Adakalanya ibu ayah berasa buntu apabila sudah mencuba pelbagai cara menenangkan bayi dari awal kelahirannya. Sebenarnya, semua bayi akan menangis kerana mereka masih belum boleh bercakap.
Si manja akan berkomunikasi dengan orang di sekeliling melalui tangisan untuk memberitahu bahawa mereka perlukan sesuatu seperti makanan, keselesaan atau terasa panas. Sebagai ibu atau ayah baru, anda perlu bersabar untuk mengenal pasti jenis tangisan bayi.
Cara menenangkan bayi dengan mudah
Para pengkaji mendapatkan bahawa dengan melibatkan seluruh pancaindera bayi secara berkesan untuk beberapa bulan pertama, berupaya menghentikan air matanya secara serta-merta. Antaranya ialah:
#1. Sentiasa mengusap perut anda ketika mengandung
Menurut pakar pediatrik di Lexington, Michelle Bennett, cara menenangkan bayi ini dapat membantu si manja terbiasa dengan sentuhan ibu. Pada trimester pertama, janin dapat mengenali sensasi pada bibir dan hidung, kemudian dia dapat merasai pergerakan anda melalui suhu tubuh yang hangat.
Bennett mengesyorkan para ibu untuk mula membelai perut ketika kandungan memasuki trimester kedua semasa tubuh anda sedang rileks seperti melakukan senaman ringan atau yoga.
#2. Sentuh dan belai kulit bayi
Apabila ibu ayah berdepan keadaan yang membingungkan, angkat bayi dan letakkannya dekat dengan anda. Menurut pakar, bayi baru lahir tidak hanya menginginkan makanan tetapi juga sentuhan kulit ke kulit.
Ia dikenali sebagai penjagaan kanggaru yang lebih baik dari memberikan pelukan. Bukan itu sahaja, degupan jantung ibu juga membuatkan si manja terasa seperti berada di dalam rahim.
Bukan itu sahaja, ibu boleh menenangkannya dengan urutan lembut. Gosokkan bayi anda setiap kali sebelum tidur. Anda tidak perlu mengharapkan orang lain melakukan kaedah ini, hanya perlu meluangkan masa dan membuatkan si manja selesa.
#3. Amalkan diet pemakanan yang sama ketika hamil
Sebenarnya pada trimester kedua, bayi anda akan mulai merasakan cairan ketuban yang mengelilinginya.
Menurut pakar psikologi dari Universiti Chicago, ibu-ibu yang mengambil makanan seperti buah-buahan, sayuran dan rempah (bawang putih dan vanila), ia boleh memberikan kesan terhadap bau air ketuban.
Sebab itulah bayi baru lahir sangat memerlukan susu ibu yang dianggap memiliki rasa manis. Justeru, selepas bersalin anda dinasihatkan mengambil makanan sama seperti tempoh kehamilan.
Susu ibu memiliki kelebihan kerana ia mampu membuatkan si manja rasa selesa dan tenang. Sekiranya anda tidak menyusukan mereka, ia bukanlah suatu masalah. Ibu hanya memerlukan wangian berasaskan vanila sebagai bantuan membuatkan si manja tidak meragam.
#4. Rangsang deria bunyi
Suara ibu, bau dan sentuhan anda berupaya menghiburkan si manja. Luangkan sedikit masa untuk berbual, menyanyi atau membaca buku bersamanya. Ketika masih di dalam perut anda, bayi cenderung ditenangkan dengan bunyi di sekeliling seperti kipas angin, pembersih vakuum atau rakaman bunyi hujan.
Anda juga boleh memuat turun bunyi seperti detuk jantung atau zikir bagi sebagai trik penyelesaian dalam menenangkan bayi baru lahir. Namun, pastikan ia dipasang dengan kelantangan rendah.
”Walaupun ada yang berpendapat bahawa daya pendengarannya kurang, namun telinga dalam masih tidak boleh terdedah dengan bunyi kuat,” jelas pakar.
Justeru, elakkan keadaan yang bising dalam beberapa bulan pertama bayi dilahirkan dan tidak berbual terlalu dekat dengan telinga si manja.
#5. Menyediakan cahaya terang
Ketika berada di dalam rahim, mata bayi akan tertutup dan ia jelas sekali berada dalam kegelapan. Menurut rancangan Developmental Psychobiology, bayi akan berpusing ke arah sumber cahaya yang bersinar di perut anda.
Justeru, kami cadangkan untuk ibu ayah mencerahkan ruang di dalam rumah. Ramai parents tidak tahu bahawa bayi yang cerewet memerlukan rangsangan termasuklah corak dan warna. Hal ini kerana pada dasarnya, si manja hanya dapat melihat warna sangat terang.
Jadi, pilih selimut dan alat mainan bayi dengan corak menarik dan warna tajam seperti kuning, merah atau oren bagi menarik perhatian bayi baru lahir dan sekaligus mengurangkan ragamnya.
Sumber: Parents
Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia
Baca juga:
https://my.theasianparent.comtitik-refleksologi