Cara Mencegah Kencing Manis Peringkat Awal Yang Mudah & Berkesan Untuk Diamalkan

Cara mencegah kencing manis peringkat awal boleh dilakukan dengan beberapa langkah mudah dan berkesan untuk menjaga kesihatan diri.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kencing manis atau diabetes adalah penyakit kronik yang semakin meningkat di kalangan rakyat Malaysia. Namun, dengan cara mencegah kencing manis peringkat awal boleh mengurangkan risiko terkena penyakit ini.

Apa Itu Kencing Manis? 

Kencing manis merupakan penyakit kronik yang menyebabkan tahap gula dalam darah (glukosa) meningkat lebih tinggi daripada normal. Penyakit ini berlaku apabila tubuh tidak menghasilkan insulin yang mencukupi atau tidak dapat menggunakan insulin dengan baik.

Insulin adalah hormon yang membantu mengawal paras gula dalam darah dan tanpa kawalan yang baik, gula berlebihan boleh merosakkan organ-organ penting dalam badan.

Jenis-Jenis Penyakit Kencing Manis

Terdapat beberapa jenis diabetes yang biasa ditemui:

1. Diabetes Jenis 1

  • Jenis ini berlaku apabila sistem imun badan menyerang dan merosakkan sel-sel yang menghasilkan insulin di pankreas. Akibatnya, tubuh langsung tidak menghasilkan insulin.
  • Pesakit perlu menerima suntikan insulin sepanjang hayat bagi mengawal paras gula darah.

2. Diabetes Jenis 2

  • Jenis yang paling kerap berlaku di kalangan orang dewasa. Tubuh masih menghasilkan insulin, tetapi tidak mencukupi atau tidak digunakan dengan baik oleh badan.
  • Kencing manis jenis ini boleh dikawal dengan mengamalkan gaya hidup sihat seperti diet seimbang, bersenam, dan mengambil ubat-ubatan jika perlu.

3. Diabetes Gestasi (Gestational Diabetes)

  • Terjadi semasa kehamilan apabila hormon mengganggu keupayaan insulin untuk berfungsi dengan baik.
  • Selepas kelahiran, tahap gula darah biasanya kembali normal tetapi wanita yang mengalami diabetes gestasi mempunyai risiko lebih tinggi untuk mendapat diabetes jenis 2 di masa hadapan.

5 Cara Mencegah Kencing Manis Peringkat Awal

1. Amalkan Pemakanan Sihat

Pemakanan seimbang memainkan peranan penting dalam mencegah kencing manis kerana ia membantu mengawal kadar gula dalam darah serta menjaga berat badan.

Pemakanan yang tidak sihat terutama yang tinggi gula dan lemak tepu, boleh mengundang risiko diabetes.

Kurangkan Pengambilan Gula dan Karbohidrat Ringkas: Gula berlebihan dalam makanan dan minuman mudah meningkatkan kadar gula dalam darah. Makanan yang tinggi gula seperti kek, soda dan kuih-muih manis perlu dielakkan atau dikurangkan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Sebaliknya, pilih sumber karbohidrat yang kompleks seperti beras perang, oat dan roti gandum penuh. Karbohidrat kompleks memerlukan masa lebih lama untuk dihadam, jadi gula dilepaskan secara perlahan ke dalam darah dan ini membantu menstabilkan kadar gula.

Pilih Lemak Sihat: Pengambilan lemak sihat seperti yang terdapat dalam minyak zaitun, avokado, ikan dan kekacang mempunyai khasiat yang baik untuk tubuh.

Lemak ini membantu mengurangkan keradangan dalam badan yang boleh meningkatkan risiko diabetes. Elakkan lemak tepu dari makanan seperti daging merah berlemak dan makanan yang diproses.

Tambah Sayuran Dan Buah-Buahan: Sayuran dan buah-buahan mempunyai rendah gula, kaya dengan serat, vitamin dan mineral yang membantu mengawal gula darah. Contoh sayuran seperti brokoli, bayam dan kubis membuatkan anda kenyang lebih lama.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

2. Turunkan Berat Badan Jika Berlebihan

Obesiti atau berat badan berlebihan merupakan salah satu faktor risiko utama diabetes jenis 2. Menurunkan berat badan walaupun dalam jumlah kecil sudah terbukti dapat mengurangkan risiko diabetes secara ketara.

Kawal Saiz Hidangan: Saiz hidangan memainkan peranan besar dalam mengawal berat badan. Elakkan makan dalam jumlah yang berlebihan.

Anda boleh menggunakan teknik seperti makan dalam pinggan kecil atau mengambil masa untuk mengunyah makanan perlahan-lahan agar otak mempunyai masa untuk mengesan rasa kenyang.

