X
theAsianparent Malaysia Logo
theAsianparent Malaysia Logo
EnglishMalay
Panduan Produk
Klik Masuk
  • Menjadi ibu bapa
    • Project Sidekicks
    • Cubaan untuk hamil
    • Kehamilan
    • Sebelum & proses bersalin
    • Anak angkat
    • Kehilangan Bayi
  • Anak
    • Bayi Baru Lahir
    • Bayi
    • Balita
    • Prasekolah
    • Anak
    • Praremaja & Remaja
  • Keibubapaan
    • Tip keibubapaan
    • Berita Tular
    • Tip perkahwinan
  • Kesihatan
    • Penyakit
    • Alahan & Sindrom
    • Vaksinasi
    • Give Health A Shot
  • Penyusuan & Pemakanan
    • Penyusuan
    • Formula
    • Hidangan
  • Pendidikan
    • Prasekolah
    • Sekolah rendah
    • Sekolah menengah
    • Pendidikan khas
  • Gaya Hidup
    • Kesihatan
    • Kewangan
    • Rumah
    • Percutian
    • Spiritualiti
    • Pertandingan & promosi
  • TAP Cadangan
  • #PendidikanKewangan
    • Tip untuk Ibu Bapa
    • Tip untuk Kanak-kanak
    • Tip untuk Remaja
    • 5 Persona
  • Beli-Belah
  • VIP
  • Siaran Media
  • Beriklan Dengan Kami

Perbezaan ketara antara cara ayah dan ibu mendisiplinkan anak

4 min bacaan
Perbezaan ketara antara cara ayah dan ibu mendisiplinkan anak

Apakah perbezaan antara cara ayah dan ibu mendisiplinkan anak? Dalam artikel ini, kami menerangkan bagaimana mereka berbeza, dan kesannya kepada anak.

Walaupun ibu bapa sudah setuju tentang cara disiplinkan anak yang sesuai buat keluarga, tapi perlaksanaan disiplin antara ayah dan ibu masih berbeza. Perbezaan ini juga akan memberi kesan yang berlainan kepada anak.

Penyelidik masih tidak tahu punca perbezaan ini, sebab cara disiplinkan anak antara ayah dan ibu susah diramal.

Mereka hanya tahu kanak-kanak kecil lebih senang dipengaruhi oleh ibu mereka. Tapi apabila anak semakin besar, cara ayah mendisiplinkan anak pula yang akan lebih mempengaruhi cara mereka berinteraksi dan bersosial.

Cara disiplinkan anak: Perbezaan zaman dulu dan zaman sekarang

Menurut Luke Tse, seorang ahli psikologi, ini disebabkan cara disiplinkan anak zaman dulu-dulu sudah tidak lagi dipraktikan. Dulu kita takut dengan ayah kerana cara disiplinnya yang lebih tegas berbanding dengan ibu.

Walaupun hingga ke hari ini, ayah tetap big boss, caranya mendisiplinkan anak zaman sekarang mungkin sudah bertukar. Ayah-ayah hari ini lebih bersikap lembut dan permisif.

Kenapa? Ini kerana mereka lebih suka bersenang dengan anak dan membiarkan ibu mengendalikan semua perkara yang serius termasuk mendisiplin dan mendidik anak.

disiplinkan anak, tip mendisiplinkan anak, disiplinkan anak sendiri, cara ibu bapa mendisiplinkan anak, cara disiplinkan anak

Namun Elizabeth Crary, pengarang dan pendidik ibu bapa, berkata dia tidak percaya jantina memainkan peranan dalam menentukan cara ayah dan ibu mendisiplinkan anak.

“Ramai ibu bapa suka buat kesimpulan ayah perlu berkelakuan tertentu dan ibu berkelakuan lain. Sebenarnya cara mendisiplinkan anak yang berbeza lebih bergantung kepada pengalaman peribadi dan bukan pengalaman orang lain, ” katanya.

