X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

Ibu Lepas Keguguran Pun Kena Mandi Wajib, Ini Cara MANDI Wajib Yang Betul

4 min bacaan
Ibu Lepas Keguguran Pun Kena Mandi Wajib, Ini Cara MANDI Wajib Yang Betul

Ramai yang keliru jika keguguran perlu mandi wajib atau tidak. Sebenarnya perlu ya. Berikut disertakan cara mandi wajib yang betul.

Baru melahirkan anak? Kini, anda perlu tahu macam mana cara mandi wajib selepas bersalin pula. Ramai orang keliru, apa beza mandi wajib dengan mandi nifas? Apa pula mandi wiladah? Banyak pula istilahnya kan?

Apa yang penting, ibu perlulah fahami istilah ini terlebih dulu dengan membuat pembacaan daripada pelbagai medium atau bertanya kepada yang pakar. 

Menurut portal pantangplus, cara mandi wajib selepas bersalin terbahagi kepada dua iaitu mandi wajib nifas dan mandi wajib wiladah.

Baca juga: Hukum dan cara mandi wajib selepas bersalin untuk para ibu muslimah

Cara mandi wajib selepas bersalin, keguguran

Cara mandi wajib

Nifas merupakan darah yang keluar daripada rahim sejurus melahirkan anak atau sebaik sahaja rahim dikosongkan. Terdapat juga beberapa faktor yang menyebabkan seseorang wanita itu tidak mengalami darah nifas antara asbabnya adalah keguguran ataupun melahirkan secara caesar.

Darah nifas yang keluar selalunya selama 40 hingga 60 hari, bergantung kepada cara si ibu berpantang.

Manakala wiladah pula bermaksud ‘bersalin atau melahirkan’ termasuklah wanita yang keguguran (walaupun cuma segumpal darah atau segumpal daging) atau yang melahirkan secara caesar.

Menurut Mazhab Imam Syafi’ie, Imam Malik dan Imam Ahmad wanita ini wajib mandi wajib, sekalipun tiada darah nifas yang keluar.

Hal ini kerana, secara qias anak yang lahir itu adalah hasil gabungan air mani lelaki dan air mani wanita oleh itu hukum mandi wajib tetap sama walaupun berbeza cara melahirkannya.

Sekali saja mandi wajib

Cara mandi wajib

“Kalau tiada darah nifas, perlu ke aku cepat-cepat mandi wajib wiladah? Dan kalau aku ada darah nifas, adakah aku perlu mandi wajib dua kali (nifas dan wiladah)? Dan jika aku kedatangan nifas dan haid serentak, macam mana?. Ataupun selesai nifas, terus datang haid, perlu ke aku mandi wajib dua kali (nifas dan haid)?”

Jawapannya adalah, tidak perlu. Mandi sekali saja sudah mencukupi. 

Mandi wajib wiladah yang dilakukan dalam kadar segera adalah untuk mereka yang tidak keluar darah nifas, yang biasanya keguguran atau caesarian. Agar ia membolehkan anda beribadah seperti biasa walaupun masih dalam tempoh berpantang.

Tetapi, bagi mereka yang mempunyai darah nifas anda perlu lah menunggu sehingga darah nifas anda kering dan mandi wajib dilakukan cuma sekali sahaja untuk kedua-duanya. Begitu juga di antara darah nifas dengan darah haid, anda perlu mandi saja sahaja apabila telah kering kedua-duanya.

Menurut ulama Fekah dan seperti yang telah dibincangkan oleh Mufti Wilayah Persekutuan hukumnya adalah sah jika kita mengangkat kesemua hadas besar itu sekaligus dengan satu mandian sahaja. Tidak perlu lah mandi dua kali.

Niat untuk mandi wajib wiladah sahaja  

“Sahaja aku niat mandi wajib menghilangkan hadas wiladah kerana Allah Ta’ala”.

