Cara kesan lokasi seseorang melalui apa saja medium seperti Whatsapp sangat penting untuk diketahui, lebih-lebih lagi sekarang kes orang hilang semakin meningkat. Dengan teknologi sekarang, terdapat beberapa cara kesan lokasi seseorang contohnya menggunakan Whatsapp, Google dan banyak lagi.
Isi Kandungan
Penting Cara Kesan Lokasi Seseorang Melalui Medium Seperti Whatsapp
Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia, Bukit Aman melaporkan seramai 429 individu berusia 18 tahun ke atas masih dilaporkan hilang di seluruh negara. Baru-baru ini, negara dikejutkan pula dengan berita kehilangan seorang wanita, Nur Farah Kartini Abdullah selama hampir satu minggu.
Apa yang lebih menyedihkan Nur Farah Kartini ditemui telah meninggal dunia selepas beberapa hari dilaporkan hilang. Rakan-rakan wanita itu telah melakukan pelbagai usaha untuk mencari Nur Farah Kartini, contohnya dengan mengesannya menggunakan alat pengesan.
Bagaimanapun, disebabkan alat pengesan itu kurang tepat, mereka gagal mencari lokasi sebenar wanita tersebut. Oleh itu, anda perlu mengetahui beberapa aplikasi lain yang lebih tepat untuk digunakan bagi mengesan orang tersayang anda.
Cara Kesan Seseorang Menggunakan Aplikasi
1. WhatsApp
WhatsApp bukan sahaja untuk bersembang dan berkongsi gambar, tetapi juga membolehkan anda berkongsi lokasi secara langsung. Cara untuk kesan seseorang menggunakan WhatsApp sangat mudah.
1. Buka chat individu atau kumpulan di WhatsApp.
2. Tekan ikon ‘Attachment’ (klip kertas) dan pilih ‘Location’.
3. Pilih ‘Share live location’ dan tetapkan tempoh masa perkongsian.
Dengan menggunakan fungsi ini, anda boleh berkongsi lokasi masa nyata anda dengan rakan atau keluarga anda untuk tempoh masa tertentu. Ini sangat berguna untuk tujuan keselamatan atau semasa berjumpa di tempat yang baru.
2. Apple ‘Find My’ DiOS
Bagi pengguna iPhone, aplikasi ‘Find My’ adalah alat yang sangat berguna. Aplikasi ini membolehkan pengguna mengesan lokasi iPhone, iPad, atau Mac yang hilang, serta berkongsi lokasi mereka dengan orang lain.
1. Buka aplikasi ‘Find My’ di iPhone.
2. Pilih tab ‘People’ untuk melihat lokasi orang yang berkongsi lokasi dengan anda.
3. Anda juga boleh menambah kenalan yang ingin dikongsi lokasi dengan menekan butang ‘Add’.
Aplikasi ini memerlukan kebenaran daripada kedua-dua pihak untuk berkongsi lokasi mereka. Ini adalah langkah keselamatan bagi memastikan privasi pengguna tetap terpelihara.
3. Google Maps Di Android
Bagi pengguna Android pula, Google Maps juga menyediakan fungsi yang sama. Dengan Google Maps, anda boleh berkongsi dan melihat lokasi masa nyata orang yang anda sayangi.
1. Buka aplikasi Google Maps di telefon anda.
2. Tekan gambar profil atau ikon inisial di penjuru kanan atas dan pilih ‘Location sharing’.
3. Pilih orang yang ingin anda kongsikan lokasi atau minta mereka berkongsi lokasi dengan anda.
Google Maps akan menunjukkan lokasi masa nyata dan memberi anda panduan arah ke lokasi mereka, sekiranya diperlukan. Fungsi ini sangat berguna terutamanya apabila anda perlu bertemu seseorang di tempat yang tidak dikenali.
4. Aplikasi Pihak Ketiga
Selain daripada aplikasi bawaan, terdapat juga aplikasi pihak ketiga yang boleh membantu mengesan lokasi seseorang. Antaranya ialah:
- Life360: Aplikasi ini membolehkan anda membuat “Circle” atau kumpulan dengan ahli keluarga atau rakan-rakan anda. Setiap ahli dalam kumpulan boleh melihat lokasi masa nyata satu sama lain.
- Glympse: Aplikasi ini membolehkan anda berkongsi lokasi anda untuk jangka masa tertentu tanpa memerlukan akaun. Ini berguna untuk situasi sementara seperti perjalanan pulang ke rumah atau ketika menghadiri acara.
5. Snapchat
Aplikasi Snapchat merupakan platform salah satu platform media sosial yang hadir dengan peta dan anda boleh mengesan lokasi seseorang menggunakannya. Ia berfungsi seperti aplikasi lain, tetapi ia hanya boleh digunakan bersama kenalan yang ada akaun Snapchat.
1. Tekan ikon peta di bawah sebelah kiri untuk membuka peta Snapchat
2. Lihat kenalan yang telah berkongsi lokasi mereka kepada anda
3. Tambah kenalan lain dengan menekan butang tetapan di atas sebelah kanan
5. Perkhidmatan Operator Telekomunikasi
Beberapa operator telekomunikasi juga menawarkan perkhidmatan pengesanan lokasi. Contohnya, Maxis dan Celcom di Malaysia mempunyai perkhidmatan yang membolehkan pengguna mengesan lokasi ahli keluarga mereka yang menggunakan nombor yang sama. Perkhidmatan ini biasanya memerlukan langganan bulanan dan kebenaran daripada orang yang ingin dikesan.
Langkah Keselamatan Ketika Berkongsi Lokasi
Walaupun teknologi ini sangat membantu, penting untuk mengambil langkah keselamatan tambahan. Pastikan anda hanya berkongsi lokasi dengan orang yang dipercayai. Jangan sekali-kali berkongsi maklumat lokasi anda secara terbuka di media sosial atau dengan orang yang tidak dikenali.
Selain itu, sentiasa ingat untuk mematikan fungsi perkongsian lokasi apabila tidak diperlukan untuk mengelakkan penyalahgunaan. Privasi dan keselamatan anda adalah keutamaan.
Dengan kes kehilangan yang semakin meningkat, anda amat disarankan untuk berkongsi lokasi anda bersama dengan rakan atau keluarga sebagai langkah berjaga-jaga. Anda juga boleh mengambil langkah keselamatan lain seperti mencatat kenderaan yang anda naiki dan hantar kepada keluarga.
Semoga bermanfaat!
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: 30+Tempat Menarik Di Ipoh, Sesuai Untuk Percutian Santai Dengan Keluarga
Baca juga: Pantang Larang Selepas Makan Durian, Elakkan 11 Makanan Ini Agar Tidak Mabuk & Panas
Baca juga: 20 Tempat Menarik Di Shah Alam Yang Wajib Anda Kunjungi