“Mana- mana pasangan yang bersikap lebih tegas tidak akan menghadapi masalah untuk menetapkan peraturan. Tetapi jika mereka lebih sensitif terhadap emosi anak, tugas ini akan menjadi lebih susah.“

Cara disiplinkan anak: Cara ibu bapa yang berbeza boleh menimbulkan masalah

Walaupun tugas mendisiplinkan anak yang masih kecil adalah lebih senang, keadaan akan menjadi lebih rumit apabila mereka masuk zaman remaja.

Tanggungjawab anak remaja lebih besar, dan ibu bapa akan memerlukan pendekatan yang berbeza apabila mendisiplinkan anak.

Jadi, gaya keibubapaan yang berlainan bukannya perkara yang tidak baik kerana apabila besar nanti, anak juga perlu belajar cara untuk menyesuaikan diri dengan nilai dan peraturan yang berbeza. 

disiplinkan anak, tip mendisiplinkan anak, disiplinkan anak sendiri, cara ibu bapa mendisiplinkan anak, cara disiplinkan anak

Tetapi isu yang boleh menimbulkan masalah ialah apabila mana-mana pasangan menjadi marah dengan yang berlainan kerana terlalu tegas atau terlalu lembut.
 
Keadaan boleh menjadi lebih tegang jika seorang over sangat mendisiplinkan anak sehingga pasangan yang lain rasa dia perlu bersikap lebih lembut lagi untuk mengimbangi keadaan.
 
Kadang-kadang pasangan yang lebih tegas perlu control sikit dan memberi peluang kepada pasangan yang lebih lembut untuk mendisiplinkan anak 

Pendidik keibubapaan Crary menasihatkan ibu bapa untuk mengenali kekuatan dan kelemahan dalam gaya keibubapaan mereka kerana ibu bapa perlu berkerjasama apabila menentukan cara disiplinkan anak. 

Cara disiplinkan anak: Perbezaan antara ayah dan ibu

Ahli Psikologi Tina Payne Bryson membuat kesimpulan ini selepas melihat perbezaan antara ayah dan ibu:

Apabila ibu mendisiplinkan anak, ini kerana mereka mementingkan hubungan sosial dengan anak mereka. Inilah sebab mengapa ibu senang mengambil hati apabila anak mereka nakal.

Akibatnya, anak mungkin boleh menjadi lebih beremosi kerana mereka sudah dilatih dari kecil untuk bertindak dengan emosi.

disiplinkan anak, tip mendisiplinkan anak, disiplinkan anak sendiri, cara ibu bapa mendisiplinkan anak, cara disiplinkan anak

Apabila ayah mendisiplinkan anak, ini kerana mereka mahu anak untuk membesar dan berjaya apabila dewasa dan tidak dihindar peluang akibat kelakuan yang tidak baik,” kata Bryson.

Adakah anda bersetuju dengan pendapat ini?

Ibu bapa perlu sedar tugas keibubapaan memerlukan banyak kerja. Sesetengah ibu bapa perlu melalui konflik bertahun-tahun sebelum mencapai kompromi.

Biarpun susah, ia adalah tugas kita sebagai ibu bapa untuk mendidik dan menyemai nilai-nilai untuk generasi yang akan datang.

Bak kata penutup Crary: Ibu bapa mungkin tidak bersetuju dalam semua perkara, tetapi mereka perlu menghormati keputusan pasangan yang lain.

Setiap orang mempunyai pendirian mereka sendiri. Ibu bapa mungkin mempunyai cara disiplinkan anak yang berlainan, tapi yang penting mereka perlu mempunyai matlamat yang sama. 