Niat untuk mandi wajib (wiladah + nifas) atau (nifas + haid)

Cara mandi wajib

“Sahaja aku niat mandi wajib menghilangkan hadas akbar (besar) kerana Allah Ta’ala”.

Cara-caranya:

  • Niat seperti yang dinyatakan di atas
  • Membaca Bismillah
  • Membasuh telapak tangan dan celahan jari
  • Membasuh kemaluan menggunakan tangan kiri, sabun dan air yang bersih. Setelah itu, cuci tangan tersebut sehingga bersih
  • Mengambil wudhu’ seperti biasa
  • Menyiram kepala 3 kali, dimulakan pada sebelah kanan dalam keadaan rambut yang terurai
  • Meratakan air ke seluruh badan dan pastikan air kena pada setiap bahagian tubuh anda, jangan lupa periksa bahagian lipatan ketiak, perut, lengan dan bahagian lainnya
  • Basuh kaki sehingga bersih, dan jangan lupa untuk bersihkan celahan kuku dan jari anda.

Mandi wiladah wajib disegerakan selepas bersalin seandainya si ibu tiada darah nifas. Tetapi untuk si ibu yang berdarah nifas maka haruslah tunggu sehingga darah nifasnya kering terlebih dahulu dan mandi wajib boleh dilakukan cuma sekali untuk mengangkat kedua-dua hadas tersebut.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: pantangplus

Baca juga: Boleh Meroyan Sebab Basuh Rambut Masa Pantang? Ada Yang Sampai Tak Cuci Sebulan!

Stories Rakan Kongsi
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Parut Czer Buat Ramai Ibu Hilang Keyakinan, Ini Cara Mudah Untuk Mengatasinya
Childbirth aftermath – Get back in shape
Childbirth aftermath – Get back in shape

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Lala Annuar

  • halaman rumah
  • /
  • Penjagaan pantang dan selepas bersalin
  • /
  • Ibu Lepas Keguguran Pun Kena Mandi Wajib, Ini Cara MANDI Wajib Yang Betul
Kongsikan:
  • Cara Mandi Wajib Yang Betul Semasa Berpuasa, Hati-Hati Jangan Sampai Puasa Terbatal

    Cara Mandi Wajib Yang Betul Semasa Berpuasa, Hati-Hati Jangan Sampai Puasa Terbatal

  • Hukum & Cara Mandi Wajib Selepas Bersalin, Ibu Baru WAJIB Tahu Cara Betul Sucikan Diri!

    Hukum & Cara Mandi Wajib Selepas Bersalin, Ibu Baru WAJIB Tahu Cara Betul Sucikan Diri!

  • Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

    Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

  • Ubat Gigi Terbaik dan Selamat untuk Cegah Fluorosis Gigi Pada Bayi dan Kanak-Kanak

    Ubat Gigi Terbaik dan Selamat untuk Cegah Fluorosis Gigi Pada Bayi dan Kanak-Kanak

  • Cara Mandi Wajib Yang Betul Semasa Berpuasa, Hati-Hati Jangan Sampai Puasa Terbatal

    Cara Mandi Wajib Yang Betul Semasa Berpuasa, Hati-Hati Jangan Sampai Puasa Terbatal

  • Hukum & Cara Mandi Wajib Selepas Bersalin, Ibu Baru WAJIB Tahu Cara Betul Sucikan Diri!

    Hukum & Cara Mandi Wajib Selepas Bersalin, Ibu Baru WAJIB Tahu Cara Betul Sucikan Diri!

  • Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

    Rambut Anak Lambat Tumbuh, Kulit Berkerak? Atasi Dengan Minyak Rambut Baby Yang Selamat Untuk Si Manja

  • Ubat Gigi Terbaik dan Selamat untuk Cegah Fluorosis Gigi Pada Bayi dan Kanak-Kanak

    Ubat Gigi Terbaik dan Selamat untuk Cegah Fluorosis Gigi Pada Bayi dan Kanak-Kanak

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita terkini dan gaya hidup terkini.