X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan ProdukKlik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Awards
    • Parents' Choice Awards 2023
  • Beriklan Dengan Kami

10 Fakta Menarik Tentang Khairy Jamaluddin - Bapa Yang Penyayang!

5 min bacaan
10 Fakta Menarik Tentang Khairy Jamaluddin - Bapa Yang Penyayang!

Dikenali dengan tagline tall, dark and handsome, Menteri Belia dan Sukan ini sebenarnya adalah seorang bapa yang penyayang dan suka melayan anak-anak!

Khairy Jamaluddin atau KJ

Siapa yang tak kenal dengan jejaka gantang lagi sasa yang memegang jawatan sebagai Menteri Belia dan Sukan di Malaysia ini?

Selain memegang jawatan di Jabatan Kementerian, Khairy Jamaluddin atau lebih dikenali sebagai KJ juga adalah Presiden bagi Pemuda UMNO.

Terkenal dengan tagline – tall, dark and handsome, segala perkara yang dilakukan oleh Khairy Jamaluddin akan mendapat sambutan dan perhatian hebat. 

Khairy Jamaluddin

Kredit gambar: Instagram

Baru-baru ini, beliau menyelesaikan masalah salah faham tentang bendera Indonesia yang terbalik di acara pembukaan SEA Games 2017 dengan tenang, hinggakan media Indonesia pula yang terpaku melihat “kegantangan” menteri ini.

Oleh itu, kami di theAsianparent ingin membawakan 10 fakta menarik tentang Khairy Jamaluddin – seorang bapa yang seksi lagi penyayang ini. Jom tengok!

10 fakta menarik tentang KJ – bapa yang penyayang lagi seksi!

1 – Beliau mempunyai anak autistik

Timor Abdullah, 9 tahun – anak kedua Khairy Jamaluddin adalah kanak-kanak istimewa yang menghidap sindrom autisme. Walaubagaimanapun, KJ tak pernah malu untuk menceritakan pengalamannya membesarkan anak autistik.

Timor atau lebih dikenali sebagai Puma menghadapi kesukaran pada peringkat awal tumbesarannya, namun KJ dan isteri bijak menangani masalah tersebut.

Nak tahu bagaimana mereka menjaga anak autisme ini? Kena baca lagi lah!

2 – Babysitting? Tak ada hal lah!

Kalau bapa lain tak suka babysitting kerana tak tahu melayan kerenah anak dan sentiasa sibuk, lain pula bagi bapa penyayang ini! Beliau gemar melakukan babysitting walaupun ketika beliau sibuk. 

Khairy Jamaluddin

Beliau tak kisah kena babysitting walaupun ketika sibuk

Ha… apa lagi alasan bapa-bapa di luar sana yang taknak membantu ibu-ibu menjaga anak, ya?

3 – Aktif di Instagram dan Twitter 

Beliau digelar sebagai menteri yang “sempoi” kerana gemar mendekati isu-isu semasa dan belia menerusi akaun Instagram dan Twitter. 

Malah, KJ pernah menang anugerah “Wired Celebrity Award” di Shout Award! Di Twitter dan Instagram, KJ sering “mengusik” pengikutnya.

Beliau juga sering digelar “daddy“!

Khairy Jamaluddin

Usikan KJ di Twitter

4 – Gemar ‘wefie’ dengan anak-anak

Kalau anda mengikut menteri ini di Instagram, anda pasti akan perasan bagaimana beliau sering mengambil gambar ‘wefie‘ dengan anak-anaknya. Sudahlah caption gambar semua lawak-lawak!

Khairy Jamaluddin mempunyai 3 orang anak lelaki, iaitu – Jibreil Ali, Timor Abdullah dan Raif ‘Leo’ Averroes. 

