TAP top app download banner
theAsianparent
theAsianparent
EnglishMalay
Panduan Produk
  • Menjadi ibu bapa
  • Anak
  • Keibubapaan
  • Kesihatan
  • Penyusuan & Pemakanan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami
  • Komuniti
Log Masuk
  • EnglishMalay
    • Artikel
  • Menjadi ibu bapaMenjadi ibu bapa
  • AnakAnak
  • KeibubapaanKeibubapaan
  • KesihatanKesihatan
  • Penyusuan & PemakananPenyusuan & Pemakanan
  • PendidikanPendidikan
  • Gaya HidupGaya Hidup
  • TAP CadanganTAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan#PendidikanKewangan
  • Beli-BelahBeli-Belah
  • VIPVIP
  • Siaran MediaSiaran Media
  • Beriklan Dengan KamiBeriklan Dengan Kami
  • KomunitiKomuniti
    • Komuniti
  • Poll
  • Gambar
  • Makanan
  • Resipi
  • Topik
  • Baca Artikel
    • Tracker
  • Tracker Kehamilan
  • Tracker Bayi
    • Ganjaran
  • GanjaranGanjaran
  • Pertandingan
  • VIP ParentsVIP Parents
    • Lagi
  • Maklum Balas

Polisi PrivasiGaris Panduan KomunitiPeta Laman Web

Muat turun app percuma kami

google play store
app store

Kesan Kamera Tersembunyi Di Hotel Dengan Aplikasi Percuma Ini, Mudah Digunakan!

29 Sep, 2023
Kesan Kamera Tersembunyi Di Hotel Dengan Aplikasi Percuma Ini, Mudah Digunakan!

Kami kongsikan beberapa tips untuk membantu anda mengesan kamera tersembunyi di hotel supaya privasi anda tak diceroboh!

Kes membabitkan penemuan kamera tersembunyi di tempat penginapan semakin menjadi-jadi di negara ini bahkan baru-baru ini polis mengesahkan menerima laporan daripada sepasang warga China berkenaan penemuan kamera kecil tersembunyi di dalam bilik sebuah penginapan di bandar raya ini, yang tular di media sosial.

Pasangan tersebut yang membuat pemeriksaan sejurus tiba di penginapan mereka, terkejut apabila terjumpa kamera tersembunyi yang dipasang di dalam panel soket berhadapan dengan katil.

Insiden sebegini ternyata menimbulkan kerisauan orang ramai mengenai isu privasi dan keselamatan jika ia tidak diambil perhatian serius pihak berwajib.

Tempat Tertentu Yang Dipasang Kamera

Bayangkan jika penginap langsung tidak curiga atau tidak membuat pemeriksaan, sudah pastilah ruang privasi mereka telah dicerobohi tanpa disedari.

Justeru, penyelesaian terbaik bagi isu ini adalah setiap daripada kita mengambil langkah lebih berhati-hati terutama apabila menginap di mana-mana tempat penginapan.

Nama pun kamera tersembunyi, tentunya saiznya kecil dan sukar dikesan tetapi ada beberapa tempat tertentu yang kebiasaannya menjadi sasaran pihak tidak bertanggungjawab untuk meletakkan kamera terbabit.

Antaranya, pengesan asap, suis elektrik dan jalur kuasa, lampu tidur, buku, tempat simpanan DVD atau permainan video, rak, komputer riba atau desktop, tetikus, lubang-lubang kecil yang ada pada dinding, bingkai gambar atau dekorasi lain, anak patung malah cermin juga!

Lokasi pula, kebiasaannya mempunyai angle terbaik untuk melihat keseluruhan ruang. Jika bilik tidur, sudut dan ruang tepi memberi gambaran paling jelas.

Muat Turun Aplikasi Kesan Kamera Tersembunyi

Kesan Kamera Tersembunyi Di Hotel Dengan Aplikasi Percuma Ini, Mudah Digunakan!

Selain itu, seorang pengguna di Twitter, @Mulut_Cabai mencadangkan penginap untuk memuat turun aplikasi Hidden Camera Detector yang boleh dimuat turun secara percuma yang mampu berfungsi seperti alatan pengesan (device) yang banyak dijual di platform e-dagang dalam talian ketika ini.