Pilih Snek Sihat: Apabila merasa lapar di antara waktu makan, pilih snek yang rendah kalori tetapi mengenyangkan seperti yogurt rendah lemak, buah-buahan atau kacang.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Makanan ringan yang sihat dapat membantu mengurangkan pengambilan makanan manis atau bergula tinggi yang membahayakan kesihatan.

3. Tingkatkan Aktiviti Fizikal

Gaya hidup yang aktif bukan sahaja membantu mengawal berat badan tetapi juga meningkatkan sensitiviti insulin iaitu hormon yang mengawal gula dalam darah.

Aktiviti fizikal secara tetap membantu badan menggunakan glukosa dengan lebih baik.

Aktiviti seperti berjalan kaki, berjoging, menari atau berenang membantu membakar kalori dan meningkatkan peredaran darah. Disarankan untuk melakukan sekurang-kurangnya 150 minit senaman seminggu.

Anda boleh mulakan dengan berjalan kaki selama 30 minit setiap hari atau menambah aktiviti lain yang anda gemari.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Manakala, senaman angkat berat, yoga atau latihan kekuatan lain membantu membina otot dan meningkatkan keupayaan badan untuk menggunakan insulin

 Mempunyai lebih banyak jisim otot membantu badan membakar lebih banyak kalori walaupun ketika berehat dan ini sangat bagus untuk mengekalkan kadar gula darah yang sihat.

4. Kawal Tekanan atau Stress

Tekanan atau stres yang tidak terkawal boleh mengakibatkan perubahan hormon dalam badan yang seterusnya meningkatkan kadar gula dalam darah.

Apabila seseorang stres, hormon kortisol akan dilepaskan yang boleh meningkatkan gula darah secara tidak langsung.

Mengamalkan teknik relaksasi seperti meditasi, pernafasan dalam atau mendengar muzik boleh membantu menenangkan fikiran.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Aktiviti ini membantu mengurangkan tekanan dan menjaga kestabilan hormon dalam badan.

Kurang tidur boleh meningkatkan hormon stres menyebabkan peningkatan gula dalam darah. Pastikan anda tidur sekurang-kurangnya 7-8 jam setiap malam.

Tidur yang cukup memberi masa kepada badan untuk pulih dan mengawal hormon dalam badan agar berada pada tahap normal.

5. Lakukan Pemeriksaan Kesihatan Berkala

Pemeriksaan kesihatan yang berkala sangat penting, terutamanya jika anda mempunyai faktor risiko seperti sejarah keluarga dengan diabetes atau faktor usia yang meningkat.

Ujian Gula Darah: Jalani ujian gula darah sekurang-kurangnya sekali setahun, lebih-lebih lagi jika anda mempunyai simptom kencing manis awal seperti keletihan, dahaga yang berlebihan atau kerap buang air kecil pada waktu malam.

Ini membolehkan anda mengenal pasti jika kadar gula dalam darah mula meningkat dan seterusnya mengambil langkah awal untuk mengawalnya.

Periksa Indeks Jisim Badan (BMI): BMI yang tinggi menunjukkan bahawa anda berisiko untuk menghidap diabetes.

Menurunkan berat badan walaupun hanya beberapa kilogram boleh memberi kesan positif terhadap tahap gula darah anda.

Mencegah kencing manis peringkat awal memerlukan perubahan gaya hidup yang konsisten, tetapi langkah ini tidak semestinya sukar.

Pastikan anda melakukan perubahan secara beransur-ansur dan pilih gaya hidup yang sesuai agar anda dapat menikmati kehidupan yang lebih sihat dan bebas dari penyakit kencing manis.

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Di theAsianparent Malaysia, penting bagi kami untuk membekalkan anda maklumat yang betul, penting dan tepat pada masanya. Tetapi ini tidak berfungsi sebagai alternatif untuk nasihat perubatan atau rawatan perubatan. theAsianparent Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap mereka yang memilih untuk mengambil ubat berdasarkan maklumat daripada laman web kami. Jika anda mempunyai sebarang keraguan, kami mengesyorkan agar anda berunding dengan doktor anda untuk mendapatkan maklumat yang lebih jelas.

Baca juga: Kencing Manis Semasa Mengandung (GDM): Punca, Tanda & Risiko Pada Ibu Serta Bayi

Baca juga: Penyakit Mental: Kenali Apa Itu Penyakit Mental, Tanda-Tanda & Cara Mendapatkan Bantuan

Baca juga: Badan Kaku & Mata Terbeliak, Ibu Ini Kongsi Pengalamannya Anak Demam Sawan

Penulis

Noorhidayah