Tak Perlu Pukul & Herdik Anak, Ini Cara Mendidik Anak Disiplin Berkesan

Anda rasa apakah cara betul untuk mendisiplinkan anak-anak? Adakah sama seperti mana yang kami nyatakan ini?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Apa yang anda faham bila sebut cara mendidik anak disiplin? Apakah cara yang anda buat untuk mendisiplin anak kecil supaya mereka dengar cakap

Dua persoalan ini kadang-kadang tergantung. Malah ada ketikanya, parents tak tahu nak buat apa bila bab mendisiplinkan anak-anak ini kerana si kecil semakin lasak. Jadi buat cara apapun tak ‘jalan’. 

Sebenarnya cara mendidik anak disiplin akan jadi mudah bila ibu tahu dan peka dengan mood anak. Sebagai contoh, anak akan meragam bila keinginannya tak dipenuhi.

Dari situ, ibu perlu tahu cara mendidik anak disiplin supaya mereka lebih menghormati kedua-dua ibu bapanya dan mereka yang lebih tua. 

4 cara mendidik anak disiplin dengan bijak

# 1 Terangkan pada anak apa itu disiplin 

Kredit: OIST

Pertama sekali, anda perlu menjelaskan apakah maksud disiplin itu sendiri dan kenapa anak perlu berdisiplin.

Jangan lupa untuk terang  pada anak apakah kesan jika tak berdisiplin sejak kecil. Antaranya, hidup akan lebih bercelaru, tak dapat puaskan hati sendiri, kerja tergendala dan sukar berhadapan dengan orang ramai.

Kemudian, beri contoh-contoh yang mudah supaya ia berkesan di hati anak. 

Perlahan-lahan pastikan si kecil akan faham dan secara beransur merima teguran anda itu. Beritahu mereka, anda tegur sebab inginkan mereka membesar menjadi anak yang baik di masa hadapan. 

#2 Ambil masa untuk tenangkan diri

Apabila anda cuba mendidik anak dengan naik suara, marah-marah dan mengamuk, ia sebenarnya  salah satu jalan yang kurang ‘cerdik’. Apatah lagi, ia akan menambahkan stres dan tekanan pada anak dan ibu. 

Jadi, ambil masa untuk tenangkan diri anda adalah jalan terbaik sebagai salah satu cara mendidik anak disiplin. Biarkan pemikiran anda selaras dan dalam keadaan normal semula. 

Luahkan perasaan kecewa dan sedih anda pada anak terhadap sikap mereka itu. Pasti ia beri kesan di hati anak lantas berubah secara perlahan-lahan. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

# 3 Beri kebebasan untuk anak bermain 

Kredit: Pxfuel

Sorok permainan anak atau melarang aktiviti tertentu sudah pasti memberi kesan terhadap tingkah laku anak-anak. Mereka akan bertambah memberontak.

Benarkan anak-anak bermain mengikut jam yang ditetapkan. Misalnya pukul 5 petang  sehingga jam 7.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Selepas itu, tak dibenarkan. Mereka perlu menyiapkan kerja sekolah di waktu malam dan tidur awal.

Selain itu, berhenti memaksa anak dengan perkara yang mereka tak suka dan tidak menganggu waktu mereka bermain. Anak pasti akan rasa lebih gembira dan akan mendengar kata ibu bapanya. 

#4 Bercakap dengan anak

Jangan terlalu serius dalam usaha untuk mendisiplinkan anak. Janganlah 24/7 nak cakap soal tatatertib, peraturan dan tanggungjawab kerana ia akan buat anak bertambah bosan.

Tapi cara mendidik anak disiplin dengan bijak adalah apabila anda boleh buat ia semasa waktu ringan seperti ketika menonton televisyen, berjalan di taman atau sebagainya.

Ini membuatkan mereka rasa lebih selesa dan faham disiplin itu penting untuk masa depannya nanti. 

Persediaan dan peringatan juga dapat membantu anak mematuhi disiplin yang ditetapkan. Sebab itu, komunikasi yang jelas penting antara ibu bapa dan anaknya. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Mengapa perlu didik anak?

Kredit: Today’s Parent

  • Memastikan anak berdisiplin dengan sepenuh kasih sayang 
  • Apabila berdisiplin ia memberikan impak positif terhadap pertumbuhan mental dan emosi anak.
  • Teliti dalam membincangkan peraturan di rumah. 
  • Tanggungjawab anak membantu tanamkan tabiat dan nilai murni sejak usia kanak-kanak lagi. 

Kesimpulannya, cara mendidik anak berbeza-beza. Cuma anda saja yang tahu cara betul untuk disiplinkan anak masing-masing yang lebih berkesan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Semoga artikel ini bermanfaat untuk semua. 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Penulis asal oleh Criselle Nunag; artikel mendapat keizinan dari theAsianparent Singapore