Ibu Di Jepun Tak Marah-Marah Anak Pun, Tapi Anak Paling Berdisiplin! Ini 5 Rahsianya...

Tak payah berteriak pun, anak orang Jepun amat berdisiplin, menghormati orang lain dan sopan! Apa cara didikan yang dibuat ibu bapa mereka?

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Tak hanya terkenal dengan teknologi canggih, Jepun juga dikenali kerana masyarakatnya yang sopan, berdisiplin dan menghormati orang lain. Agak-agak, apa rahsia dan cara mendisiplinkan anak yang dibuat oleh orang Jepun ya?

Ha… jangan terkejut! Hari ini, kami akan mendedahkan cara mendisiplinkan anak yang diamalkan oleh ibu bapa di Jepun. Dengan didikan ini, ibu bapa di sana tak payah pun marah-marah anak dan meninggikan suara.

Tapi, lihat sajalah bagaimana anak-anak Jepun sungguh patuh, sopan malah amat berdisiplin walaupun masih kecil!

Cara Mendisiplinkan Anak Seperti Orang Jepun

Sebenarnya, semua ini bermula dari ibu bapa. Anak akan menjadikan ibu bapa sebagai role model, jadi dari anda mereka belajar untuk berdisiplin, sopan dan menghormati orang lain.

Berikut antara 5 cara mendisiplinkan anak yang diamalkan orang Jepun. Pasti anda tercengang membacanya!

Cara Mendisiplinkan Anak #1 Hubungan Anak Dan Ibu Yang Sangat Erat

Mungkin kedengaran macam over, tapi ibu bapa di Jepun amat mementingkan keakraban antara ibu dan anak hinggalah anak itu berusia 6 tahun.

Selama tiga tahun pertama kehidupan anak, seorang ibu akan membawa anaknya ke mana-mana saja, dan mencurahkan sepenuh masanya dengan anak.

Mereka juga jarang menghantar anak ke daycare mahupun pengasuh sehinggalah anak berusia 3 tahun. 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Apabila hubungan ibu-anak rapat, anak akan bergantung pada ibunya dan mencontohi segala sikap terpuji ibunya. Jika ibu menunjukkan sikap positif, maka anak pun akan membesar dengan sikap tersebut.

Sebelum anak berusia 5 tahun, mereka dibenarkan untuk buat apa saja. Ini bukan untuk memanjakan anak, tapi bertujuan untuk anak sendiri faham apa perkara yang buruk dan apa yang baik. 

Cara Mendisiplinkan Anak #2 Setiap Orang Sama Rata

Setiap orang di Jepun akan dilayan dengan sama rata, tanpa mengira bangsa, pangkat, darjat atau agama. 

Malah, anak juga perlu diajar melayan pengasuh sama seperti ibu ayahnya sendiri! Dengan cara mendisiplinkan anak ini, mereka akan belajar untuk berlaku sopan dan tidak merendahkan orang lain.

Cara Mendisiplinkan Anak #3 Keluarga Adalah Yang Terpenting

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Setiap ibu di Jepun akan membesarkan anak mereka dengan sepenuh hati dan meluangkan banyak masa demi anak

Mereka tidak akan menghantar anak ke taska, pengasuh, mahupun ke ibu bapa sendiri, sehinggalah anak berusia 3 tahun!

Untuk ibu bapa yang sibuk bekerja pula, mereka akan meminta bantuan keluarga, namun akan menerapkan yang hubungan kekeluargaan yang benar-benar rapat.

Cara Mendisiplinkan Anak #4 Mementingkan Emosi

Ibu bapa di Jepun sangat mementingkan emosi dan perasaan orang lain. Sebab itu, mereka akan mengajar anak-anak mereka memahami dan menghargai perasaan orang lain juga.

Ini termasuklah benda-benda yang tidak hidup! Contohnya, apabila kanak-kanak merosakkan kereta mainannya, ibu di Jepun akan mengatakan – 

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

“Kereta mainan itu menangis jika awak merosakkannya.”

Dari situ, anak-anak akan belajar untuk lebih menghargai segala-galanya. Ibu bapa di Jepun juga amat suka menceritakan kisah-kisah dongeng dan cerita rakyat pada anak-anak mereka!

Cara Mendisiplinkan Anak #5 Ibu Ayah Adalah Cermin Buat Anak

Sejak kecil, ibu ayah di Jepun akan berusaha sehabis baik untuk menjadi role model yang terbaik buat anak-anak mereka.

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Namun, mereka tidak hanya menyuruh anak-anak melakukan apa yang mereka mahu. Sebaliknya, mereka akan beri contoh tentang bagaimana melakukannya, dan dari situ anak-anak akan ikut.

Semoga perkongsian cara mendisiplinkan anak dari ibu bapa Jepun ini akan memberi inspirasi buat ibu bapa di luar sana untuk membesarkan anak kecil anda. 

Kurangkan tekanan, dan berikan yang terbaik pada anak-anak. Semoga bermanfaat!

Artikel ini asalnya ditulis oleh Erin dan mendapat kebenaran theAsianparent Indonesia untuk diterjemah

Kredit gambar: OIST

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Baca juga:

Loading...
You got lucky! We have no ad to show to you!
Iklan

Mengapa Kanak-Kanak Di Jepun Paling Sihat

Penulis

Ayu Idris