Khairy Jamaluddin

Khairy Jamaluddin yang suka wefie dengan anak-anak

Wah… pelik betul nama anak-anak beliau ya? Ha… sebenarnya ada makna menarik di sebalik semua nama-nama ini! Bahkan, KJ juga ada beri nama timangan untuk semua anaknya.

Nama timangan tersebut adalah Cougar untuk Jibreil, Puma untuk Timor dan Leo untuk Raif. Apa maksud Averroes dalam nama anak ketiganya itu?

Averroes adalah Abu Walid Muhammad atau Ibnu Rusyd yang terkenal dalam bidang kedoktoran, matematik dan falsafah.

5 – Beliau dan isteri amat menyokong pergerakan autisme di Malaysia

Oleh sebab berpengalaman membesarkan anak autisme, Khairy Jamaluddin dan isterinya, Nori Abdullah tak segan silu untuk memperlihatkan sokongan mereka pada pergerakan autisme di Malaysia.

Malah, mereka juga telah membuka sebuah gimnasium We Rock The Spectrum Kids di Evolve Concept Mall, Ara Damansara dan berkolaborasi bersama Persatuan Kebangsaan Autisme Malaysia (Nasom) untuk aktiviti berkaitan!

Stories Rakan Kongsi
Tepuk Ria Untuk Perut Lebih Lembut Dengan Gentle Sheep Toddler Milk!
Tepuk Ria Untuk Perut Lebih Lembut Dengan Gentle Sheep Toddler Milk!
5 Sebab Kenapa Para Ibu Bertukar Kepada Lampin Pakai Buang Offspring
5 Sebab Kenapa Para Ibu Bertukar Kepada Lampin Pakai Buang Offspring
Cara Membantu Anak Anda Mengimbangkan Antara Belajar dan Bermain
Cara Membantu Anak Anda Mengimbangkan Antara Belajar dan Bermain
Tips Penjagaan Kulit Bayi Baru Lahir Dengan Betul, Ibu Kali Pertama Wajib Tahu 5 Perkara Ini
Tips Penjagaan Kulit Bayi Baru Lahir Dengan Betul, Ibu Kali Pertama Wajib Tahu 5 Perkara Ini

6 – Berkahwin dengan anak Perdana Menteri yang paling bijak

Walaupun dilanda dengan pelbagai gosip dan skandal liar, namun jejaka kacak ini telah selamat berkahwin dengan Nori Abdullah, anak perempuan kepada mantan Perdana Menteri Malaysia ke-4 iaitu Abdullah Ahmad Badawi.

Khairy Jamaluddin

Khairy Jamaluddin dan isterinya, Nori Abdullah

Mereka berkahwin pada Oktober 2001.

Nori dikatakan antara anak perdana menteri yang paling bijak. Sejak kecil lagi, Nori sering meminta buku daripada Abdullah Ahmad Badawi, yang ketika itu bertugas sebagai Menteri Luar Negeri Malaysia.

7 – KJ suka OOTD dan pakai baju sama dengan anak-anak

OOTD atau Outfit of The Day adalah trend terkini yang sering tular di media sosial. Khairy Jamaluddin selaku menteri paling sempoi dalam kabinet pasti tak melepaskan trend ini!

Khairy Jamaluddin

OOTD sedondon dengan anaknya, Puma.

Menerusi akaun Instagramnya, dapat dilihat bagaimana beliau suka OOTD dan kadang-kala sengaja memakai baju yang sama dengan anak-anaknya! 

8 – Anak lelaki tunggal

Khairy Jamaluddin adalah anak lelaki tunggal dalam keluarganya. Beliau mempunyai darah pendekar dari kerabat Penghulu Abu Bakar. Patutlah beliau sentiasa berkredibiliti!

9 – Guna buku cerita untuk Timor

Seperti yang kita ketahui, anak kedua KJ adalah seorang anak istimewa yang menghidap autisme. Sebelum ini, beliau dengan sebak pernah menceritakan pengalaman dan tip dalam membesarkan anak autistik.