 

 

 

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Sumber: Fatherly, Parent Map

Baca juga:

Stories Rakan Kongsi
Baby Skin Care: Tips Memastikan Kulit Si Manja Lembut dan Selamat Dengan Produk Organik Terbaik
Baby Skin Care: Tips Memastikan Kulit Si Manja Lembut dan Selamat Dengan Produk Organik Terbaik
Nak Balik Kampung? Ini 5 Barang Wajib Ada Untuk Si Manja Anda
Nak Balik Kampung? Ini 5 Barang Wajib Ada Untuk Si Manja Anda
Galakkan Anak-Anak ‘Sayang’ dan ‘Rindu’ Pada Bulan Ramadan, Ini Caranya
Galakkan Anak-Anak ‘Sayang’ dan ‘Rindu’ Pada Bulan Ramadan, Ini Caranya
Tepuk Ria Untuk Perut Lebih Lembut Dengan Gentle Sheep Toddler Milk!
Tepuk Ria Untuk Perut Lebih Lembut Dengan Gentle Sheep Toddler Milk!

Kenapa kata “tidak boleh” dan “no” sebenarnya bagus dalam mendisiplinkan anak?

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

img
Penulis

Rosanna Chio

  • halaman rumah
  • /
  • Keibubapaan
  • /
  • Perbezaan ketara antara cara ayah dan ibu mendisiplinkan anak
Kongsikan:
  • Senarai Negeri Paling Ramai Miskin Tegar Di Malaysia, Kelantan & Kuala Lumpur Turut Tersenarai

    Senarai Negeri Paling Ramai Miskin Tegar Di Malaysia, Kelantan & Kuala Lumpur Turut Tersenarai

  • Cerai Ketika Hamil: Adakah Lafaz Talak Suami Itu Sah? Ini Jawapan Mufti, Suami Isteri Perlu Tahu!

    Cerai Ketika Hamil: Adakah Lafaz Talak Suami Itu Sah? Ini Jawapan Mufti, Suami Isteri Perlu Tahu!

  • Anak Tidur Mengigau & Menangis Tengah Malam, Ketahui Punca Dan Cara Mengatasinya

    Anak Tidur Mengigau & Menangis Tengah Malam, Ketahui Punca Dan Cara Mengatasinya

  • Senarai Negeri Paling Ramai Miskin Tegar Di Malaysia, Kelantan & Kuala Lumpur Turut Tersenarai

    Senarai Negeri Paling Ramai Miskin Tegar Di Malaysia, Kelantan & Kuala Lumpur Turut Tersenarai

  • Cerai Ketika Hamil: Adakah Lafaz Talak Suami Itu Sah? Ini Jawapan Mufti, Suami Isteri Perlu Tahu!

    Cerai Ketika Hamil: Adakah Lafaz Talak Suami Itu Sah? Ini Jawapan Mufti, Suami Isteri Perlu Tahu!

  • Anak Tidur Mengigau & Menangis Tengah Malam, Ketahui Punca Dan Cara Mengatasinya

    Anak Tidur Mengigau & Menangis Tengah Malam, Ketahui Punca Dan Cara Mengatasinya

Jom dapatkan info kehamilan dan bayi!
  • Cubaan untuk hamil
  • Bayi
  • Kesihatan
  • Pendidikan
  • Gaya Hidup
  • TAP Komuniti
  • Beriklan Dengan Kami
  • Hubungi Kami
  • Jadi Penyumbang Kami


  • Singapore flag Singapore
  • Thailand flag Thailand
  • Indonesia flag Indonesia
  • Philippines flag Philippines
  • Malaysia flag Malaysia
  • Sri-Lanka flag Sri Lanka
  • India flag India
  • Vietnam flag Vietnam
  • Australia flag Australia
  • Japan flag Japan
  • Nigeria flag Nigeria
  • Kenya flag Kenya
© Copyright theAsianparent 2025. All rights reserved
Tentang Kami|Team Kami|Polisi Privasi|Terma dan Syarat |Peta Laman Web
  • Alat
  • Artikel
  • Feed
  • Poll

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham

Kami menggunakan kuki supaya anda dapat pengalaman terbaik. Belajar LebihOkay, Faham