Anak Tak Dengar & Beri Respon Bila Bercakap? Ia Mungkin Berpunca Dari Ibu Ayah!

Pernah tak ibu ayah mendapati anak buat tidak dengar sewaktu anda bercakap? Sebenarnya cara mendengar mereka telah berkembang! Ini yang perlu anda tahu...

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Cara mendengar setiap manusia terbahagi kepada beberapa jenis iaitu mendengar secara aktif, mendengar tanpa tindak balas dan mendengar apa yang hendak didengar. Ketika proses membesarkan anak-anak, pernahkah ibu berdepan pengalaman anak buat-buat tidak dengar ketika anda bercakap atau memberikan arahan?

Dalam hal ini si manja bukanlah mengalami masalah telinga. Mereka dengar namun memilih perkataan apa yang masuk dan menapis maklumat yang diperoleh.

Cara mendengar kanak-kanak, perlukah anda risau bila si manja tidak memberikan respon?

credit to sources

Tidak dinafikan, jika anda berdepan keadaan ini akan berasa cukup geram kerana seolah-olah bercakap dengan tunggul kayu. Misalnya ketika anak sedang menonton saluran televisyen kegemaran. Ibu mungkin akan tanya dia ”Tadi belajar apa dekat sekolah?”

Kebarangkalian untuk anak menjawab soalan ini adalah sangat rendah. Dia mungkin tidak memberikan sebarang respon, mata berkelip ke arah paparan skrin dan keras. 

Sebagai ibu, anda mungkin rasa kecewa atau sakit hati kerana beranggapan anak mula degil dan tidak mendengar kata. Terus emosi sampai mengatakan si manja tidak menghormati ibu.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Menurut perkongsian salah seorang guru kaunselor, Puan Farhah, dia selalu alami perkara ini. Pada mulanya ingat tidak normal. Namun sebenarnya, ia adalah perkara normal berlaku ketika anak-anak sedang membesar.

Namun, ibu ayah tidak boleh membiarkannya juga kerana perlu dididik agar tidak naik kepala nanti.

Akan tetapi, anda perlu tahu mengapa anak jadi begitu adalah kerana dia mula menapis apa yang hendak didengar dan jika dia rasa tidak mahu dengar, anak tidak akan beri sebarang respon. Hal ini adalah kerana:

#1. Anak mungkin berasa letih

Kadang-kadang jadual harian anak sangat padat sehingga dia dilanda keletihan dan mengantuk. Sebagai contoh, jika ibu ayah perasan setiap kali balik dari sekolah, selalu sangat perkara sebegini terjadi.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Bila pulang ke rumah, dia akan buat tidak dengar apa yang anda katakan mungkin ketika ini kerana dalam kepalanya hanya nampak bantal sahaja. Justeru, jika ibu mendapati riak muka anak sudah letih, usahlah bertanyakan dia pelbagai soalan.

Berikan dia berehat terlebih dahulu, kemudian barulah adakan sesi berinteraksi seisi keluarga.

#2. Ada sesuatu yang lebih menarik

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

credit to sources

Biasanya kalau ibu-ibu berkomunikasi dengan anak ketika sedang menonton televisyen, memang mereka akan jarang memberikan respon. Hal ini kerana apa yang dilihat adalah lebih menarik dari yang ibu cakap.

Jadi bila mahu anda berinteraksi dengan anda, elakkan gangguan seperti bunyi-bunyian lain kerana menganggu fokus mereka. Ibu boleh cuba menarik perhatian anak-anak dengan mengajak bermain, makan aiskrim atau membuat pancake bersama-sama.

Sekiranya mereka masih berada di hadapan televisyen, tarik anak sekejap ke tepi dan sampaikan apa sahaja yang anda mahu.

#3. Ibu ayah bercakap sambil melakukan perkara lain

Kadang-kadang kesibukan harian melakukan sesuatu urusan telah membataskan pergaulan anda bersama anak-anak. Namun sebagai ibu ayah, anda pastinya berusaha meluangkan masa untuk bercakap dengan mereka.

Dalam hal ini, anak akan melihat anda seakan-akan tidak bersungguh bercakap dengannya dan dia mungkin tidak berusaha mendengar apa yang dikatakan. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Cara yang terbaik adalah dengan mendekatkan jarak anda dan berada kedudukan sama tinggi, pegang anak untuk sentuhan dan pandang matanya. Ajar mereka apabila ibu ayah sedang bercakap, maknanya ada sesuatu perkara penting perlu didengar.

#4. Terlalu banyak bercakap

credit to sources

Hobi kebanyakan ibu adalah gemar bercakap. Namun anda harus tahu bahawa anak yang masih kecil tidak mampu untuk memproses pelbagai maklumat sekaligus. Cukuplah memberikan satu arahan dalam satu masa.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Ibu perlu bataskan setiap perkataan yang ingin keluar dari mulut dan cuba bercakap dengan gaya menarik serta menyeronokkan. Bukan itu sahaja, ubah arahan seolah-olah seperti sebuah lakonan. 

Anda boleh berlakon menjadi karakter kegemaran anak-anak. Sebagai contoh, guna rentak lagu Omar Hana atau Upin Ipin. Kalau buat cara mendengar ini, terus telinga mereka akan bersedia untuk tunggu apa lagi yang akan keluar dari mulut ibu.

Sumber: Puan Farhan

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga: Ibu Ayah Yang Panas Baran & Mudah Naik Tangan Penyebab Anak Jadi Lebih Nakal