3 Cara Sediakan Makanan Bayi Buat Ibu Bapa Sibuk, Semua Jadi Mudah Dengan Resepi Ini!

Ada beberapa cara membuat makanan bayi bagi ibu bapa yang terlalu sibuk dengan kerja. Malah resepi ini juga memudahkan pengasuh yang menjaga anak kita!

Sesibuk mana pun kita, jangan sesekali lupa untuk menyediakan makanan buat si kecil yang boleh dihantar ke rumah pengasuh atau taska. Berikut ini kami ingin menunjukkan cara membuat makanan bayi yang telah dikongsikan oleh Nor Dahlia. 

Cara membuat makanan bayi ini sangat berkhasiat dan sesuai di hantar ke rumah pengasuh kerana mereka hanya perlu menambah air panas atau masak atas api selama sekurang-kurangnya 4 ke 5 minit. 

3 resepi dan cara membuat makanan bayi yang sangat mudah & senang

#1. Cara membuat makanan bayi – Resepi Puri Buah-Buahan dan Sayuran beku 

Cara-cara membuat:

  • Kisar atau lenyek buah-buahan selepas direbus atau stim terlebih dahulu. 
  • Kemudian isikan dalam bekas ais ataupun cari bekas yang ada penutup dan simpan dalam freezer dengan baik. 
  • Jika ingin digunakan keluarkan puri dari freezer dan biarkan ia cair sendiri. 
  • Setelah itu, panaskan apabila tiba waktu makan. Masukkan puri dalam mangkuk atau bekas bebas BPA. 

Tips tambahan: 

  1. Puri boleh tahan sehingga 3 ke 4 bulan.
  2. Simpan puri dalam bentuk kiub supaya mudah dikira jumlah yang telah digunakan untuk si kecil. 
  3. Puri yang telah digunakan, sebaiknya tidak dibeku dan dicairkan beberapa kali. Kalau bayi tak habis makan buang saja dan esoknya beri yang baru pada mereka. 

#2. Resepi bubur sihat dan ekspres 

Cara-cara membuat:

  • Basuh beras perang hingga bersih dan rendamkan selama 24 jam pada suhu bilik.
  • Tukar air tiap 1/2 jam supaya beras tak masam. 
  • Sebelum tidur tukar air rendaman dan masukkan dalam peti ais.
  • Keesokannya tos kan air dan tunggu 3 jam sebelum disangai tanpa minyak. 
  • Sangai beras sehingga menjadi perang pekat dan kisar dalam blender sampai halus.
  • Kemudian ayak seperti tepung.
  • Simpan dalam peti ais dan boleh digunakan ketika ingin menyediakan makanan si manja. 

Tips tambahan:

  1. Bijirin nasi sangat sesuai untuk bayi yang berumur 7 hingga 9 bulan.
  2. Bijirin bubur ini selamat digunakan kerana tiada bahan-bahan pengawet digunakan. 
  3. Mengandungi Vitamin B, fosforus, selenium, potasium dan magnesium. 

#3. Resepi bubur oat 

Cara-cara membuat: 

  • Rendam selama 12 jam sama ada dalam peti sejuk atau suhu bilik.
  • Toskan selama 12 jam sehingga oat kering sepenuhnya.
  • Goreng tanpa minyak sampai oat kering. 
  • Apabila sejuk, kisar oat dengan blender. 
  • Kemudian ayak oat seperti tepung.
  • Gunakan oat ini ketika menyediakan makanan bayi. 

Tips tambahan:

  1. Oat adalah sumber serat yang baik bagi meningkatkan sistem imun badan dan menjaga kesihatan jantung.
  2. Mengurangkan masalah sembelit bayi. 
  3. Oat dapat menggantikan nasi dan berkhasiat untuk anak-anak. Apapun, dapatkan rolled oat dan bukannya instant oat. 

Semoga bermanfaat. 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Sirap Limau 

Baca juga 

https://my.theasianparent.com/resepi-makanan-bayi-6-bulan