TAP top app download banner
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Hati-Hati Ibu Ayah, CCTV & Monitor Bayi Boleh Digodam Oleh Penjenayah Siber

6 Mar, 2020
Hati-Hati Ibu Ayah, CCTV & Monitor Bayi Boleh Digodam Oleh Penjenayah Siber

Jenayah siber boleh berlaku bila-bila masa, kini kamera litar tertutup (CCTV) untuk monitor bayi turut boleh digodam!

Demi menjaga keselamatan bayi di rumah di bawah jagaan pembantu rumah atau pengasuh, kebiasannya ibu bapa sekarang pantas memasang kamera litar tertutup supaya dapat memastikan anak mereka berada dalam keadaan baik dan selamat.

Walaubagaimanapun, kita dikejutkan bahawa kamera litar tertutup dan monitor bayi yang digunakan di rumah boleh berisiko untuk digodam oleh penjenayah siber.

Kamera litar tertutup boleh digodam

kamera litar tertutup

Menurut Pusat Keselamatan Siber Kebangsaan (NCSC) di United Kingdom mengatakan kata laluan atau pasword yang lemah boleh membenarkan penyerang dalam talian mengawal kamera litar tertutup tanpa wayar dan
mengintip keluarga berkenaan di dalam rumah mereka.

Menurut Ciaran Martin, Ketua Eksekutif (NCSC) ini kerana kamera dan monitor bayi itu perlu dihubungkan dengan internet sekaligus ia memudahkan untuk digodam.

Oleh sebab itu, ibu bapa dan pengguna monitor bayi ini harus memastikan peranti tersebut dalam keadaan selamat termasuklah menggunakan kata laluan yang stabil, kuat dan sukar untuk digodam.

Pun begitu, ibu bapa tidak seharusnya mengambil ini sebagai sesuatu yang serius dan membimbangkan kerana ia tidak berlaku secara besar-besaran.

Amaran ini dikeluarkan oleh penyelidikan dari Kumpulan Pengguna Which yang mendedahkan berkaitan kelemahan keselamatan peranti termasuklah kamera litar tertutup tanpa wayar dan mainan walkie talkie.

Apatah lagi, kamera CCTV yang menggunakan WiFi jauh lebih berisiko untuk digodam oleh penjenayah siber.

Dalam pada itu, NSCS menasihatkan pengguna mengambil tiga langkah mudah iaitu menukar kata laluan kepada yang lebih selamat, mengemaskini perisian keselamatan dan menurut ciri capaian jauh.

Kelebihan CCTV di TASKA

CCTV

Rata-rata ibu bapa menggesa pengusaha TASKA menyediakan CCTV berikutan terlalu banyak kes penderaan dan kecuaian berlaku semasa anak ditinggalkan di bawah penjagaan mereka sepanjang hari ketika ketiadaan ibu bapa kerana bekerja.

Hal ini kerana, dengan adanya CCTV dapat membantu pihak berwajib mengenal pasti sebarang kejadiaan yang tidak diingini terutama bila membabitkan kanak-kanak dan alat tersebut boleh dijadikan sebagai bahan bukti.

Selain pada itu, ibu bapa boleh menghubungkan sistem CCTV dengan aplikasi telefon pintar yang membolehkan mereka pantau sendiri keadaan anak dari tempat kerja.

Dengan cara ini dapat mengurangkan kebimbangan ibu bapa terhadap anak mereka di TASKA.

Kes dera di TASKA

Pernah suatu ketika kejadian yang tidak diingini berlaku di sebuah TASKA di Seksyen 15 Bandar Baru Bangi, apabila tiga bayi diikat pada mulut dan badan masing-masing kerana didakwa menjadi mangsa dera.

Gambar tiga bayi itu viral dan mengundang kecaman netizen kerana berasa marah dengan tindakan pengasuh TASKA tersebut.

