Mendidik Anak Lelaki Jadi Bertanggungjawab, Ini Apa Yang Ibu Bapa Perlu Lakukan

Saat lahirnya anak lelaki kesayangan anda, pastinya banyak soalan bermain di fikiran. Malah masa depannya untuk menjadi seorang lelaki yang bertanggung jawab adalah bergantung pada cara didikan ibu-bapa. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Dalam mendidik anak tentu ada banyak cabarannya. Apatah lagi cara mendidik anak lelaki dan anak perempuan adalah sangat berbeza. 

Saat lahirnya anak lelaki kesayangan anda, pastinya banyak soalan bermain di fikiran. Malah masa depannya untuk menjadi seorang lelaki yang bertanggungjawab adalah bergantung pada cara didikan ibu-bapa. 

Jangan bimbang wahai ibu ayah, setiap orang cara mendidik anak adalah berbeza. Sekiranya ia menjadi kerunsingan anda jika anda dapat mendidik anak dengan betul atau tidak, tarik nafas dan ingatlah tiada ibu bapa yang sempurna.

Tapi jika anda ingin tahu antara cara yang berkesan untuk mendidik anak lelaki menjadi seorang lelaki yang boleh diharap. Ikuti tips mendidik anak lelaki dibawah.

Cara Mendidik Anak Lelaki

Foto : Baituljannah

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#1. Sumber duit belanja

Jika ibu bapa menjana pendapatan dengan hasil pekerjaan yang halal juga atas usaha yang keras, inshaAllah anak akan ‘menjadi’.

Ini adalah benar sekali di mana, segala sumber untuk membesarkan anak dari segi keperluan asas seperti makan, minum, pakai, pendidikan dan sebagainya adalah atas usaha ibu bapa.

Jadi jika bersih sumbernya maka ‘bersihlah’ figura seorang anak itu. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

#2. Tolong kawal emosi

Kita selalu rasakan yang apabila seorang lelaki itu memendam emosinya, dianggap macho dan kuat. Tapi realitinya lelaki sejati adalah lelaki yang pandai mengekspresi emosinya mengikut keadaan yang betul.

Sekiranya dia bersedih dia akan menangis, apabila kecewa dia mengatakan kekecewaan itu dengan perbincangan.

Jika anda selalu mengherdik anak lelaki apabila dia sedang menangis dengan berkata “jangan menangis, awak kan lelaki, lelaki mesti kuat,” lambat laun akan menjadikan dia seorang yang lebih mudah menyimpan emosi.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Apa yang anda boleh lakukan adalah cuba bertanya apa yang anda boleh bantu apabila melihat anak anda sedang marah atau bersedih. Jangan terus bertanya apa punca yang membuat dia marah. “Awak nampak sedih, cuba cerita dengan ibu, mana tahu ibu boleh bantu?” katakan seperti itu.

#3. Jangan terlalu beri kesenangan

Ibu bapa mana yang tidak mahu melihat anak senang bukan? Malah kesenangan ibu bapa nak dikongsi bersama siapa lagi kalau bukan dengan anak-anak.

Tapi jika anak-anak sudah terbiasa hidup senang dan langsung tidak pernah alami kesukaran tidak kiralah berbentuk harta benda atau apa saja, bimbang akan menjadikan anak dimanjakan.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Apabila apa saja yang diminta kita tunaikan membuatkan dia berasa dia mampu mendapat apa saja di dunia kerana adanya ibu bapa.

Apa yang anda boleh lakukan adalah jadikan apa yang dimahukan itu bersyarat. Contohnya, jika dia mahukan permainan baru cuba berikan dia satu tugasan.

Seperti perlu mengemas mainannya yang sedia ada dengan baik. Atau asingkan permainan lamanya untuk diberikan kepada kanak-kanak lain dan sebagainya.

Sedikit sebanyak dapat mendorong dia melakukan sesuatu demi habuan. Bukanlah hanya sekadar meminta semata-mata.

#4. Ayah perlu jadi contoh

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Kajian menunjukkan bahawa anak-anak lelaki mudah dipengaruhi oleh ciri-ciri bapanya. Sekiranya si ayah lebih menonjolkan ciri-ciri yang ‘gentlemen’, ada kemungkinan anak lelakinya juga berpersonaliti begitu.

Mereka juga akan lebih inginkan perhatian si ayah apabila meningkat usia tiga tahun keatas, mereka ingin bermain lasak dengan lasak seperti bergusti dengan ayah, atau membuat aktiviti luar seperti berkhemah dan sebagainya.

Dari situlah dia mulai rasa keinginan untuk menjadi seperti bapanya bila dah besar nanti! Oh! Dan si ayah kena ingat untuk layan si ibu dengan baik ya! Supaya nanti dia tahu bagaimana untuk melayan perempuan dengan baik!

#5. Empati

Apabila anak lelaki anda memahami apa perasaan orang lain, ia akan menjadikan anak anda seorang kawan, suami dan ayah yang terbaik kelak. “Pentingnya perasaan empati ini ia akan menghalang anak anda melakukan sesuatu yang akan menyakiti orang lain.

Malah punyai rasa hormat pada orang lain,” Kata Shari Young Kuchenbecker, PhD, pembantu profesor psikologi di Chapman University, Orange California. “Ia adalah asas terbaik yang anda perlu sediakan apabila mempunyai anak lelaki.”

Sumber: womansday

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca Juga: 

Berapakah Bilangan Anak Yang Ideal? Mesti Tahu Sebelum Kahwin Lagi, Kalau Tak…