Dengan Timor, mereka sekeluarga menggunakan kaedah buku cerita bergambar. Timor suka membaca dan setiap kali risau jika angin Timor terganggu, mereka akan memberi buku cerita padanya.

10 – Selalu naik motor besar dengan anak-anak

Beberapa gambar yang sengaja dimuatnaik ke media sosial memperlihatkan KJ ini gemar menaiki motor besar dengan anak-anak. 

Tapi, kapcai pun ada juga! Haha

Khairy Jamaluddin

Ha… macam mana? Cukup tak semua fakta-fakta menarik tentang bapa yang penyayang lagi seksi ini?

Kami mengharapkan semoga perkongsian tentang KJ ini memberi inspirasi kepada suami dan bapa di luar sana untuk lebih rapat dengan anak-anak dan menyayangi keluarga.

Sumber rujukan: Instagram Khairy Jamaluddin

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman The AsianParent Malaysia

Baca juga:

https://my.theasianparent.comperanan-seorang-ayah-dalam-keluarga/

 

 

 

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Ayu Idris

  • halaman rumah
  • /
  • Keibubapaan
  • /
  • 10 Fakta Menarik Tentang Khairy Jamaluddin - Bapa Yang Penyayang!
Kongsikan:
  • Ibu Hamil Perlu Divaksin Untuk Mengurangkan Risiko COVID-19

    Ibu Hamil Perlu Divaksin Untuk Mengurangkan Risiko COVID-19

  • Bapa Sewaan? Lelaki Ini Tawar Khidmat 'Bapa Sewa' Kepada Kanak-Kanak Yang Tiada Bapa!

    Bapa Sewaan? Lelaki Ini Tawar Khidmat 'Bapa Sewa' Kepada Kanak-Kanak Yang Tiada Bapa!

  • Ibu Mencari Cara Hilangkan Stretch Marks? Ini 14 Krim Terbaik Bantu Atasi Masalah Tanda Regangan

    Ibu Mencari Cara Hilangkan Stretch Marks? Ini 14 Krim Terbaik Bantu Atasi Masalah Tanda Regangan

  • Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

    Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

  • Ibu Hamil Perlu Divaksin Untuk Mengurangkan Risiko COVID-19

    Ibu Hamil Perlu Divaksin Untuk Mengurangkan Risiko COVID-19

  • Bapa Sewaan? Lelaki Ini Tawar Khidmat 'Bapa Sewa' Kepada Kanak-Kanak Yang Tiada Bapa!

    Bapa Sewaan? Lelaki Ini Tawar Khidmat 'Bapa Sewa' Kepada Kanak-Kanak Yang Tiada Bapa!

  • Ibu Mencari Cara Hilangkan Stretch Marks? Ini 14 Krim Terbaik Bantu Atasi Masalah Tanda Regangan

    Ibu Mencari Cara Hilangkan Stretch Marks? Ini 14 Krim Terbaik Bantu Atasi Masalah Tanda Regangan

  • Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

    Selain Tambah Susu Badan, Ibu Juga Boleh Dapatkan Kulit Yang Cantik Dengan 16 Milk Booster Terbaik Di Malaysia Ini!

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
    • Anak angkat
    • Kehamilan
    • Sebelum & Proses Bersalin
    • Perkahwinan & Seks
  • Bayi
    • Nama bayi
    • Perkembangan & Anak
    • Tip keibubapaan
    • Penyusuan & Pemakanan
  • Kesihatan
    • Senaman
    • Alahan & Sindrom
    • Penyakit
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Rumah
    • Kewangan
    • Percutian
    • Pertandingan & promosi
  • Banyak Lagi
    • TAP Komuniti
    • Beriklan Dengan Kami
    • Hubungi Kami
    • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2023. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

theAsianparent heart icon
Kami ingin menghantar anda pemberitahuan untuk berita dan kemas kini terbaru mengenai penjagaan dan kesihatan bayi.