Untunglah Si Isteri Ini, Dapat Melaram 30 Pasang Baju Raya Hasil Jahitan Suami Tersayang

Untungnya badan, dapat melaram baju raya 30 pasang cukup untuk sepanjang Syawal, pandai sungguh si suami cari cara membahagiakan istri!

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kalau dapat suami yang penyayang, lemah lembut tu adalah bonus, dapat suami yang sentiasa ada cara membahagiakan istri pula adalah tuah! 

Seperti kisah yang dilaporkan Harian Metro baru-baru ini, seorang suami yang bernama Syed Muhammad Shah Hasif Syed Othman telah menjahit 30 pasang baju raya khas untuk isterinya melaram sepanjang Syawal! 

Katanya dia telah melakukan cara membahagiakan istri ini sejak dua tahun pertama perkahwinannya lagi. 

Untunglah badan si isteri, malah perkara itu dilakukan atas dasar rela suaminya sendiri, isterinya yang dikenali sebagai Fatin Syazwani Ishak yang berusia 23 tahun berkata dia langsung tidak pernah meminta suaminya melakukan sedemikian. 

Cara si suami membahagiakan istri

Foto: iStock

“Ini tahun ketiga saya menjahit baju raya buat isteri dan saya lakukannya kerana saya cukup gemar menjahit.

“Malah, saya turut menjahit pakaian untuk dipakai isteri sewaktu majlis pertunangan dan perkahwinan kami, tiga tahun lalu.

“Isteri tidak cerewet, dia terima saja dan mengakui seronok kerana dapat menggayakan baju raya hasil kerja tangan saya,” menurut laporan Harian Metro. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kata si suami mithali itu lagi, dia akan membuat persiapan untuk hasilkan kesemua 30 pasang baju itu seawal 6 bulan sebelum Syawal. 

Apa yang lebih mengagumkan, Syed bukanlah seperti pereka fesyen yang mempunyai membantu untuk menyiapkan helaian baju itu, dia membuat semuanya sendiri tanpa bantuan sesiapa. 

Malah baju-baju tersebut dapat disiapkan sebelum Ramadhan lagi. 

Menjahit seawal 6 bulan sebelum raya

Kain dan material untuk menjahit baju semua dibeli seawal 6 bulan. Jadi bila punyai kelapangan dalam masa 6 bulan itu suami ini akan menjahit baju untuk isterinya yang akan dipakai sepanjang Syawal.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Mempunyai cahaya mata bukanlah penghalang projek si suami ini. Mereka mempunyai seorang anak lelaki berusia 2 tahun bernama Syed Muhammad Nouie Jaeden El-Alawi.

Tidak terlalu banyakkah 30 pasang baju? Namun bagi Syed itu bukanlah satu pembaziran, kerana ia adalah sebahagian daripada kenangan buat isterinya apabila dia tiada nanti. 

Malah baju-baju tersebut bukanlah untuk dipakai waktu hari raya semata. Ia boleh dipakai menghadiri kenduri, majlis dan sebagainya. 

“Ini cara saya menghargai dan memberi kegembiraan buat isteri dan Syawal tetap perlu diraikan walaupun dalam tempoh pandemik Covid-19.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

“Saya pernah pakai baju raya sama selama lapan tahun ketika zaman bujang dulu, jadi saya tidak mahu isteri dan anak melalui pengalaman sama,” katanya yang turut menghasilkan baju raya buat anaknya.

Manfaat membahagiakan istri

Foto: Islam Itu Indah

#1. Untuk keharmonian keluarga 

Keharmonian keluarga akan terjamin sekiranya pasangan sentiasa punyai kesungguhan untuk membahagiakan pasangan. 

Sebuah perkahwinan memang memerlukan ‘effort’ untuk kekal bahagia. Tiada pasangan yang berkahwin dan biar hubungan berlalu begitu sahaja, memang suramlah rumah tangga. 

Selalu kita dengari lelaki yang tidak menunjukkan kesungguhan, tiada lagi hadiah-hadiah di hari lahir, tiada percutian singkat namun cukup manis untuk dibawa dan tiada makan malam istimewa untuk menyambut hari-hari penting sepenting ulang tahun perkahwinan. 

Jadi peranan isteri sentias yang penting dalam memastikan perkara-perkara berikut dilakukan. Penatnya menguruskan keluarga, kena fikir pula perkara-perkara lain.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Dengan memikirkan cara membahagiakan istri, istri akan merasakan kebahagiaan yang akan juga memberikan kembali kebahagiaan tersebut kepada suaminya.

#2. Membentuk keluarga sakinah mawaddah

Foto: iStock

Keluarga yang sakinah mawaddah dan rahmah adalah keluarga yang tenang, berkat, dan penuh rahmat dari Allah. Ingat, keluarga seperti ini tidak dapat dikecapi sekiranya pasangan tidak cuba untuk berusaha mencari kebahagian kepada pasangan masing-masing.

Untuk itu, suami sebagai imam keluarga perlu memberikan contoh untuk dapat memberikan kebahagiaan tersebut pada istrinya. Jika masing-masing sudah bahagia, maka pasti akan mudah untuk terus menerus memelihara keluarga, mendapat berkat, dan rahmat Allah. Keluarga yang tidak bahagia, selalu bertengkar, kerana tiada keberkatan diberi. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#3. Mempengaruhi psikologi anak-anak

Isteri yang bahagia tentunya juga mempengaruhi anak-anak. Seorang istri atau ibu adalah orang yang paling utama dalam mendidik anak-anak di rumah. Jika seorang istri tidak bahagia tentu akan mempengaruhi anak-anak yang diurus dan dididiknya.

Jarang sekali ibu yang penuh emosi, marah-marah dan tekanan menjadikan anaknya sempurna dari segi kelakuan dan mental. Jadi hati-hati ya para suami, pernah dengar tak pepatah happy wife, happy life? Bukankah pepatah itu cukup tepat?

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Harian Metro

Baca juga: Tips Komunikasi Berkesan Untuk Pasangan Yang Sentiasa Selisih Pendapat