Ini Gambaran Bukaan Pintu Rahim Dari 1 Hingga 10cm, Sebab Itu Proses Bersalin Ini Bukan Main-Main!

undefined

Inilah carta bukaan pintu rahim ibu hamil yang wajib diketahui lebih awal sebelum proses melahirkan.

Ada banyak cara mempercepat bukaan bermula dari 1 cm sehingga 10 cm. Namun sebelum itu, ayuh kita imbas kembali kejadian semasa saya melahirkan bayi sulung dua tahun lalu. 

Teringat kembali saat berada di dalam bilik pemeriksaan CTG jantung bayi di mana doktor memasang beberapa wayar di atas perut bagi memudahkan pengesanan dan bacaan jantung bayi di lakukan.

Sambil itu, mata melilau melihat persekitaran dalam bilik tersebut yang dilengkapi dengan perkakas dan bahan hospital. Setelah itu, mata melekap pula pada carta bukaaan pintu rahim yang dilekat di sebelah jam dinding.

Pada masa itu, baru nampak berapa besar bukaan 10cm itu bagi memudahkan seorang bayi dikeluarkan dari perut seorang ibu. 

Cara mempercepat bukaan dari 1 cm ke 10 cm melalui carta bukaan pintu rahim 

cara mempercepat bukaan, kaedah mempercepat bukaan, cara cepat bukaan, bukaan ketika bersalin, bukaan ketika melahirkan, bukaan semasa bersalin, bukaan semasa mengandung, bukaan ketika melahirkan bayi, saiz keluasan bukaan, saiz beranak, saiz rahim bila beranak

Anda tahu apa maksud di sebalik perkataan dilation? Ia sebenarnya menjelaskan tentang pelebaran, pembengkakan dan keluasan saiz pintu rahim bagi mengeluarkan tubuh bayi apabila tiba pada waktu yang sesuai. 

Namun, sebut saja tentang bukaan pintu rahim tentu ramai yang takut, risau, kecut perut dan pelbagai perasaan yang menyelubungi diri kerana ia berkaitan dengan keajaiban untuk melahirkan seorang cahaya mata.

Semasa kontraksi terjadi, doktor atau bidan akan sentiasa melakukan pemeriksaan terhadap bukaan rahim untuk memudahkan proses kelahiran.

Ini Gambaran Bukaan Pintu Rahim Dari 1 Hingga 10cm, Sebab Itu Proses Bersalin Ini Bukan Main-Main!

Doktor akan tunggu bukaan dari 1 cm sehingga membesar menjadi 10 cm supaya kepala dan tubuh bayi mudah untuk dikeluarkan. 

Jika bukaan tidak berlangsung dengan baik atau terhenti di mana-mana saiz, doktor akan memberi ubat sebagai salah satu cara mempercepat bukaan bersalin.

Namun, sekiranya bukaan masih lambat dan jantung bayi kelihatan lemah, emergency czer perlu dilakukan segera. 

Carta bukaan pintu rahim 

cara mempercepat bukaan, kaedah mempercepat bukaan, cara cepat bukaan, bukaan ketika bersalin, bukaan ketika melahirkan, bukaan semasa bersalin, bukaan semasa mengandung, bukaan ketika melahirkan bayi, saiz keluasan bukaan, saiz beranak, saiz rahim bila beranak

Pusat Kelahiran dan Klinik Penjagaan Kehamilan di Santa Clarita, California membantu para wanita hamil untuk visualisasikan bukaan pintu rahim.

Malah ia merupakan maklumat berguna untuk bidan dan doktor yang berperanan penting dalam menyambut seorang bayi.

Seorang pengguna Facebook, Steffanie Christian berkongsi gambar carta tersebut dan mengatakan inilah sebab mengapa seorang wanita itu berhak dikasihani kerana melalui gambar tersebut terbukti wanita berhadapan dengan pelbagai realiti hidup seperti melahirkan bayi. 

Beliau juga mensarankan setiap rumah mempunyai satu carta ini supaya dapat memberikan pendedahan berkaitan pembukaan pintu rahim bagi memudahan proses melahirkan anak. 

Apa pendapat anda, adakah cara ini menakutkan atau memberi anda informasi yang bermanfaat? Berikan komen anda di bawah! 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Hampir Tiba Waktu Bersalin? Jom Cuba 7 Cara Cepatkan Bukaan Mulut Rahim Ini!

Baca juga: Jika Anda Ada Rancangan Nak Beranak Czer Lebih Daripada 3 Kali, Baca Perkongsian Ibu Ini Dulu…

Baca juga: Menakjubkan! Begini Rupanya Melahirkan Bayi Songsang Secara Semulajadi- Gambar

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!