Cara Mandikan Jenazah Mangsa Kebakaran Yang Betul, Elak Jasad Hancur Jika Terkena Air

Cara mandi jenazah mangsa kebakaran yang parah tidak boleh sembarangan kerana khuatir kulit melepuh tertanggal yang menyukarkan lagi keadaan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Dalam islam, tugas menguruskan jenazah hukumnya adalah fardu kifayah. Oleh itu, ia menjadi satu keperluan untuk kita sebagai muslim untuk mengetahui cara mandi jenazah dengan betul jika berlakunya kematian yang melibatkan ahli keluarga atau orang terdekat.

Rata-rata rakyat Malaysia masih terkesan dengan nahas pesawat yang terhempas lalu terbakar di Elmina, Shah Alam yang meragut 10 nyawa. Kebanyakan mayat mangsa nahas ditemui dalam keadaan tidak sempurna.

Ada yang hancur berkecai malah ada yang terbakar teruk. Lantas membuatkan kita tertanya-tanya, bagaimanakah pula cara mandikan jenazah yang ditemui dalam keadaan ini?

Cara mandi jenazah yang jasadnya tidak sempurna

Berdasarkan penjelasan daripada bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Dato’ Seri Dr. Haji Zulkifli Mohamad Al-Bakri, hukum asal atau hak bagi jenazah adalah wajib dimandikan, samada ianya terbakar ataupun tidak. 

Dari sudut pandangan dalam mazhab Syafie, Sekiranya terdapat keuzuran seperti tahap kebakaran yang amat parah iaitu tahap ketiga (deep burn), tidak diperlukan air kerana dikhuatiri kulit yang melepuh akan tertanggal dan menyukarkan lagi keadaan. Maka, digantikan dengan tayammum.

Dalil bagi para fuqaha’ bagi perkara ini adalah qias kepada keadaan orang yang hidup. Sekiranya seseorang yang sihat boleh berubah daripada berwuduk dengan air kepada tayammum disebabkan keuzuran tertentu, begitu juga bolehnya ditayammumkan jenazah kerana keuzuran pada jenazah itu sendiri. 

Menerusi Imam al-Nawawi jelas menyebutkan, apabila terdapatnya keuzuran untuk memandikan mayat disebabkan ketiadaan air, atau jenazah terbakar, yang mana jika dia tetap dimandikan akan menyebabkan daging terpisah, maka dia tidak dimandikan sebaliknya ditayammumkan.

Hukum tayammum pula adalah wajib kerana ia adalah proses penyucian yang tidak berkaitan dengan menghilangkan najis. Justeru, wajib untuk tayammum jika tidak boleh menggunakan air sama seperti mandi janabah.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tambahan lagi, Imam al-Nawawi turut menyatakan hal yang sama dalam kitab yang lain. Jika seseorang islam terbakar, jika dia dimandikan dia akan hancur lumat, maka (dalam situasi ini) dia tidaklah dimandikan,  tetapi cukuplah ditayammumkan.

Begitu juga, Syeikh Nawawi al-Bantani ada menyebutkan bahawa mayat yang tidak dapat dimandikan disebabkan oleh ketiadaan air atau seumpamanya seperti jenazah yang terbakar jika dimandikan akan hancur, maka hendaklah ditayammumkan. 

Kebumi jenazah dalam satu liang lahad

Pihak Mufti Wilayah Persekutuan turut menjelaskan pada asalnya tidak dibolehkan menguburkan mayat dalam satu liang lahad. Namun, ia dikecualikan jika dalam keadaan darurat yang menyebabkan sulit untuk mengubur satu orang dalam satu kubur.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Seperti yang terjadi setelah perang Uhud, Nabi Muhammad SAW memerintahkan untuk menguburkan kesemua mangsa terkoban dalam peperangan untuk dua atau tiga jenazah dalam satu kubur yang sama.

Kesimpulannya, cara mandi jenazah mangsa kebakaran bergantung kepada keadaan mayat mangsa berkenaan iaitu:

  1. Sekiranya kebakaran yang dialami pada mayat itu tidak parah dan keadaan mayat berkenaan boleh terkena air, dia hendaklah dimandikan dengan menggunakan air sebagaimana jenazah yang lain dengan cara yang ringkas tetapi memenuhi syarat mandi jenazah. 
  • Jika keadaan mayat itu amat parah iaitu tahap ketiga (deep burn), jenazah itu tidak dimandikan sebaliknya wajib digantikan dengan tayammum. Hal ini kerana keadaan atau situasi yang dialami oleh mayat itu termasuk dalam keuzuran. 

Semoga bermanfaat.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Cara Ajar Anak Tentang Kematian, Ibu Kena Selalu Ingatkan Sebagai Persediaan Awal

Baca juga: 7 Cara Mandikan Bayi Baru Lahir Mengikut Saranan Pakar

Baca juga: Ibu Lepas Keguguran Pun Kena Mandi Wajib, Ini Cara MANDI Wajib Yang Betul

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Penulis

Noorhidayah