theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
  • COVID-19
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Perkembangan Anak
    • Bayi
    • Kanak-Kanak
    • Prasekolah
    • Kids
    • Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • #MoneyParenting
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • Beli-Belah

5 Cara Mengesan Cctv Tersembunyi - Praktikkan Setiap Kali Menginap Di Hotel @ Airbnb

4 min bacaan
Kongsikan:
•••
5 Cara Mengesan Cctv Tersembunyi - Praktikkan Setiap Kali Menginap Di Hotel @ Airbnb

Jika anda terasa diperhatikan semasa berada di mana-mana, elakkan risiko dihendap dengan mencuba 5 tips mengesan kamera tersembunyi yang disenaraikan ini.

Perkhidmatan sewa apartment seperti Airbnb semakin banyak beroperasi sejak kebelakangan ini. Lebih-lebih lagi pada musim cuti ini. Ibu bapa dan keluarga pasti ingin bercuti, namun hati-hati ya, penting untuk anda tahu cara mengesan cctv tersembunyi!

Apa yang merisaukan sekarang adalah kita takkan habis-habis berhadapan dengan lelaki gatal! Apa yang lebih merisaukan sekiranya terdapat kamera tersembunyi yang kita tidak tahu.

Pada bulan Ogos lalu, satu pasangan terkejut apabila menjumpai kamera tersembunyi yang dipasang pada pengesan asap. Alat pengesan yang dipasang kamera itu berada di biik air dan bilik tidur apartment Airbnb mereka di Taiwan!

Sementara itu, menurut laman web Airbnb,

kamera tersembunyi, hidden camera, ccctv, kamera spy, kamera tersorok

“Kami menuntut tuan rumah untuk menyatakan sekiranya terdapat sebarang peranti pengawasan seperti CCTV di rumah, dan melarang sama sekali penggunaan alat sedemikian di kawasan privasi (seperti bilik tidur dan bilik mandi).”

Jika anda merupakan tuan rumah dan ada sebarang alatan peranti pengawasan, walaupun tidak dipasang, kami memerlukan anda untuk memberitahu tetamu melalui deskripsi iklan atau gambar.

Sekiranya tuan rumah memberitahu selepas rumah ditempah, Airbnb akan membenarkan penyewa membantalkan tempahan dan menerima wang balik. Penalti akan dikenakan terhadap tuan rumah.

Jika anda sedang bercuti di apartment Airbnb (atau yang sepertinya) dan berasa seperti sedang diperhatikan, ikuti tips-tips berikut untuk mengenalpasti kamera tersembunyi.

Baca Juga: Seorang Ibu Nyaris Dirogol Di Hadapan Anak Sendiri di Langkawi

Cara mengesan cctv tersembunyi

1 – Periksa bilik anda

Ini merupakan cara senang dan paling asas untuk mencari kamera tersembunyi.

Cari sekiranya terdapat lubang-lubang kecil bersaiz kamera telefon bimbit di dinding atau bahagian lain dalam bilik. Pastikan anda memeriksa kawasan berpotensi seperti bilik air, bahagian shower dan bilik tidur.

2 – Ujian pantulan

kamera tersembunyi, hidden camera, ccctv, kamera spy, kamera tersorok

Kebanyakkan kamera mempunyai lensa yang memantulkan cahaya sama ada ia dipasang atau tidak.

Tutup semua lampu dan pasang lampu picit (atau lampu telefon bimbit) dan periksa keseluruhan bilik. Jika ada, sebarang lensa kamera akan memantulkan cahaya itu semula.

Cari perlahan-lahan, dan periksa kawasan yang mencurigakan dari setiap sudut. Jika anda ternampak cahaya di kawasan yang tidak sepatutnya – tiada cermin, tingkap atau kawasan yang boleh dilalui cahaya – anda mungkin telah menemui kamera tersembunyi.

3 – Periksa cermin

cara mengesan cctv tersembunyi

Sumber: Freepik

Cermin juga berbahaya kerana anda tak boleh nampak sekiranya ada kamera bersembunyi di sebaliknya. Namun anda boleh periksa sekiranya cermin itu bersifat dua hala.

Expert Keith Roberts berkata, 

“Ujian menggunakan kuku jari sudah lapuk, tapi ia sangat berkesan!

Letakkan kuku jari anda ke cermin. Dalam cermin sebenar, and tidak boleh melagakan imej kuku dengan pantulan di cermin. Tetapi jika anda boleh menyentuh jari di dalam cermin, kemungkinan besar ia merupakan cermin dua hala.”

4 – Guna aplikasi mengesan kamera tersembunyi

Akhir sekali, jika cara lain tidak berhasil, anda juga boleh memuat turun aplikasi untuk mengesan kamera tersembunyi.

Sesetengah aplikasi berfungsi dengan menggunakan telefon bimbit untuk mengesan arus elektromagnetik.

Caranya lebih mudah, halakan telefon bimbit anda ke kawasan yang berbahaya.  Sekiranya terdapat arus yang kuat, kemungkinan kamera tersembunyi ada disebalik dinding atau objek.

5 – Cari webcamcara mengesan cctv tersembunyi

Sesetengah kamera seperti webcam bersambung dengan talian internet. Sambungkan Wifi dan gunakan Fing App untuk mencari kamera yang menggunakan internet.

Penting untuk anda praktikkan cara mengesan cctv tersembunyi ini, anda tidak tahu tindak tanduk orang yang semakin lama semakin bijak mencari jalan memuaskan nafsu. 

Baik untuk diri sendiri atau nafsu orang lain, jadi kita perlu menjadi pelanggan yang bijak daripada mereka. Sentias amalkan, mudah-mudahan akan terbiasa untuk sentiasa ‘check’ terlebih dahulu. 

Akhir sekali, tolong jangan teragak-agak untuk memberitahu syarikat yang anda gunakan untuk menempah apartment tersebut dan laporkan pada pihak polis jika anda pasti anda diperhatikan.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Artikel ini asalnya ditulis oleh Jaya dan mendapat keizinan theAsianparent Singapore untuk diterjemah. 

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

Penulis

Beto Rahman

  • halaman rumah
  • /
  • Gaya Hidup
  • /
  • 5 Cara Mengesan Cctv Tersembunyi - Praktikkan Setiap Kali Menginap Di Hotel @ Airbnb
Kongsikan:
•••
Artikel(Cerita)
  • Hati-Hati Ibu Ayah, CCTV & Monitor Bayi Boleh Digodam Oleh Penjenayah Siber

    Hati-Hati Ibu Ayah, CCTV & Monitor Bayi Boleh Digodam Oleh Penjenayah Siber

  • Video Lucu: Aktiviti ‘Sibuk’ Sepasang Anak Kembar Lelaki Dirakam dari CCTV Bilik

    Video Lucu: Aktiviti ‘Sibuk’ Sepasang Anak Kembar Lelaki Dirakam dari CCTV Bilik

  • Mimpi Bersetubuh Dengan Orang Lain Selain Pasangan, Ini Maksud Di Sebaliknya!

    Mimpi Bersetubuh Dengan Orang Lain Selain Pasangan, Ini Maksud Di Sebaliknya!

  • 5 Perilaku Anak Yang Nampak Biasa, Tapi Sebenarnya Bahaya, Tak Boleh Dipandang Remeh!

    5 Perilaku Anak Yang Nampak Biasa, Tapi Sebenarnya Bahaya, Tak Boleh Dipandang Remeh!

app info
get app banner
  • Hati-Hati Ibu Ayah, CCTV & Monitor Bayi Boleh Digodam Oleh Penjenayah Siber

    Hati-Hati Ibu Ayah, CCTV & Monitor Bayi Boleh Digodam Oleh Penjenayah Siber

  • Video Lucu: Aktiviti ‘Sibuk’ Sepasang Anak Kembar Lelaki Dirakam dari CCTV Bilik

    Video Lucu: Aktiviti ‘Sibuk’ Sepasang Anak Kembar Lelaki Dirakam dari CCTV Bilik

  • Mimpi Bersetubuh Dengan Orang Lain Selain Pasangan, Ini Maksud Di Sebaliknya!

    Mimpi Bersetubuh Dengan Orang Lain Selain Pasangan, Ini Maksud Di Sebaliknya!

  • 5 Perilaku Anak Yang Nampak Biasa, Tapi Sebenarnya Bahaya, Tak Boleh Dipandang Remeh!

    5 Perilaku Anak Yang Nampak Biasa, Tapi Sebenarnya Bahaya, Tak Boleh Dipandang Remeh!

  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore
  • Thailand
  • Indonesia
  • Philippines
  • Malaysia
  • Sri Lanka
  • India
  • Vietnam
  • Australia
  • Japan
  • Nigeria
  • Kenya
Jenama Rakan Kongsi
Mama's Choice Partner Brand Logo
© Copyright theAsianparent 2021. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat
  • Komuniti
  • Menjadi ibu bapa
  • Perkembangan & Umur Anak
  • Keibubapaan
  • Kesihatan
  • Penyusuan & Pemakanan

Download aplikasi kami

google play store
Appstore
  • Beriklan Dengan Kami
  • Tentang Kami
  • Team Kami
  • Hubungi Kami
  • Terma dan Syarat
  • Jadi Penyumbang Kami
Buka di aplikasi