Selepas memuat naik aplikasi tersebut, langkah pertama yang perlu dilakukan ketika masuk ke tempat penginapan adalah:

1) Tutup semua lampu dan langsir supaya keseluruhan ruang gelap.

2) Buka aplikasi dan cuba cari di setiap sudut, setiap alatan, setiap perkara di dalam bilik untuk mengesan sebarang cahaya. Selain fungsi Infra Red, guna juga fungsi Detect Wired Camera untuk periksa.

3) Jika terjumpa, langkah pertama adalah rakam semua bukti yang dijumpai dan hubungi pihak berkuasa, bukan pihak hotel.

4) Tunjukkan bukti apabila pihak berkuasa datang.

5) Buat laporan polis.

“Jika perlu, beli lah device yg ada terjual, cari yg berkualiti. Elakkan booking di lokasi yang agak was was. Homestay, AIrBnB dan sewaktu dengannya tidak dipantau atau bawah mana mana agensi / badan berkaitan susah jika untuk dijadikan kes.

“Hotel yang nama besar pun tidak semestinya selamat. Namun lebih peluang untuk dijadikan kes. Waallualam, kot ada yang lebih arif dalam bidang ni silakan tambah. Dah lama tinggal hopitality industry,” kongsinya lagi.

Twitter @Mulut _Cabai

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga : Hati-Hati Ibu Ayah, CCTV & Monitor Bayi Boleh Digodam Oleh Penjenayah Siber

Baca juga : Jijik! Berikut adalah 5 perkara yang anda tidak patut sentuh dalam bilik hotel anda

Baca juga : 5 Cara Mengesan Cctv Tersembunyi – Praktikkan Setiap Kali Menginap Di Hotel @ Airbnb

Stories Rakan Kongsi
6 Things Parents Say About Money — And What Your Children Learn from Them
6 Things Parents Say About Money — And What Your Children Learn from Them
Why Is Childhood Immunisation Important?
Why Is Childhood Immunisation Important?
Early Nutrition Is Vital for Your Child’s Digestive System! Here’s How To Ensure Your Child Absorbs As Much As Possible
Early Nutrition Is Vital for Your Child’s Digestive System! Here’s How To Ensure Your Child Absorbs As Much As Possible
Ibu Ayah Pasti Dah Sediakan Semua Keperluan Anak? Jom Semak Checklist Ini, No.5 WAJIB Ada
Ibu Ayah Pasti Dah Sediakan Semua Keperluan Anak? Jom Semak Checklist Ini, No.5 WAJIB Ada

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Nursyamimi

  • halaman rumah
  • /
  • Berita Tular
  • /
  • Kesan Kamera Tersembunyi Di Hotel Dengan Aplikasi Percuma Ini, Mudah Digunakan!
Kongsikan:
  • Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

    Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

  • Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

    Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

  • Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

    Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

  • Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

    Bayi Tiga Bulan Maut Tertindih Lengan Bapa Yang Telah Meninggal Dunia Akibat Serangan Jantung

  • Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

    Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

  • Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

    Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

Feed

Feed

Dapatkan artikel yang bersesuaian tentang keibubapaan, gaya hidup, dan pendapat pakar, hanya di hujung jari anda!

Poll

Poll

Sertai poll yang menarik dan lihat apa ibu bapa lain fikir

Gambar

Gambar

Kongsi gambar insan tersayang anda secara selamat.

Topik

Topik

Sertai komuniti kami untuk lebih rapat dengan ibu atau ayah lain.

Tracker

Tracker

Pantau kehamilan anda, malah juga tumbesaran bayi dari hari ke hari!

theAsianparent

Muat turun app percuma kami

Google PlayApp Store

Ibu di Seluruh Dunia

Singapore flag
Singapore
Thailand flag
Thailand
Indonesia flag
Indonesia
Philippines flag
Philippines
Malaysia flag
Malaysia
Vietnam flag
Vietnam

Partner Brands

Rumah123VIP ParentsMama's ChoiceTAP Awards

© Copyright theAsianparent 2026 . All rights reserved

  • Tentang Kami
  • Polisi Privasi
  • Terma dan Syarat
  • Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham