiarkan anak perempuan menyatakan keinginannya, walaupun ia adalah perkara yang sukar ibu ayah terima.

Menurut seorang ahli psikologi kanak-kanak dan remaja dan pengarang No More Mean Girls: The Secret to Raising Strong, Confident, and Compassionate Girls, Katie Hurley, kemarahan adalah emosi yang tidak selesa. Sebagai orang yang paling dekat dengan anak, anda haruslah bijak dalam berkomunikasi agar anak tidak terus meragam jika tidak mendapat sesuatu yang diinginkan.

Sebaiknya, katakan "Ibu tahu kamu marah kerana tidak dapat memiliki coklat, tetapi tidak baik berteriak," Pujukan ini sedikit sebanyak membantu anak-anak memisahkan perasaan mereka dan mengalihkan perhatian terhadap perkara seterusnya.

#2. Mengawal tingkah laku

Ketika anak masih kecil, perhatikan tindakan yang dilakukan oleh mereka ketika berdepan tekanan atau meragam. Kemarahan dirasai oleh si manja hendaklah berpada-pada agar nanti tidak 'besar kepala'.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Menurut pakar dalam perkembangan kanak-kanak perempuan, Catherine Steiner-Adair, mengatakan bahawa kebanyakan anak kecil berasa sangat tertekan ketika marah dan menunjukkan tindakan yang buruk seperti mengatakan ''Saya benci ibu.'' 

Sekiranya perkara ini pernah berlaku terhadap anda, carilah cara kawal emosi anak perempuan yang terbaik seperti memberikan kasih sayang secukupnya, meluangkan masa bersama dan didik dirinya tentang dosa serta pahala.

#3. Ambil berat tentang perubahan sikap 

credit to sources

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Setiap manusia yang sedang membesar akan mengalami pelbagai perubahan mengikut persekitarannya. Justeru, ibu ayah hendaklah memperhatikan jika anak perempuan suka berahsia dan hanya memendam perasaan.

Jika anda bersikap lepas tangan dan tidak mengawalnya secara awal, kemungkinan besar mereka akan memberontak dan memiliki sikap negatif seperti berbohong, ponteng sekolah atau membuli.

#4. Membuatkan anak rasa selesa dan dihargai

Ketika anak sedang meragam atau emosi keterlaluan, adalah lebih baik untuk ibu ayah mendekati mereka dan mengajaknya untuk berdamai. Pastikan si manja rasa dihargai dengan menyatakan ''Awak anak yang baik, kalau awak terus macam ni nanti mama sedih.''

Bukan itu sahaja, anda juga perlu bijak merendahkan ego anak perempuan kerana ketika mereka sedang marah, hanya perkara yang difikirkan sahaja dianggap penting. Tekankan elemen untuk bertolak ansur dengan keadaan seperti mengajaknya keluar dari rumah ataupun melakukan aktiviti riadah.

Justeru sebagai ibu ayah, tugas membesarkan anak-anak perlulah diselangi dengan beberapa gaya didikan yang baik agar mereka tidak bertindak keterlaluan dan gagal dalam pengurusan emosi diri.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sumber: A Mighty Girl

Kredit foto: Google

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: