Rimas Orang Asyik Kritik Cara Besarkan Anak, Ini 10 Cara Respon Terbaik/Lucu

"Budak tu laparlah, kenapa ibu tak bagi dia makan? Sudah 4 bulan boleh saja bagi dia makan nestum!"

Pernah tak ibu ayah dikritik tentang cara membesarkan anak sendiri? Teguran untuk mendidik itu sebenarnya tak salah pun, tetapi agak merimaskan sekiranya ada saja kritikan yang dikeluarkan seolah-olah tidak layak bergelar ibu bapa.

Tidak kira bagaimana pun cara ibu ayah pilih untuk membesarkan cahaya mata, pasti akan ada yang tidak berpuas hati. Perkara ini bukan sahaja datang dari ahli keluarga sendiri, malah teguran dari orang asing lebih menyakitkan hati!

Bila Orang Sibuk Cara Parents Membesarkan Anak

Kami ada bertanyakan kepada parents berkenaan isu kritik gaya keibubapaan dan ramai yang bersetuju sering mendapat komen yang mereka salah mendidik anak sendiri. Setiap ibu bapa pastinya ada cara tersendiri apatah lagi apabila hidup setiap orang berbeza dari segi kewangan, tempat tinggal, kemampuan dan sebagainya.

Jadi bila soalan seperti ‘Kenapa tak buat begini?’ atau ‘Sepatutnya awak buat begini” tidak sepatutnya dihamburkan sesuka hati kalau tidak tahu latarbelakang si ibu. Contohnya bila ibu tidak mampu beri anak susu menggunakan botol, tetapi orang luar pula sibuk kritik anak terlalu berkepit dengan ibu dan sebagainya.

Ini beberapa respon yang didapati dari para ibu dalam komuniti theAsianparent:

ZazApit:

1.ramaii sangatt nak acah2 nak jadi mak bapak jadian macam lahh dia pandai jaga anak sedangkan anak pon tak ade 2.ade yang anak ramaii macam lahh dia tahu segalanya sedangkan anak dia pon bukan dia yang jage lepas tu acah2 cakap macam nie “akak nie ramai anak banyak pengalaman nye dari kau tu”

Permata Hati:

Kalau ada yg bg nasihat yang baik….ambil dan fikir positif je…kalau nasihat benda tak baik..ignore je…org ni pndai ckp je kdg sendiri pon xbuat…😊

Andhara Shamay:

Pernah. Anak kurus… Mcm sy xbg mkn pula. Padahal sy mmg kurus dari kecik walaupun makan byk.

Banyak lagi pengalaman ibu yang berhadapan dengan keadaan ini dan ia sememangnya perkara biasa yang dialami oleh semua ibu. Bezanya adalah sama ada anda mahu menghadapinya secara positif atau tidak.

Kadangkala nasihat yang diberi memang bagus untuk dipraktikkan, tetapi kebanyakkan masa ia sebaiknya diabaikan dan lupakan sahaja. 

Cara Respon Kepada Kritikan Terhadap Gaya Keibubapaan Anda

Ada sesetengah ibu ayah yang tidak tahu cara untuk respon dengan hal sebegini, dengan alasan ingin menjaga hati orang yang menegur. Hati-hati ya ibu, jangankan sebab tak berani bercakap sampaikan ibu biarkan saja anak terlibat sekali.

Ada beberapa perkara yang ibu boleh lakukan dalam keadaan ini, antaranya seperti berikut:

#1 Senyum, Angguk dan Tengok Saja Tanpa Perasaan

Kalau ada yang selalu sangat sibuk tegur cara ibu, lain kali ibu senyum saja dan angguk tanda setuju. Ada kemungkinan keadaan akan jadi awkward dan dia akan berlalu saja.

#2 “Nak Tak Jaga Anak Saya Sehari?”

Ini hanya sekadar soalan gurauan. Namun hakikatnya, tiada siapa yang benar-benar  tahu bagaimana untuk menjaga anak-anak anda melainkan mereka telah mengasuh mereka setiap hari, 24/7. 

#3 Tukar Topik

Anak baru 1 tahun tapi makcik sebelah rumah asyik tanya bila anak nak pandai cakap, jadi ibu boleh tukar topik perbualan saja. 

#4 “Wah, Tak Pernah Terfikir Macam Tu!

Tunjukkan respons seolah anda kagum dengan kata-kata si penasihat. Sekurang-kurangnya anda masih menjaga hatinya dan seterusnya boleh tukar topik yang tidak berkaitan anak.

#5 Semua Kanak-Kanak Berbeza

Ini merupakan satu kenyataan yang harus diterima oleh semua pihak ya! Setiap anak mempunyai karakter sendiri jadi mereka tidak boleh disamakan sama sekali.

Kalau mereka tidak bersetuju, mungkin kita boleh beralih semula ke cadangan nombor #2?

#6 Ikut Saranan Doktor

Ini mungkin lebih berkesan kerana saranan doktor merupakan apa yang kebanyakkan orang lebih hormat dan percaya. Walaupun ia tidak semestinya mengikut kata sebenar doktor anda, sekurang-kurangnya ia boleh menghentikan kritikan dari berterusan.

#7 Reka Keadaan Cemas!

“Alamak, anak saya dah buang air besar pula! Nanti sambung borak lagi ya!”, ya semudah itu sahaja.

#8 Terangkan Keadaan Anak

Kadangkala orang lain anggap bukan-bukan pada anak, seolah ibu tidak menjaga dengan baik. Anda sebagai ibu pasti lebih tahu kenapa anak bersikap sedemikian jadi beri kesimpulan mudah kepada si pengkritik, “Oh, dia memang macam tu sebab mengantuk.”

#9 “Oh Macam Mana Awak Jaga Anak Awak Pula?”

Cara ini mungkin seperti perlian tetapi sekurang-kurangnya ia dapat mengelak dari terusan bercakap tentang cara anda membesarkan anak! Teruskan bertanya tentang cara dia menguruskan anak pula sehingga rimas. Hihi.

#10 Layankan Saja

“Menarik juga ya.” Ibu, layankan saja komen si polan.  Kadangkala dia tak perasan pun yang tindakannya boleh membuatkan orang lain terasa atau kecil hati, mungkin niatnya hanya ingin membantu.

Kesimpulannya, jika seseorang meminta nasihat tentang keibubapaan maka boleh saja anda berikannya tetapi jika tidak diminta, mungkin ibu perlu berdiam sahaja ya. Jom kongsi pengalaman anda di bebenang dalam aplikasi theAsianparent berkenaan hal ini!

Untuk dapatkan lebih banyak informasi dari theAsianparent Malaysia, boleh terus download Aplikasi Keibubapaan #1 Di Asia Tenggara kami.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: scarymommy

Baca juga:

https://my.theasianparent.combagaimana-saya-menjadi-seorang-ibu-yang-tenang

Penulis

Beto Rahman