Oleh sebab itulah, ibu bapa disarankan lebih peka dan menyiasat secara terperinci tentang latar belakang TASKA sebelum hantar anak mereka.

Kalau boleh selidik cara mereka menjaga anak, jadual aktiviti seharian dan sesekali menjenguk anak di TASKA secara diam-diam.

Sekaligus pihak TASKA akan lebih bertanggungjawab apabila melihat ibu bapa sangat mengambil berat tentang anak-anak mereka. 

Akta Penderaan Kanak-Kanak

akta penderaan kanak-kanak

Berikut ini adalah maklumat tentang Akta Penderaan Kanak-Kanak yang harus diambil berat oleh orang ramai.

Sekiranya terdapat sebarang kes yang sama anda boleh membuat laporan polis supaya hukuman setimpal dikenakan kepada pihak terbabit. 

Stories Rakan Kongsi
Ibu Ini Berkongsi Helah Bagaimana Dia Memberi Suplemen Kepada Anaknya & Ia PASTI AKAN Menakjubkan Anda
Ibu Ini Berkongsi Helah Bagaimana Dia Memberi Suplemen Kepada Anaknya & Ia PASTI AKAN Menakjubkan Anda
5 ways to teach perseverance to children, according to Jack Ma
5 ways to teach perseverance to children, according to Jack Ma
Anak-Anak Menderita Kerana Ciri Birit: Guna Cara Ini Untuk Melindungi Si Manja
Anak-Anak Menderita Kerana Ciri Birit: Guna Cara Ini Untuk Melindungi Si Manja
Here Are How Two Doctors Raise Their Child To Be Resilient
Here Are How Two Doctors Raise Their Child To Be Resilient

– Akta Kanak-Kanak 2001 sebelum ini hukuman maksimum penjara 10 tahun atau denda maksimum RM20,000 atau kedua-duanya sekali.

– Mewartakan Akta Kanak-Kanak (pindaan) 2016 iaitu hukuman dinaikkan maksimum RM50,000 dan penjara 20 tahun.

– Seksyen 31 di bawah akta di atas membabitkan penderaan, pengabaian dan penganiayaan terhadap bayi dan kanak-kanak.

Sehubungan itu kami berharap tiada lagi kes pengabaian dan penderaan terhadap kanak-kanak berlaku di zaman serba canggih kini. 

Ingatlah, sayangi si kecil itu kerana mereka adalah pemberian yang cukup bermakna untuk kita. 

Hati-Hati Ibu Ayah, CCTV & Monitor Bayi Boleh Digodam Oleh Penjenayah Siber

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

Sumber : theStar , Sinar Harian 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga

https://my.theasianparent.commengesan-kamera-tersembunyi

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Nurul Halifah

  • halaman rumah
  • /
  • Berita Tular
  • /
  • Hati-Hati Ibu Ayah, CCTV & Monitor Bayi Boleh Digodam Oleh Penjenayah Siber
Kongsikan:
  • Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

    Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

  • Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

    Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

  • Senarai Negeri Paling Ramai Miskin Tegar Di Malaysia, Kelantan & Kuala Lumpur Turut Tersenarai

    Senarai Negeri Paling Ramai Miskin Tegar Di Malaysia, Kelantan & Kuala Lumpur Turut Tersenarai

  • Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

    Budak 6 Tahun Meninggal Disengat 40 Ekor Tebuan Ketika Bermain, Doktor Jelaskan Bahaya Sengatan Boleh Membawa Maut

  • Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

    Tertekan Ujian Rumah Tangga, Ibu & 3 Anak Lelaki Terkorban Dalam Kebakaran Tragis Di Manila

  • Senarai Negeri Paling Ramai Miskin Tegar Di Malaysia, Kelantan & Kuala Lumpur Turut Tersenarai

    Senarai Negeri Paling Ramai Miskin Tegar Di Malaysia, Kelantan & Kuala Lumpur Turut Tersenarai

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Vietnam flag Vietnam
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham