Bagi pasangan suami isteri, cerita mengenai zakar mesti malu-malu untuk diborakkan. Tapi tahu tak ada suami yang pernah tertanya-tanya bagaimana cara membesarkan zakar, ini semua kerana si suami hanyalah mahu si isteri PUAS setiap kali bersama.
Dan paling menarik untuk pasangan tahu jenis-jenis zakar suami ini. Kerana ia sebenarnya mempunyai rahsia disebalik personaliti sebenar mereka!
Anda pun tentu tahu zakar lelaki diciptakan berbeza-beza dan ia sebenarnya sangat unik. Tapi wujudkah zakar yang sempurna?
Mungkin tidak. Tapi jangan terkejut, ada saja orang yang percaya mereka telah menjumpai zakar yang hampir sempurna!
Mengikut kajian oleh University of New Mexico dan Universiti of California, mereka mendapati wanita gemarkan zakar yang berukuran 6.3 inci panjang, dan ketebalan 4.8 inci.
Selalunya untuk lelaki yang mempunyai saiz zakar sebesar ini adalah Jenis A. Mereka ini agresif tetapi masih kekal sensitif.
“Lelaki yang mempunyai zakar sempurna ini membuatkan saya rasa lebih selamat. Ini kerana mereka lebih stabil dari segi emosi dan cukup berkeyakinan. Bukan itu saja, mereka ini mempunyai suara yang cukup maskulin! Memang menggoda,” kata seorang wanita bernama Morishita di Amerika.
Jadi apakah jenis-jenis zakar yang ada pada lelaki? Ini dia antara lima yang biasa dimiliki dan bagaimana jenis zakar ini mempengaruhi personaliti mereka.
5 jenis zakar lelaki
Foto: Healthline
#1. Pendek dan tebal
Lelaki jenis ini selalunya ego. Mereka akan melindungi kekurangan mereka ini dengan menyerlahkan bahagian badan mereka yang lain. Mereka ini selalu berada di gym, untuk ‘workout’ bahagian badan mereka. Mereka ini selalu dianggap lelaki yang ‘playboy’ dn mudah memainkan perasaan wanita. Ialah untuk ‘coverline’ kan. Jadi ada kalangan suami anda yang suka pergi gim semasa bercinta dulu? Ops!
#2. Zakar yang sedikit melengkung ke atas
Lelaki yang mempunyai jenis zakar yang melengkung ke atas adalah seorang yang optimis! Beruntungnya isteri yang mempunyai suami sebegini. Merekalah yang sentiasa berfikiran positif bila masalah melanda. Tapi mereka ini juga seorang yang sensitif. Mungkin kerana mereka menganggap lengkungan itu satu kekurangan. Tapi sebenarnya tidak. Dan jenis ini selalunya akan melakukan posisi seks stail ‘doggy’.
#3. Zakar melengkung ke bawah
Tadi sudah ke atas, kali ini yang kebawah pula. Lelaki jenis ini mungkin agak pentingkan diri. Mungkin kerana mereka tidak berasa itu satu kekurangan jadi mereka akan menjadi sangat agresif di ranjang. Hakikatnya bentuk zakar sebegitu akan memberikan sedikit ketidakselesaan semasa bersama.
#4. Yang tembam
Selalu dengar ciri tembam ini untuk wanita saja kan? Tapi lelaki pun ada ya. Semuanya besar. Dari segi kepanjangannya, ukur lilit kepala zakar dan semualah! Lelaki jenis ini rasanya anda boleh tahulah jenis yang bagaimana. Agak sombong, ego dan keras kepala. Mungkin kerana berasa bangga dengan kebesaran zakarnya. Bagi suami yang ingin tahu cara membesarkan zakar lupakanlah ya, nanti personaliti bertukar juga.
#5. Lurus
Jenis zakar ini bentuknya sama saja dari ukuran kepala hingga batangnya. Jika suami anda mempunyai zakar jenis ini, berita baik untuk anda. Anda boleh bereksperimentasi posisi seks tanpa rasa sakit pun! Ini kerana jika satu posisi saja sukar sedikit untuk mencapai klimaks. Untuk personaliti suami dengan zakar jenis ini pula mereka selalunya juga ‘lurus’! Mereka ini hatinya baik, tidak bersangka buruk pada orang malah lebih bertolak ansur.
Maka zakar besar ke kecil ke masing-masing punyai keistimewaan masing-masing ya. Malah yang sedang elok tu pula mempunyai personaliti lebih menarik. Jadi para suami masih memikirkan kalaulah ada cara membesarkan zakar?
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Sumber: Healthline, YourTango
Baca juga:
10 Perkara Tentang Zakar Suami Yang Akan Buat Isteri TERKEJUT!
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!