Memupuk disiplin anak bukan suatu perkara yang boleh dibuat dalam masa sehari dua. Ia adalah sesuatu yang mungkin akan mengambil masa agak lama. Kali ini kami kongsikan trik disiplinkan anak menurut ajaran Islam. Bagaimana cara mendidik anak umur 7 tahun menurut ajaran Islam?
Apa yang penting ibu ayah jangan putus asa dan sentiasa berusaha mendisiplinkan anak supaya mereka menjadi insan yang berguna kepada agama, bangsa dan negara.
Persoalannya, semakin dunia menjadi moden, banyak kaedah mendisiplinkan anak yang sudah tidak relevan dengan peredaran masa, ada yang memang langsung tidak kena dengan masa kini. Namun, ada beberapa cara mengikut Islam yang tentunya masih relevan hingga sekarang yang mungkin boleh digunakan ibu bapa.
Cara mendidik anak umur 7 tahun menurut ajaran Islam
Ada beberapa cara mengikut Islam yang tentunya masih relevan pada masa kini yang mungkin boleh ibu ayah di luar sana gunakan. Bak kata pepatah, ibarat menarik rambut dalam tepung, rambut tidak putus tepung pun tidak bersepah. Umur 7 tahun boleh dianggap permulaan umur kepada didikan yang lebih tegas. Namun, dalam ketegasan perlulah berhikmah.
Mendisiplinkan anak ini bukanlah suatu perkara yang mudah tetapi ia tidak mustahil jika ibu ayah buat dengan cara yang betul.
#1. Elak guna perkataan ‘jangan’
Perasan tak, bila kita guna perkataan jangan, kadang kala makin galak lagi anak buat perangai. Lagi-lagi pada usia 7 tahun ini. Bagai disuruh-suruh pula mereka ini. Jadi kita pun mulalah naik angin.
Tapi mengikut pakar psikologi, anda perlu ubah perkataan atau ayat yang ada jangan itu dengan ayat lain kerana psikologi manusia kadang kala memang suka kepada perkara yang dilarang kerana mereka nak tahu sebab dan akibat jika mereka buat.
Disebabkan itu, elak guna jangan jika anda mahu melarang anak berbuat sesuatu yang anda tidak gemari. Gunakan pendekatan psikologi yang akan lebih menarik mereka.
#2. Puji anak depan orang lain
Anak 7 tahun dah bijak. Mereka boleh faham apa yang anda buat dan perkatakan. Bila anak buat baik, ada ibu bapa yang selalu saja tidak mahu puji mereka. Malah ada yang kata nak tunjuk baik lah tu. Tolong jangan jadi ibu bapa toksik.
Bila anak buat baik, puji mereka tidak kiralah di hadapan orang dan sebagainya. Ia ibarat suatu signal bahawa perbuatan baik itu memang disukai.
Jangan down kan anak dengan perbuatan toksik yang mana anda bangga dengannya tetapi tidak mahu tunjuk kepada mereka. Bila anak kita berkelakuan baik, puji dia.
Bila balik kampung atau sedang berada di rumah kawan sebagai tetamu, puji depan semua orang. Ini akan buat dia bangga dan rasa dihargai. Tunjukkan kemesraan, peluk anak selalu. Banyak kelebihan memeluk anak.
#3. Elak pukul anak
Jangan biasakan diri pukul anak. Sikit-sikit nak pukul. Jika ingin pukul sekalipun, pukul perlahan sahaja, sekadar untuk menyedarkan anak. Kawasan pukulan yang dibenarkan pula, bahagian kaki, paha ke bawah sahaja.
Anak belajar daripada ibu bapa, jadi hati-hati ya.
#4. Banyak tambah ilmu keibubapaan & perkembangan anak
Memahami perkembangan anak akan membantu anda memahami anak anda. Mereka bukan si dewasa kecil yang perlu ikut segalanya yang dimahukan oleh orang dewasa.
Mereka anak kecil yang ada kemahuan dan keinginan sendiri. Belajar setiap perkembangan anak akan menjadikan anda lebih faham dengan mereka.
Lebih-lebih lagi zaman sekarang yang penuh dengan cabaran. Anak lebih terdedah dengan gajet dan sebagainya. Jadi perlu kenali mereka dengan sebaiknya supaya pendekatan yang digunakan sesuai dengan peredaran zaman.
#5. Gunakan sistem ganjaran
reward system adalah salah satu cara yang amat berkesan untuk mengalakkan anak buat baik dan sentiasa menjaga perangai mereka. Bila mereka buat perangai boleh juga guna sistem time out. Tetapi pastikan ia sesuai dengan usia mereka.
Sebagai contoh, jika buat time out, jangan terlalu lama. Jika anda nak buat silent treatment boleh buat tetapi jangka masa itu biarlah kena dengan usia anak.
Yang disyorkan adalah 1 minit untuk setiap peningkatan umur. Ia bermakna, umur setahun 1 minit dah bertambah mengikut usianya. Jadi kalau 7 tahun 7 minit sudah memadai jika anda mahu buat time out.
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga: Bagaimana Nak Merapatkan Hubungan Dengan Bayi Baru Lahir? Ini 5 Cara Yang Anda Boleh Cuba
Baca juga: Konflik Dalam Perkahwinan Itu Biasa, Anda Hanya Perlu Bijak ‘Tackle’ Pasangan
Baca juga: Ibu Ayah Amalkan Doa Untuk Bayi Baru Lahir Ini, Anak Mudah Tidur & Elak Gangguan