Sibuk nak beli baju raya hingga boros berbelanja di bulan puasa? Ini amaran penting untuk anda

Bagaimana cara anda mengawal sikap boros ketika di bulan puasa? Kalau masih ragu-ragu, jom ikut tips yang cukup mudah ini...

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Anda tahu tak cara kawal sikap boros yang betul? Terutama bila berada di hujung Ramadan, mesti ada yang poket kian mengempis. Mana tidaknya, banyak yang kena dibeli seperti baju raya, kuih muih, langsir raya dan lain-lain lagi. 

Semalam semasa saya pergi membeli baju raya di sebuah gedung membeli-belah yang cukup popular di Malaysia, ramai sungguh orang berpusu-pusu ke sana!

Ada yang membeli sampin raya, baju raya, tudung raya dan segala macam mak nenek yang berkaitan dengan ‘raya’. 

Lantas saya terfikir, bagaimanakah cara kawal sikap boros ini ketika di hujung-hujung bulan puasa ini?

Kredit: Mstar

Itu baru sentuh bab persiapan raya, belum lagi sentuh tentang juadah ketika berbuka puasa. Kalau boleh satu Bazar Ramadan nak dibelinya! Tapi selepas berbuka ada makanan yang tak disentuh pun! 

Sepatutnya kita harus bijak berbelanja dan tahu cara kawal sikap boros ini dari terus bermaharajalela.

Sedangkan ada lagi keperluan lain yang lebih penting dan mustahak. Jadi berbelanjalah dengan bijak. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

6 tips cara kawal sikap boros 

#1 Berbelanja untuk dapur 

Kredit: Daily Post

Cara kawal sikap boros yang paling berjaya ialah anda harus meneliti keperluan barang dapur terlebih dulu. Lihat barang apa yang kurang seperti gula, garam, beras, makanan basah, makanan kering dan lain-lain. 

Kedua, anda harus tahu tarikh luput setiap makanan dan tidak membeli dua kali untuk makanan yang masih banyak. 

Sebab itu penting untuk anda tahu barang apa yang masih elok dan sudah berkurang. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#2 Senaraikan barang yang ingin dibeli 

Setelah itu, cara kawal sikap boros seterusnya ialah anda harus senaraikan barang yang ingin dibeli.

Contohnya bila pergi ke bazar Ramadan, senarai dulu apa yang nak dibeli. Tidaklah nanti, semua makanan anda nak beli. Kemudian, makan pun tak, membazir saja lebih!

Jika anda ikut apa yang sudah ada dalam senarai, maka anda akan terhindar dari membeli barang yang tak diperlukan. 

#3 Jangan membeli ketika lapar 

Anda tahu tak, berbelanja ketika perut lapar atau kosong adalah sangat berbahaya? Ia sebab bila tengah lapar, kemahuan untuk beli semua benda itu semakin melonjak-lonjak. Akibatnya, anda terbeli barang yang tidak penting.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#4 Berbelanja dengan aplikasi online 

Sekarang ini memang banyak perniagaan online. Ia memudahkan kerja ibu untuk membeli barang keperluan.

Dengan adanya perniagaan online ini, kegiatan berbelanja akan lebih jimat terutama ketika di bulan puasa.

Ia jimat dari sudut minyak kereta, tol, bayaran tempat letak kereta dan sebagainya. Anda hanya perlu klik..klik, pilih dan buat bayaran. Senangkan? 

# 5 Jauhi rakan kaki shopping 

Biasanya ibu cenderung mengeluarkan wang untuk berbelanja adalah kerana hasutan dan godaan orang sekeliling. Terutama rakan-rakan yang memang terkenal dengan sikap ‘kaki shopping’.

Parah tau kalau dapat kawan-kawan yang bersikap begini. Habislah duit nanti dan mereka akan memancing nafsu anda untuk berbelanja dengan ‘lebih’. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

# 6 Jangan tergoda dengan tawaran diskaun 

kredit: tribunnews.com

Bila dekat nak raya, macam-macam tawaran diskaun yang anda akan jumpa, sama ada secara terus di kedai atau melalui online. Ada itu bagi diskaun sampai 90%. Banyak betul! Ha…mulalah tu rambang biji mata. 

Kemudian anda terus pilih dan buat bayaran. Tapi bila barang sampai bagai indah khabar dari rupa, tak cantik dan sebagainya. Murah sekalipun tapi tak lawa dan tak memuaskan hati, tak guna juga. Betul tak?

Jadi seharusnya anda tidak tergoda dengan tawaran diskaun yang diberikan. Tapi kalau ia berbaloi tak ada salahnya. Malah lebih menjimatkan. 

 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

 

 

 

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: theAsianparent Indonesia 

Baca juga:

https://my.theasianparent.comtabiat-buruk-menghabiskan-duit